Edited by zasrfikri at 4-2-2018 12:55 AM
GALAKSI VIRAL - Kalau kita pergi kedai makan, pasti kita akan order air kan. Tak makan pun takpe, tapi order air tu mmg selalu adalah. Rasa-rasanya minuman apakah yang paling kerap dipesan oleh rakyat Malaysia ketika mereka makan di restoran ya. Oleh itu, pada pendapat GV, ada enam jenis minuman yang dulu dan kini masih lagi menjadi minuman kegemaran masyarakat kita ketika makan di restoran. Minuman itu adalah seperti berikut:
AIR MINUMAN
PALING POPULAR DI MALAYSIA
Air yang paling menjimatkan dari segi harganya dan juga bagus untuk kesihatan kita terutamanya air suam. Orang kata kalau minum air suam atau air tanpa gula ini lepas makan, senang sikit makanan itu hendak proses dalam perut. Nama lain bagi air kosong ialah Sky Juice. 02. AIR SIRAP/SIRAP BANDUNG Air Sirap atau adik beradiknya seperti Sirap Bandung, Sirap Limau. Sirap Laici etc juga antara menu minuman paling kerap dipesan oleh masyarakat kita. Selain harganya yang murah, rasanya juga sangat sedap.
03. TEH AIS/TEH O AIS/TEH HIJAU Kaum kerabat teh-teh ini selalunya di ambil pada waktu pagi, minuman petang dan juga malam. Namun ada juga yang minum air teh ini sewaktu makan makan tengah hari. Kalau sebut Teh Ais atau Teh Tarik, kedai mamak la juara air ini. Sekarang ini, Teh Ais pun sudah ada dicampurkan dengan cendol dan ini menunjukkan air minuman pun mengalami revolusi baru yang tersendiri di dalam ciptaan resepi minumannya.
|