Saksikan drama terbaharu berjudul Miss Kapten Cikgu Waiz bakal mengisi slot Lestary TV3. Drama sebanyak 13 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diterajui oleh Erwin Dawson dan Neera Azizi sebagai pelakon utama.
Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 21 Julai 2017, Rabu-Jumaat, 9.00 malam
Jumlah Episod: 13
SINOPSIS DRAMA MISS KAPTEN CIKGU WAIZ
Mengisahkan Kapten Khalisha berdepan dengan salam cinta pandang pertama dari Cikgu Waiz. Apa kisah sebenarnya?
Senyuman Manismu - Tomok
OST Miss Kapten Cikgu Waiz
Sinopsis Miss Kapten Cikgu Waiz
Mengisahkan Kapten Khalisha yang berdepan dengan isu kepercayaan dan komitmen dalam cinta. Kisah bermula daripada perkenalan tak dirancang dengan Cikgu Waiz yang kebetulan mengenali adiknya, Kamarul dan kawan baiknya Melisa.
Cikgu Waiz, seorang lelaki sederhana telah jatuh cinta pandang pertama dengan Kapten Khalisha dan ingin berkahwin dengannya. Kapten Khalisha sangsi pada kemampuan diri sendiri untuk menerima Cikgu Waiz dalam hidupnya. Semuanya bermula bila ayahnya, Pak Megat bernikah baru.
Pernikahan itu memberi impak yang cukup besar pada ibunya, Mak Eton dan adiknya, Kamarul. Kapten Khalisha melihat sendiri bagaimana ibunya belajar menerima semua itu dan bagaimana ayahnya memulihkan semula keharmonian rumahtangga mereka.
Dalam masa yang sama, Kapten Khalisha melihat semangat adiknya yang ingin melihat kegembiraan dalam keluarga mereka. Kapten Khalisha hanya berkawan rapat dengan Kapten Ghaz, teman sekerja walaupun Kapten Ghaz bersungguh ingin meluahkan rasa cinta.
Post time 6-8-2017 11:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sendunya benang ni. Sure rating pun below par. Iols tak ada rasa nak tenguk drama ni. Dua2 pelakon iols tak kenal. Yg heroin tu macam Christina Suzanne versi bapok. Mekap tebal sangat