View: 1849|Reply: 1
|
Jom Belajar Teknik Saka
[Copy link]
|
|
Anda pernah dengar tentang retargeting? Retargeting adalah satu proses mengiklankan semula kepada prospek yang sama pada medium yang berbeza. Tak faham kan?
Ok,saya bagi contoh. Pada suatu petang, saya buka zalora. Saja nak tengok-tengok baju raya tapi waktu tu tengah bulan jadi saya hold dulu. Pada 25hb (Hari gaji), saya buka facebook dan tidak semena-mena ada iklan zalora dengan baju yang saya minat. Saya bukak pula cari.com.my. Ada jugak iklan yang sama. Jadi, iklan tersebut mengingatkan untuk membeli baju raya tu. Saya terus beli.
Jadi, itulah retargeting. Yang menariknya, mereka tahu apa yang kita nak. Mereka tahu facebook dan instagram kita. Menarik tapi kadang-kadang menakutkan. Seolah-olah macam ada saka yang sentiasa ikut kita.
Mengikut kajian, 90% pelawat yang melawat ke laman web tidak akan membuat sebarang belian/melanggan. Retargeting membantu para peniaga online untuk mengingatkan prospek untuk bertindak.
Di sini saya tunjukkan proses teknik retargeting.
1. Sediakan satu website. (yang penting mempunyai hosting sendiri)
2. Daftar akaun perfectaundience.com (Percuma 14 hari)
3. Dapatkan pixel code dan pasangkan ke laman web anda.
4. Promosikan laman web anda (Guna fb ads dan Google Adword)
5. Kumpulkan database pelawat laman web anda sekurang-kurangnya 500 orang.
6. Gunakan database tersebut untuk menbuat iklan di dalam perfectaudience.com
7. Iklan anda akan dipaparkan di facebook dan laman-laman web yang memasang iklan google.
Di sini saya nak katakan bahawa anda bukan sahaja dapat target prospek yang berkualiti (kerana melawat ke laman web anda), malah iklan anda boleh dipaparkan di laman web lain yang dibuka oleh pelawat tersebut.
Sebenarnya banyak perkara yang perlu dikupas satu demi satu tetapi saya tidak mahu untuk menulis terlalu panjang dalam tread ini.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh layari ke www.perfectaudience.com atau jika anda nak saya kupas lebih mendalam dalam setiap proses, mohon komen “saya nak” di ruangan komen.
P/S : Teknik ini menggunakan tools berbayar. Oleh itu, siap sedia untuk keluarkan duit di ASB anda.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|