1. Date Each Other (Again)
Memang mudah untuk tetapkan masa dan komitmen pada kerjaya serta teman-teman, dan mengharapkan masa untuk pasangan akan datang dengan sendirinya tanpa perlu diatur. Hello, tak kira apa pun, carilah waktu sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk kalian berdua ya.
2. Ingat Kembali Saat Indah
Cuba imbas kembali kenangan yang kalian cipta selama ini. Selak album lama (kalau ada), mainkan lagu yang mengingatkan kalian pada pertemuan pertama dulu, atau lepak di tempat kalian di mana kalian berkenalan. Mengenang memori manis boleh hangatkan kembali perhubungan.
3. Semarakkan Romantis
Dalam perhubungan jangka panjang, kamu perlu sentiasa cipta saat romantis untuk meredakan tekanan yang dihadapi setiap hari. Fikirkan tentang sensualiti dan suasana yang membangkitkan jiwa, daripada pilihan haruman, pakaian hinggalah ke muzik.
4. Luahkan Perasaan
Kamu tahu kamu sayangkannya, begitu juga sebaliknya. Tapi perkataan keramat sayang atau rindu memang perlu diluahkan. Tinggalkan nota di cermin bilik mandi, hantar pesanan teks manja, atau sediakan makan malam enak untuknya. Itu pun sudah memadai. Jangan pakai datingapp macam Tinder, JustDating ini kalau rasa nak sembang, cari si dia.
5. Hargai Pasangan
Pujian tanpa sebab boleh buat kamu rasa dihargai. Bila kamu pandang ke dalam mata si dia, fikirkan apa yang kamu suka tentangnya dan jangan lupa beritahunya.