View: 5410|Reply: 38
|
[Idea]
...Jaga Hubungan...
[Copy link]
|
|
Orang yang beribadat sahaja tetapi buruk akhlak dengan manusia dengan suka hasad dengan manusia lain, memutuskan silaturrahim dan seumpamanya, maka semua pahala ibadatnya akan hilang begitu saja.
Posted by kasihnabi
Tanyalah Ustaz Ustaz Dr. Sukki Othman
Dosa pada Tuhan boleh bertaubat, dosa pada manusia?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memutuskan silaturrahim akan menyebabkan kehidupan seseorang sentiasa dibelenggu keresahan dan rasa tidak selamat. Orang yang memutuskan silaturahim akan mendapat balasan di dunia lagi.
Ini dapat diperhatikan dalam hadis daripada Abu Bakar r.a. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim". (riwayat Ahmad dan Ibn Majah).
Islam sangat menekankan kewajipan menghubungkan silaturrahim ini dan orang yang mengabaikannya merupakan antara golongan yang menyimpang daripada fitrah kehidupan manusia, akhlak yang buruk dan mendapat kutukan Allah SWT.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
byk faktor yg harus dijaga utk jaga hubungan antara 1 sama lain...terutamanya percakapan kita..perbuatan kita...
tapi,,hubungan dgn Sang Pencipta itu lebih indah n kekal abadi...tapi,,,adakah kita sedang menjaga hubungan dgnNYa?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Seseorang hendaklah tidak berbicara kecuali apabila perbicaraan itu adalah baik, iaitu hal yang telah jelas kemaslahatannya. Dan bila dia masih ragu kemaslahatan tersebut, maka hendaklah dia tidak berbicara.
2) Apabila kita hendak bercakap, sentiasa hanya bercakap benda yang baik. Kalau tidak ada benda yang baik, dituntut supaya kita diam. Ini bererti, hendaklah kita berfikir dulu sebelum kita bercakap. Bukan cakap dulu baru fikir. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hanya manusia yg betul2 menjaga hubungan dengan Allah iaitu dengan elok, ikhlas dan benar shj insyaAllah mampu juga untuk menjaga hubungan sesama manusia. contohnya, bila sembahyang dia khusuk dan bila berdoa dia bersungguh-sungguh... ini kerana manusia yg betul2 berusaha dlm menjaga hubungan dgn Allah akan berasa takut untuk membuat dosa, lebih2 lagi dosa sesama manusia.. kerana takot akan segala amalan yg dibuat tidak diterima... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1)Jika kita jaga hubungan dengan Allah maka hubungan kita sesama manusia juga akan terpelihara.
2) Ikhlas dan saling menghormati antara satu sama lain supaya hubungan yang terjalin bertambah erat.
3)Hubungan yg baik antara satu sama lain dapat menimbulkan suasana harmoni di dlm masyarakat.
4)Jauhkan sifat dengki,busuk hati,pentingkan diri sendiri dan sikap negatif yg lain supaya dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan atau bermasam muka yg boleh memutuskan hubungan silaturrahim. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kita sering berusaha menjaga hubungan dengan manusia.
Bahkan kita akan sentiasa cuba jaga dan ambil hati orang lain.
Kadangkala lebih dari jaga hati sendiri, sebab kita takut terpencil dan dipencilkan manusia.
Namun, manusia tetap jauh dari kita, menyakiti kita, berpaling dari kita, memfitnah dan menjauhi kita. Sekali sahaja silap dan salah kita pada orang lain, kita sudah hitam di mata mereka.
Namun, kita sering lalai dan cuai berhubungan dengan ALLAH.
Terlalu sedikit kita mengingati Nya,
Terlalu sedikit kita menyebut nama Nya,
Bahkan kita sering engkar dengan perintah-perintah Nya.
Kita tidak bersungguh untuk jaga hubungan dengan Nya,
Tidak bersungguh buat apa yang Dia redha dan suka,
Sering melakukan dosa terhadap Nya.
Justeru, jagalah hubungan kita dgn ALLAH.
Semoga bermanfaat..
kredit to:
www.tv14.my/2017/10/10/jaga-hubungan-kita-dengan-allah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok... mengenai jaga hubungan i nak kait kan dgn ADAB...
1. Hubungan dgn Allah... bagaimana adab kita dgn Allah... paling senang cth kita solat... kalau kita jaga adab kita dgn Allah pasti kita solat di awal waktu, solat dgn tertib dan khusyuk...
2. Hubungan sesama manusia... cth bagaimana adab kita dgn jiran tetangga...adakah kite tanpa sengaja menyusahkan jiran dgn kucing peliharaan kita? perlukah kita bertanya kpd jiran samada kucing kita buat onar di rmh nye?.. atau dgn masyarakat... paling mudah kalau kita parking kereta adakah kita menghalang laluan org lain? jika kita ada adab kita akan meninggalkan no telefon utk mudah dihubungi..
3. Hubungan dgn haiwan... cth kucing & anjing liar... sekiranya tidak memudaratkan kita tak perlu kita membaling atau memukul haiwan tersebut....
4. Hubungan dgn alam sekitar....cth plg mudah, buang sampah ke dlm tong sampah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya amat2 menitik beratkan hubungan kekeluargaan. Ngan mak ayah of coz selalu berhubung walau jauh. Kebajikan selalu diambil kira. Ngan keluarga mertua pun. Sesama ipar biras cukup sekadar bertegur sapa berkunjung bila perlu. Hulur bantuan jika perlu.
Dengan saudara mara pun perlu dijaga perhubungan. Sering bertanya khabar call/whatsap pun dah memadai. Sering gak berkunjung time hari raya atau bila ada kenduri kendara atau jika ada yg sakit. Tapi rasanya keluarga kami je yg masih mengamalkan budaya begitu. Generasi muda cousin2 saya setahun sekali pn x pernah bersua muka, apatah lg nak muncul time sakit.
Sedara belah abah ada juga inisiatif utk buat gathering setahun sekali. Berkumpul makan2 santai2 dan xde yg berperangai makcik bawang.Kalau x dipanjangkan budaya kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi ni mungkin suatu hari nanti kita pun x kenal lg saudara sendiri. Kenduri saya suatu masa dulu buat masa cuti sekolah, bertembung dgn 2-3 kenduri, beruntung sungguh kebanyakan saudara datang. Sungguh2 terharu coz yg jauh pun datang.
Sesama jiran..seelok2nya bila jumpa bertegur sapa. Jika dijemput, datang berhari raya. Selalu juga bertukar kuih raya jika berkesempatan. Jiran2 zaman sekarang jika terlalu rapat susah, x kenal langsung pun susah.
Sesama kawan.. dah dewasa ni saya cuba penuhi jemputan kenduri or rumah terbuka. Jika x berkesempatan, kirim hadiah tanda ingatan. Tetapi seboleh2 menziarah rakan yg kecelakaan.
Rakan sekerja..ex rakan sekerja..juga cuba dijaga perhubungan. Tidak terlalu rapat, tidak terlalu renggang. Saya amat menyayangi hubungan yg dijalin hinggakan jika lalu dikawasan rumah/tempat mereka, saya jemput makan tengahari bersama.
Tetapi jelasnya hanya saya yg ingati mereka. Dengan majikan..saya cuba untuk tidak ambil kesempatan atas toleransi yg ditunjukkan. Namun bukanlah semua benda yang tidak masuk akal saya akan penuhi.
Dengan haiwan..jika nampak yg kelaparan atau kesusahan, saya cuba bantu. Saya yg bermula daripada cuma memberi makan kpd kucing jalanan kini membela hampir 12 ekor. Kucing2..
Dengan alam..saya cuba untuk tidak menambah pencemaran yg ada. Cukup sakit mata tgk mereka yg buang sampah merata2.
Demikian cara saya menjaga perhubungan dengan semua. Dengan Yang Maha Esa masih saya cuba perbaiki.. saya percaya pada Dia saya meminta, pada Dia saya berserah jadi saya perlu patuhi setiap suruhan dan jauhi setiap larangan-Nya..
Mungkin ada yg kurang bersetuju, ini cara saya. Akan ada yg boleh diperbaiki di sana sini, pengalaman mendewasakan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Betul la momod...
Kalau kite byat dosa dgn Allah, kalo dah tersedar n btaubat insha Allah diampunkan.
Tapi kalau buat dosa sesama manusia n x sempat mintak maap?
Kadang xpaham dgn org2 yg aniaya org lain ni. Dia x rasa takut ke? X risau ke? Mcm mana dia bole jalani hidup hari2 tnpa rasa bsalah? Serius iols x bole hadam.
Dia rasa kalo buruk2kan org n ngata sana sini, hidup dia bahagia ke? Sedehhhh!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pesanan buat diriku.. diriku.. diriku.., kepada para pendakwah, da'e dan penyampai ilmu.
- Jaga hubungan dengan Allah dan sembunyikan.
Abu Al Hasan Muhammad bin Aslam At Tusi ahli hadith, bergelar alhafidz, pada abad ketiga hijriah. Sangat kuat ibadahnya bahkan sangat menyembunyikan ibadahnya dari pandangan manusia. Mencuci muka dan memakai celak bagi melindungi dari pengetahuan manusia banyak tangis dan qiam pada malam harinya. Kuat dan ikhlasnya hubungannya dengan Allah.
Berkata Imam AlKhuza'i "Wahai saudaraku sekelian, perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT. Tidakkah kamu melihat (Abu Aslam) ini, ketika beliau memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki berjuta-juta manusia melalui dirinya"
- Jangan tertipu dan ikhlaskan hati.
Sheikh Abu Usman al Hiri berkata "Abu Hafs berpesan kepadaku: "Apabila engkau duduk (untuk berceramah) kepada manusia, maka hendaklah ucapanmu itu ditujukan untuk hati dan dirimu sendiri. Jangan tertipu dengan perhimpunan manusia di sekitarmu kerana mereka memerhatikan zahirmu, sementara Allah mengawasi batinmu".
- Yang harus ditakuti, ucapan yang diriwayatkan oleh Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. "Berapa banyak pendakwah (yang mengajak manusia kembali) kepada Allah, namun ia sendiri lari daripada-Nya.
Hidup ini bukan bergantung kepada DUIT atau GAJI yang banyak tapi KEBERKATAN
Ada yang gaji banyak tapi tak cukup-cukup
Ada yang duit banyak tapi laju jer habis
Tapi bila ada KEBERKATAN
Gaji yang sikit pun rasa CUKUP
Nak dapat KEBERKATAN???
Jaga HUBUNGAN dengan ALLAH
Jaga IMAN
Jaga SOLAT
Jaga AMAL
Jaga HATI
Jaga SILATURAHIM
Sangka BAIK
Yang bagi cukup ALLAH
Segalanya ALLAH
#mekdolly
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
virgocircus replied at 15-1-2018 07:05 PM
Betul la momod...
Kalau kite byat dosa dgn Allah, kalo dah tersedar n btaubat insha Allah diampunk ...
Tenkiu bg tacangs momod... Tapi iols bukan spammer..isk...isk..isk... |
|
|
|
|
|
|
|
Tq momod. .nah munge. . |
|
|
|
|
|
|
|
missinpiece replied at 14-1-2018 05:31 PM
Saya amat2 menitik beratkan hubungan kekeluargaan. Ngan mak ayah of coz selalu berhubung walau jauh. ...
Tq mod |
|
|
|
|
|
|
|
dosa pada manusia wajib kena pergi mintak maaf dgn org yg kita dah buat salah untuk minta ampun.
baru2 ni kawan sekerja i baru kematian bapa dia. tapi yang buat terkilan tu dlm 3 hari sebelum bapa dia meninggal dia bergaduh then dia boleh ckp kat bapak dia pergi mati lg bagus. actually bapa dia ni pesakit buah pinggang rosak n diabetes yg kronik tu. jns degil makan ubat.
pastu malam sebelum bapa dia meninggal tu pn bergaduh lagi. esok pagi nak pergi appointment dialysis dh sampai klinik tapi tetiba sesak nafas then meninggal kt situ. i tak tau la kwn i sempat minta maaf atau bapa dia dah maafkan dia ke tak. harapnye begitu la.
dalam hidup ni kita kena jaga hubungan dengan sesama keluarga. buruk2 perangai kita yang sanggup hadap kita ni family kita lah. semoga kita sentiasa dirahmati |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perpecahan dan permusuhan yang menajam boleh menyuburkan budaya fanatisme dan ekstremisme dalam masyarakat. Masyarakat yang berpecah ... Kesan daripada terpedaya dengan fitnah musuh boleh menyebabkan masyarakat menjadi kucar-kacir dan berpecah belah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. Hubungan sesama manusia seharusnya atas keikhlasan dan niat yang betul.
2. Menjaga hubungan dengan Allah patut diutamakan..dan kemudian yang lain akan menyusul baik.
3. Jika setiap orang berusaha menjalin hubungan atas tujuan berharmoni di dalam komuniti..maka lebih banyak hubungan akan terjaga.
4. Jangan pernah menilai hubungan dari dasar benefits semata..hindarilah sikap tamak dan pentingkan diri sesama kita.
5. Berkawan2 la kita dengan ramai orang tapi jagalah hubungan itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dunia hanya sementara akhirat jua kekal abadi...selagi ade peluang hidup kt dunia ni berbuat baikla...dan beramal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|