SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata comel, yang akan menceriakan kehidupan mereka.
Namun tak semua pasangan dikurniakan anak yang sihat, tetapi ada juga yang diuji apabila cinta hati mereka menghidap penyakit kronik.
Kisah yang berlaku dalam masyarakat inilah menjadi inspirasi buat Eenaz Mokhtar menulis skrip telefilem Ana Anak Ibu.
Telefilem istimewa terbitan Playwright Pictures Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini akan menemui penonton sempena Hari Ibu pada 13 Mei, jam 9 malam, di slot Astro Citra Exclusive dan Mustika HD
Ia dibintangi pelakon hebat seperti Khir Rahman, Umie Aida, Puteri Balqis, Fauziah Nawi dan Alyssa Dezek.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 18-5-2017 07:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dua kali tengok, dua kali banjir.
Semua best. Jalan cerita kemas, skrip best, directing tip top, shot yg cantik mcm filem, pelakon takleh sangkal lah..khir rahman n umie aida. Chemistry superb!!! Mmg wajib tgk drama ni..