Novel karya novelis popular Suri Ryana yang keempat telah diadaptasikan ke layar perak dengan judul yang sama seperti novelnya iaitu “Kimchi Untuk Awak”. Filem Kimchi Untuk Awak ini merupakan taruhan pertama pengarah popular Michael Ang di layar perak kerana beliau tidak pernah mengarahkan sebarang filem sebelum ini dan hanya lebih dikenali sebagai pengarah drama oleh peminat disebabkan hasil kerjanya hanya tertumpu untuk tayangan kaca tv sahaja. Antara hasil drama arahan beliau yang popular ialah Maid, Suri Hati Mr Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Dia Semanis Honey, Isteri vs Tunang, Urusan Hati Cik Drama Queen dan banyak lagi. Pelakon utama filem adalah Emma Maembong dan Aiman Hakin Redza dipilih untuk menggalas tugas sebagai watak utama dalam filem ini. Sebelum ini mereka juga telah pun pernah bergandingan bersama di dalam drama Isteri Separuh Masa dan Projek Memikat Suami. Kedua-dua drama ini ditayangkan di saluran Astro dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat drama Melayu. Filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon yang tidak kurang popularnya seperti Janna Nick, Natasha Elyzza dan Ungku Hariz. Dipetik daripada Berita Harian Online filem ini telah menjalani penggambaran di Korea Selatan dan sekitar Kuala Lumpur bermula bulan April lalu. Filem ini akan ditayangkan pada 30 Mac 2017.
Details
Tajuk: Kimchi Untuk Awak
Genre: Romantik, Komedi
Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017
Pengarah: Michael Ang
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Pelakon
Aiman Hakim Ridza sebagai Daniel Lee Jae Hwan Emma Maembong sebagai Bella
Janna Nick sebagai Zara
Natasha Elyzza sebagai Yoo Ri
Dira Abu Zahar sebagai Kak Long
Normah Damanhuri sebagai Umi
Sharifah Sakinah sebagai Min Ah @ Minah
Ungku Hariz sebagai Faris
Sinopsis Kimchi Untuk Awak
Filem Kimchi Untuk Awak menceritakan kisah penceritaan antara Daniel Lee Jae Hwan dan Bella. Daniel merupakan jejaka hasil kacukan Korea dan Melayu manakala Bella adalah gadis Melayu yang belajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan. Pertemuan mereka bermula apabila mereka bertembung antara satu sama lain apabila Bella terlanggar lengan kiri milik Daniel Lee yang kebetulan berada di hadapannya. Pertemuan yang tidak disengajakan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semasa Bella ingin pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.
Setelah sampai di Malaysia Bella terus berjumpa dengak Kak Longnya untuk melepaskan perasaan rindu yang menebal. Suatu hari Kak Long menyuruh Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Bella sangat terkejut menerima kenyataan bahawa Presiden syarikat kak Longnya yang ingin diraikan itu sebenarnya adalah Daniel Lee jejaka yang pernah dilanggarnya ketika di korea selatan baru-baru ini. Hidup Bella menjadi semakin huru-hara apabila dia mendapat tahu bahawa papa Daniel Lee dan ayahnya merupakan kawan baik dan mereka berdua berusaha menyatukan Bella dan juga Daniel Lee. Akhirnya mereka bernikah setelah hampir ditangkap khalwat oleh penduduk kampung dan untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga. Percintaan mereka menjadi semakin rumit apabila Bella membuat keputusan untuk melarikan diri ke Seoul kerana percayakan fitnah yang direka oleh Yoo Ri.
Danial Lee mencari isterinya Bella yang melarikan diri ke Korea kerana terlalu rindukan Bella. Setelah itu, Hubungan mereka kembali pulih dan perasaan cinta Daniel Lee semakin mendalam terhadap Bella ketika di Korea Selatan. Yoo Ri dan Zara pula sentiasa berusaha untuk meruntuhkan perkahwinan Daniel Lee dan Bella. Adakan cinta Daniel Lee dan Bella dapat dipertahankan? Jangan lupa saksikan di pawagam.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 21-3-2017 05:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Penulis ni mesti pelajar yang bakal jadi acik kepam suka berangan. Realiti perangai haramjadah, tapi tulisan nya dia jadi heroin. Semua budak hensem jadi watak yang syok dekat dia. psiko.
jalan cerita gini kalu buat drama cerekarama tv3 suku pun aku x tgk..apa lagi nk ke panggung.
drama korea dh buat jalan cerita gini (chaebol arrogant, gaduh mula2 jumpa) since 10-20tahun lepas lg..combine sikit dgn plot wajib drama melayu, kawen kerna kena tangkap khalwat n nak selamatkan maruah keluarga, pastu bini merajuk lari dari rumah. sambil menaip ni aku rasa nk muntah
Post time 22-3-2017 04:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
delsmomm replied at 22-3-2017 12:45 PM
kikikiki... memang begitu la persepsi meol kpd novelis2 nih...
sbb tu meol rase kesian dekat kw ...
Kawan iols haritu top scorer juga. Tapi tu la. Personaliti mengjengkilkan dia macam tu.
Seronok juga baca pasal kawan uols. Kegembiraan dia pada penulisan dan bukan bidang yang dia belajar. Hidup ni kejap je. Nikmati dengan sehabis baik. Walaupun takde rezeki anak, tapi rezeki dia lain. Dapat honeymoon dan jalan2 selalu.