CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29611|Reply: 3

[Tempatan] Bebas, selesa tanpa khemah biru

[Copy link]
Post time 27-12-2024 04:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-12-2024 11:45 AM

PORT DICKSON, 26 Dis (Bernama) -- Setiap kali musim cuti persekolahan tiba, beberapa lokasi pelancongan di Negeri Sembilan terutama pantai peranginan di Port Dickson sering menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri.

Tinjauan Bernama di Pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana pagi ini mendapati pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.

Tanpa 'khemah biru', kawasan pantai kelihatan lebih luas sekali gus memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk memilih 'spot' yang dimahukan.

Pengunjung Asmidah Rahman, 43, ketika ditemui berkata dia bersama keluar bertolak seawal 10 pagi dari Sepang bagi mengelakkan kesesakan jalan raya selain mahu memastikan lebih banyak masa dapat diluangkan untuk menikmati keindahan pantai.

Mengakui sebelum ini mereka agak terganggu dengan deretan khemah biru, Asmidah yang selalu berkunjung ke pantai itu berkata dia dan keluarga kini bebas dan selesa untuk beriadah tanpa halangan.

"Memang selalu datang ke pantai ini kerana sukakan keindahannya, ketika cuti macam inilah peluang untuk bawa anak-anak ... kalau sebelum ini kami terpaksa duduk jauh dari kedai makan berikutan banyak pengusaha khemah biru meletakkan kerusi mereka di pantai, tapi kini tidak lagi.

"Kali ini datang ke Port Dickson lebih seronok, kita boleh bentang tikar dan bawa kerusi 'healing' sendiri, dulu nak bentang tikar pun susah sebab dipenuhi khemah biru yang mengenakan bayaran yang tinggi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Azman Osman, 38, dari Kuala Pilah pula berkata dia mengambil peluang cuti sekolah untuk membawa keluarga berkelah berikutan jarak yang lebih dekat memudahkannya untuk ke pantai berkenaan.

"Anak-anak memang suka ke pantai, kalau nak pergi ke pantai lain jauh, Port Dickson pilihan tepat, lagi pun kita mahu sokong industri pelancongan negeri, khemah biru yang menjadi viral sebelum ini pun dah tiada, jadi memang lebih selesa," katanya.

Selain itu, kehadiran orang ramai di pantai berkenaan untuk pelbagai aktiviti bukan sahaja memeriahkan suasana malah turut memberikan limpahan rezeki kepada peniaga tempatan yang menjual barangan seperti makanan, cenderamata dan produk kraf tangan.

Peniaga gerai makan Aishah Ismail, 30, berkata kehadiran pengunjung terutama pada musim cuti meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa yang pastinya melegakan golongan peniaga di kawasan itu.

Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2024 10:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantai untuk B40 miskin hina dina sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Payung pun xde ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.163320 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list