CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2531|Reply: 0

Kena Jumpa Ex? Mudah Saja!

[Copy link]
Post time 3-9-2018 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kaykaychan at 3-9-2018 10:17 AM

Kamu dah break-up dengan si dia tetapi masih bergaul dengan teman-teman yang sama. Macam mana nak bersemuka dengan ex kamu tu? Baca helah yang Cosmo kongsikan ini. Pasti tak risau pun bila dah face to face!


Kalau kamu dapat tahu bekas buah hati akan berada di lokasi sama denganmu, atau dimana-mana app seperti Tinder, JustDating, SweetRing, Badoo....... or sama ada di acara atau di majlis gathering kawan-kawan lama, tak perlu tarik rambut memikirkan ‘what to do?’ Cosmo tunjukkan cara agar kamu tetap nampak calm and collected.
Splurge Baju Baru
Perasaan hebat bila mengenakan baju baru dan kamu pula tahu it looks good on you memang berbaloi, terutamanya untuk acara sebegini. Kamu wajar kelihatan hebat bila nak berdepan bekas kekasih, tak kisalah betapa baik atau buruk cara kalian berpisah dulu.
Bersosial. Apa Salahnya?
Siapa kata kamu kena control ayu sepanjang masa. Have fun! Terutama bila kamu hadiri parti atau acara sosial, pastikan gerak-gerimu tak hanya tertumpu kepada kehadirannya. Elak kelihatan kamu sedang terlebih mencuba hinggakan dia pun perasan itu bukan dirimu yang sebenar.
Ada Teman Tapi Mesra
Kamu boleh ajak kawan lelaki yang tahu perasaan dan kisah lampaumu dengan bekas kekasihmu itu. Bonus kalau dia kacak. Kalau tiada kawan lelaki, yang perempuan pun okey. Ini untuk elak kamu nampak canggung sendirian.
Kamu Yang Baru (Dan Lebih Hebat)
Taktik ini hanya akan berhasil jika kawan-kawan kamu yang paling rapat dan dipercayai turut sama ada di acara itu. Temanmu boleh buka cerita tentang tawaran kerja yang kamu baru terima atau apartment yang bakal kamu beli itu. Bukankan lebih bagus jika si dia mendengar tentang perkembangan kamu dari kawanmu daripada mulut kamu sendiri?

Edit Diri Sendiri
Ya dia telah melukakan hatimu kerana memutuskan hubungan kalian, dan kamu baru saja nak berjaya turunkan berat badan yang naik sebab kamu makan kek coklat setiap malam. Bekas kekasih tak perlu tahu pun tentang perkara itu. Tak salah cakap ‘hai’ kepadanya, tapi make it short and sweet. Peringatan: Janganlah pula kamu memonopoli waktunya sepanjang majlis itu.
Balik Bila Tiba Masanya
Hanya kerana si dia akan pulang selepas majlis tamat, tak bermakna kamu pun kena lakukan perkara sama. Time your exit supaya kamu kelihatan seperti ada benda penting yang lain nak diuruskan.
Dandan Rambut
Dan apa kata kamu turut rias kuku agar berasa dan kelihatan seperti a million bucks. Tapi kalau dia tahu kamu bukan jenis suka berias sakan tapi tiba-tiba muncul dengan bulu mata palsu dan gincu rona garang, sudah tentu akan kelihatan seperti kamu terlalu mencuba, pastikan berpada-pada ya.

Janganlah Terasa
Kalau ada kawan-kawan wanita berbual dengannya, janganlah nak berkecil hati pula. Mungkin kamu dah putuskan hubungan dengannya tapi tidaklah bermakna orang lain tak boleh berkawan dengannya. It’s childish jika kamu pilih taknak bertegur dengannya dan memaksa kawan-kawan kamu pun melakukan perbuatan sama. Ish!


Oleh Anida Salwani Abdul Hadi
http://cosmopolitan.my/kena-jumpa-ex-mudah-saja/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.131781 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list