Tandatangan milik Barack Obama. Sumber: stylecatchup.pk
Tidak Bergaris Di Bawah Tandatangan
Maksudnya: Lebih suka menunjukkan ‘hasil’ yang dicapai daripada menunjukkan tindak-tanduk sebelum matlamat itu dapat dicapai terlebih dahulu (merendah diri).

Tandatangan milik Pablo Picasso. Sumber: stylecatchup.pk
Bergaris Di Bawah Tandatangan
Maksudnya: Memiliki kualiti sebagai seorang ketua yang baik serta bijak mengutamakan diri sendiri.
Tandatangan Menyondong Ke Arah Kanan
Maksudnya: Jenis yang peramah dan mudah bergaul
Tandatangan Normal Tidak Condong
Maksudnya: Seorang yang stabil
Tandatangan Menggunakan Nama Panggilan/Manja
Maksudnya: Berdikari, berkeyakinan di atas kebolehan peribadi

Tandatangan milik Albrecht Dürer. Sumber: Sumber: stylecatchup.pk
Tandatangan Menggunakan Singkatan Nama
Maksudnya: Seorang yang suka menyimpan cermat hal peribadi
Tidak Letak Titik Pada Huruf ‘i’

Tandatangan milik Neil Armstrong yang tidak ada titik pada huruf ‘i’. Sumber: stylecatchup.p
Maksudnya: Tidak suka membesarkan perkara yang remeh bahkan diri merupakan seorang individu optimis yang gemar fokus kepada perkara yang besar/penting sahaja.
Menulis Huruf ‘o’ & ‘a’ Secara Terang-Terangan
Maksudnya: Seorang yang memiliki sifat kerjasama yang kuat & suka berkongsi idea serta pemikiran
Tandatangan Dalam Huruf Besar Sepenuhnya
Maksudnya: Konfiden, sangat menjaga tertib martabat serta maruah diri dan mungkin sedikit sombong atau suka membangga diri.
Tandatangan Tanpa Disertai Nama Keluarga (Bapa)
Maksudnya: Mudah melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Tandatangan Dalam Keadaan Huruf Berdiri Tegak & Lurus
Maksudnya: Tertib dan sangat mementingkan perincian (perfectionist).
Tandatangan Dalam Bentuk Contengan

Tandatangan milik Mel Gibson. Sumber: stylecatchup.pk
Maksudnya: Bijak dan mempunyai gaya hidup yang agak sibuk.
Tandatangan Dengan Saiz Huruf Yang Besar Serta Meleret-Leret

Tandatangan milik Mozart. Sumber: stylecatchup.pk
Maksudnya: Berkeyakinan tinggi malah seorang yang ekstrovert (mudah bergaul).
Tandatangan Ditemani Lukisan Atau Abstrak Sebagai Hiasan Sampingan

Tandatangan milik Walt Disney. Sumber: stylecatchup.p
Maksudnya: Kreatif dan gemar dirinya dikenali.
Tandatangan Dimulakan Dengan Huruf Yang Besar & Menyerlah

Tandatangan milik John Hancock. Sumber: stylecatchup.pk
Maksudnya: Berusaha untuk jadikan diri lebih dikenali (mahu orang tahu dan perasan kehadirannya).
Tandatangan Dengan Gaya Tulisan Bercerun Yang Semakin Ke Bawah
Maksudnya: Golongan pesimis, berkira dan sangat berhati-hati
Tandatangan Dengan Gaya Tulisan Bercerun Yang Semakin Ke Atas

Tandatangan Diego Maradona. Sumber: stylecatchup.pk
Maksudnya: Bercita-cita tinggi, mahukan masa hadapan yang lebih cerah.
Tandatangan Diakhiri Palang Atau Garisan Panjang Ditarik

Tandatangan milik Judge Judy. Sumber: stylecatchup.pk
Maksudnya: Proaktif, bersemangat dan mempunyai azam tinggi.
Tandatangan Mempunyai Banyak Garisan Tajam

Tandatangan milik Donald Trump. Sumber: stylecatchup.p
Maksudnya: Agresif dan kurang sabar
Tandatangan Dengan Tulisan Bersambung

Tandatangan milik J.K. Rowling. Sumber: stylecatchup.pk
Maksudnya: ‘Cepat tangkap’ dan mempunyai mental yang tangkas
Tandatangan Dengan Tulisan Sebiji-Sebiji

Tandatangan milik Helen Keller. Sumber: Pinterest
Maksudnya: Seorang yang terbuka dan suka berterus-terang
Jadi, apa maksud karakter yang ada disebalik tandatangan anda?