fair and Square

Lepas ziarah makam Nabi, Najib masuk Kaabah Hari ini, 1:58 pm Hari ini, 3:03 pm
Dalam lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Arab Saudi sejak 8 Januari lalu, beliau tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan umrah di Masjidil Haram.
Dan sebagai pemimpin tertinggi negara, tentulah beliau diberikan layanan selayaknya ketika melaksanakan ibadah yang digelar sebagai 'haji kecil' itu.
Selepas beliau sekeluarga diberi penghormatan untuk menziarahi makam Nabi Muhammad, Najib berpeluang untuk masuk ke dalam Kaabah pula.
Kedua-duanya - makam Nabi dan ruang dalam Kaabah - merupakan kawasan larangan dan memerlukan keizinan pemerintah Arab Saudi untuk masuk ke dalamnya.
"Allahuakbar, rasa cukup terharu dan bersyukur diberi peluang memasuki Kaabah, melihat rumah Allah. Syukur alhamdulillah," Najib berkongsi pengalamannya di twitter, pagi tadi.
Beliau turut memuatnaik beberapa gambar sepanjang mengerjakan umrah bersama keluarga di sana.


|