CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36311|Reply: 15

[Tempatan] bilionair termasuk Jeff Bezos, Peter Thiel, dan Sam Altman sedang melabur berbilion dolar untuk mencipta pil panjang umur dalam misi untuk memanjangkan umur manusia.Anda nak coba?

[Copy link]
Post time 26-11-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dalam dunia yang semakin maju dengan teknologi, kumpulan bilionair termasuk Jeff Bezos, Peter Thiel, dan Sam Altman sedang melabur berbilion dolar untuk mencipta pil panjang umur dalam misi untuk memanjangkan umur manusia, lapor New York Post.



Tetapi, usaha mereka ini mengundang kritikan, dengan sesetengah pihak memberi amaran bahawa bakal lahir “zombi kaya dan privilege.”

Menurut Phil Cleary, pengasas SmartWater Group, usaha ini datang dari ego dan ketakutan, bukan sifat kemanusiaan

Mereka patut berhenti bermain jadi Tuhan dan tumpukan kekayaan mereka untuk menyelamatkan kanak-kanak miskin yang mati akibat kelaparan dan penyakit yang boleh dirawat,” kata Cleary.

Bezos, pengasas Amazon, telah melabur $3 bilion dalam Altos Labs, sebuah syarikat bioteknologi yang ditubuhkan pada 2021 untuk meneroka teknologi “pemprograman semula biologi.”

Teknologi ini bertujuan untuk meremajakan sel badan manusia.

Peter Thiel, pengasas bersama PayPal, pula menyokong Methuselah Foundation, yang mensasarkan untuk memanjangkan hayat sihat manusia dengan mengubah usia 90 tahun menjadi seperti usia 50 tahun.

Di samping itu, Sam Altman, pengasas ChatGPT, melabur $180 juta dalam Retro BioScience, yang menjangkakan bukti konsep klinikal teknologi mereka dalam tempoh empat tahun.

Kajian terbaru juga menunjukkan hasil yang menjanjikan.

Misalnya, penyelidik di Imperial College London dan Duke-NUS Medical School berjaya memanjangkan hayat tikus makmal sebanyak 25% menggunakan ubat baru.

Namun, Cleary memberi amaran bahawa kemajuan ini berisiko mencipta dunia yang lebih tidak adil.

Hanya golongan kaya yang mampu membeli pil panjang umur ini, sementara berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia terus mati akibat kelaparan dan kekurangan akses kepada perubatan asas.

Cleary menggelarkan hasil daripada usaha ini sebagai “zombi kaya”—golongan elit, terutamanya daripada kelas menengah kulit putih.

“Daripada memanjangkan hayat mereka yang sudah berjaya dalam hidup, lebih baik mereka memastikan berjuta-juta kanak-kanak dapat hidup sehingga usia 18 tahun,” tegas Cleary.

Dr. Niamh Middleton, seorang ahli teologi dari University of Dublin, juga memberi amaran bahawa manusia boleh “hilang kemanusiaan” jika syarikat teknologi berjaya membawa pil panjang umur ini ke pasaran untuk keuntungan komersial.

Menurutnya, usaha untuk memanjangkan hayat sepatutnya lebih menumpukan kepada membantu golongan paling terdedah, seperti kanak-kanak yang mati kelaparan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 12:26 AM | Show all posts
Terpulanglah. Kalau mampu dari segi kewangan dan pefeeling Lestat de Lioncourt, kenapa tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 09:40 AM | Show all posts
jadi Dracula la....ratusan tahun boleh hidup
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
apa side effect... kecut macam mak rapunzel (without magic)  tknk la
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 01:46 PM | Show all posts
Pergi meeting dengan tuhan lah minta di panjangkan umur manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanyaaa
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2024 02:07 PM | Show all posts
biarlah mereka cipta, bila dalam proses tu, mungkin ada benda2 baik untuk kesihatan mereka jumpa...

yang penting, kematian tidak boleh dipinda.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hidup lama2 buat apa??
bumi bukan makin elok pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Peter Thiel tu la yang own Palantir group buat genome mapping collect Dna sequence.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 03:37 PM | Show all posts
lama mana nak idop

kut hari2 collect pahala tape juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 04:06 PM | Show all posts
Terus teringat filem Alien Covenant. Kisah seorang businessman tua bernama Peter Wayland yang mencari alien yang padanya dianggap sebagai tuhan kerana mencipta manusia. Apabila bersemuka, dia minta satu benda daripada alien tersebut, iaitu rahsia kepada eternal life. Tengok sendiri utk tahu kesudahannya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 05:00 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 28-11-2024 03:37 PM
lama mana nak idop

kut hari2 collect pahala tape juga

ada hadis rahsia nak umur panjang....selain jaga silaturrahim, ada terbaca org yg rajin sedekah pun bole pjg umur, wallahualam
https://sunnah.com/bukhari:2067
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-11-2024 04:06 PM
Terus teringat filem Alien Covenant. Kisah seorang businessman tua bernama Peter Wayland yang mencar ...

Itu Prometheus lah makcik!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 11:36 PM | Show all posts
Umur je panjang buat ape kalau  kesihatan dn kewarasan tak setimpal dgn panjangnya umur.  Jadi pelupa, nyanyok, terkial2 nak adaptasi dgn kemajuan IT dn AI, sudahnya menyusahkan orang.   
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Taknaklah nyanyuk mcm biden.


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 02:19 AM | Show all posts
X nakkk!!! Nnti ckp merapu.....





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.230918 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list