Sebut saja Ayam BBQ sudah pasti ramai peminatnya tak kira golongan kanak-kanak, tua atau muda.
Buat penggemar Pizza Hut, rasanya semua sudah "ketagih" dengan Ayam BBQ dan tak lengkap kunjungan ke Pizza Hut jika hanya membeli pizza semata-mata.
Oleh kerana keenakkannya hingga menjilat jari, makan sepuluh ketul pun rasa tak cukup sampai berebut-rebut dibuatnya. Jadi jika anda ada ramai anak, bolehlah cuba sendiri resipi ini di rumah.
Resipi oleh : dakdiana.blogspot.my
Bahan-bahan:
- 4 ketul kepak ayam
- 2 sudu besar madu
- 2 sudu besar sos BBQ
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu besar McCormicks chicken seasoning
Cara-cara:
- Perapkan semua bahan dengan kepak ayam dan biar semalaman.
- Goreng dalam minyak sederhana panas
- Kalau guna oven biasa pun rasanya boleh tiada masalah tapi kena ikut oven. Mungkin dalam 200' setengah jam dulu, kemudian terbalikkan. Nak tahu ayam dah masak cucuk dengan garfu kalau dah tak berair maka insyaallah dah masak..
- Cucuk sampai ke tulang ya kadang-kadang kat tulang merah lagi lambat masak.
Cubalah ya, pasti resipi ini akan menjadi hidangan wajib keluarga anda. - CARI