by daus · Published November 23, 2017 · Updated November 23, 2017
Slot cenel kebel tvN minggu ini bakal diisi oleh drama terbaru berjudul “Prison Playbook” atau nama lainnya dipanggil sebagai Wise Prison Life atau Smart Prison Living berkisarkan tentang kehidupan sekumpulan banduan di dalam penjara dan interaksi mereka dengan warden dan pengawal sekuriti. Drama tvN ini ditayangkan semenjak semalam pada setiap hari Rabu dan Khamis. Berdasarkan episod pertama ditayangkan semalam, tvN Prison Playbook berjaya memungut ratings sebanyak 4.6% seluruh negara dan 6.9% di Seoul, satu permulaan amat bagus untuk drama cenel kebel. Berikut disertakan 5 sebab kenapa drama ini mesti ditonton oleh peminat kdrama:
1. Kehidupan di dalam penjara mungkin lebih baik dari luar
Daripada nama tajuk drama ini sendiri , “Prison Playbook” bermaksud jurnal kehidupan seseorang yang melalui kehidupan sebagai banduan di dalam penjara. Ia dinukilkan oleh hero drama ini, Kim Je Hyeok (Park Hae Soo) yakni seorang bintang handalan besbol yang dituduh menyebabkan langgar lari (kemalangan) lalu dijatuhkan hukuman penjara selama beberapa tahun. Drama ini akan menyelongkar bagaimana seseorang yang berada di kemuncak kerjayanya, terus jatuh menjunam popularitinya apabila didakwa oleh mahkamah lalu terpaksa menyesuaikan dirinya di dalam penjara yang dikerumuni pelbagai manusia daripada latar belakang berbeza. Beliau didatangi banduan dan warden daripada kalangan peminat besbol. Drama ini akan membuka perspektif lebih baik tentang kehidupan di dalam penjara dan bakal mengubah stigma negatif masyarakat tentang mereka yang tinggal di dalam penjara.
2. Hasil tangan pengarah siri Reply 1997, Reply 1994 dan Reply 1988
Drama ini mendapat sentuhan pengarah hebat Shin Won Ho, yakni PD bertanggungjawab mengarahkan tiga drama hit siri Reply terbitan tvN. Pengarah yang tercalon Best Director 5th CARI Kdrama Awards dan memenangi Best Director Paeksang menerusi tvN Reply 1988 ini, mahir dalam menterjemahkan lakon layar sesuatu drama yang tampak mudah diluarannya menjadi sesuatu yang bermakna dan penuh dengan nilai-nilai positif di samping unsur-unsur kelucuan dan juga paparan emosi tak terjangka dimasukkan bagi membuatkan penonton terasa di penghujungnya. Berdasarkan pemerhatian awal, drama ini bergenrekan “Black Comedy” yakni sesuatu sindiran pedas yang mungkin kelakar tetapi pada masa sama mendidik masyarakat untuk mengambil berat tentangnya. Genre sebegini pernah dimainkan dalam drama arahan PD Ahn Pan Seok menerusi SBS Heard It Through Grapevine.
3. Seakan-akan mengingatkan korang pada filem terbaik sepanjang zaman, The Shawshank Redemption
Bagi sesiapa pernah menonton filem epik “The Shawshank Redemption” nukilan novelis popular, Stephen King pasti teringat-ingat akan bagaimana seorang terpaksa menjalani hukuman penjara bertahun-tahun atas kesalahan yang tak dilakukannya, dan bagaimana persahabatannya dengan banduan senior telah mengubah perspektif hidupnya untuk mencari kehidupan lebih baik di dalam penjara. Beliau menubuhkan perpustakaan sendiri di dalam penjara dan menggalakkan banduan-banduan lain untuk turut serta membaca. Satu hari, beliau berjaya meloloskan diri dan membalas jasa sahabat karibnya yang baru saja dibebaskan, untuk tidak terus berputus asa dan bersama-sama menjayakan rancangan mereka. Satu filem yang penuh nilai-nilai moral ini hasil lakonan Morgan Freeman dan Tim Robbins telah dinobatkan antara filem terbaik sepanjang zaman. Jadi, bagaimana tvN Prison Playbook mungkin mirip dengan filem epik ini?
Walaupun tidak diceritakan secara lanjut sinopsis sebenar, tvN Prison Playbook menceritakan serba sedikit tentang interaksi bekas pemain besbol kebangsaan dengan peminat-peminatnya di dalam penjara yang terdiri daripada kalangan banduan dan warden. tvN Prison Playbook mungkin akan membentangkan cerita tentang keazaman Kim Je Yeok untuk membentuk pasukan besbol sentuhannya sendiri, sesuatu yang agak sukar dilakukan sebagai pemain besbol kebangsaan selama ini. Di sini pentingnya “team-work” atau kerja berkumpulan yang membawa kepada sukses.
4. “Bromance” yang sangat meluas
Pasti anda yang mungkin terbayang “bromance” terjalin antara Kim Je Yeok dan Lee Joon Yo (Jung Kyung Ho), warden yang juga peminat besbol. Tidak lupa juga Janbaljang (Kang Seung Yeon) , Jaebol (Lee Kyu Hyung) , Jeombaki (Choi Sung Won) dan Yoodaewi (Jung Hae In) yang merupakan banduan dipilih bersama-sama Kim Je Yeok. Yang menariknya hanya seorang pelakon wanita saja iaitu Krystal Jung membawa watak sebagai pelajar perubatan tradisional bernama Ji Ho, seterusnya menjadikan keseluruhan drama ini didominasi hampir 100% lelaki.
Post time 16-12-2017 02:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suka sgt cerita ni... Tp disebabkan netflix ambil lesen, seksa tggu sub nak kuar... Dr segi casting, storyline, ost blh buat kita gelak n nangis... Btw, abaikan je la krystal tu.. scene dia x lama pon each ep...