Bagi penggemar makanan laut terutamanya shellout, apa kata anda cuba pakej shellout yang ditawarkan oleh D’Tasik Seafood Restaurant. Restoran yang terapung di atas tasik di Universiti Tenaga Nasional ini menawarkan pakej shellout pada harga RM25 seorang dengan tempahan minima dua orang.
Menariknya, D’Tasik menawarkan empat variasi masakan shell out iaitu blackpepper, tiga rasa, sweet sour dan bbq. Set shell out D’Tasik merangkumi nasi putih, ketam, udang, sotong, kepah, lala, jagung, sayuran dan macam-macam lagi.
Selain hidangan shellout, restoran D’Tasik turut menawarkan pelbagai hidangan lain. Antara yang popular dikalangan pelanggan adalah seperti ikan siakap stim limau, ayam mentega keju, asparagus belacan, nasi goreng Sungai Merab, Air Tasik Kayangan dan macam-macam lagi.
Kalau ingin menikmati juadah shell out yang enak dengan suasana dan panorama tasik yang indah, kunjungi D’Tasik Seafood Restaurant yang beroperasi bermula jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam setiap hari kecuali pada hari Isnin.
Post time 21-3-2017 03:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I dh mkn last weekend. Shell out 3 rasa. $25 per pack. X sesedap mn pun. Seafood pun ada udang, sotong & ketam je. Dlm iklan mcm2 ada. Realitinya x sama mcm dlm gmbr. Seafood pun x fresh & kuantiti pun sikit. Patutnya waktu promotion la gempak tp hauk. Tht would be my first and last time trying their shellout :