View: 7173|Reply: 33
|
Sedara & kawan2 tengah gila bitcoin trading. Aku tak sudi join.
[Copy link]
|
|
Edited by gusikuberdarah at 8-10-2018 01:29 AM
Salam guys.
-Mod kalau rasa thread ni tak kena kat sini, boleh alihkan atau padam ye. Buntu tak pasti kat mana board yang sesuai
Macam ni, korang tau tak pasal Big Data International Group. Diorang ni buat bitcoin trading. Aku ada jugak buat research pasal company ni tapi mcm tak berapa nak clear sgt. Masalah aku sekarang, semua family sanak saudara jiran tetangga dan kawan2 aku dah terjebak benda ni. Aku tersangat2 lah rimas sebab diorag semua hari2 ajak aku join benda ni. Serious aku cakap sampai rasa macam tak nak keluar pegi kuar pegi mana2 dah sebab nak elak orang ni datang kacau aku. Setiap kali aku akan reject dengan tegas sampai aku rasa nak tumbuk je diorang ni sebab tak faham bahasa.
Kebanyakan yang join ni aku tengok orang2 tua atau yang jenis tak kisah sangat yang penting dapat duit. Ada yang kata company ni scammer tapi tu lah kalau korang ada ilmu atau benda yang korang nak share pasal big data ni pls share dengan aku. Aku sekarang ni dah ramai yang bermusuh dengan aku disebabkan aku tak nak join benda ni. Sedara mara sendiri pun macam dah pulaukan aku je sebab aku ni degil tak join jadi downline diorang. Takkan la aku kena join benda ni baru ngaku sedara. Aku pun jenis baran gak tak suka kena paksa. Dibuatnya tetiba aku naik hantu masa diorang paksa2 aku tu tak ke naya.
Benda ni mungkin nampak macam biasa je. Tapi aku harap sangat aku boleh berhujah dengan fakta dan buat diorang sedar yang benda ni akhirnya makan diri. Diorang ni dulu pun pernah gak masuk skim yang macam ni dulu dan kena scam tapi nampaknya tak serik2.
Update 8/10/2018
Semalam aku pulun buat research pasal company ni. Siap check website dia lagi. Banyak yg mencurigakan. Tak ada contact detail pasal company. No pendaftaran pun tak ada. Info kat website sangat2 mengelirukan.
https://bdigroups.com/en/
Sekarang ni apa yang aku faham, company ni menjalankan bisnes bitcoin trading. Beli pada harga murah, jual pada harga mahal. Diorang guna duit orang yg so called pelabur saham ni sebagai modal untuk menjalankan bisnes trading diorang.
Let say yang nak melabur ni dia laburkan 100usd. On the spot dia dapat 200% pulangan which is 200usd. So makin byk melabur makin banyak la pulangan. Agak tak patuh syariah di situ. Sekali lesap duit, padan muka sedara mara aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf sis, benda ni first tak legal which is kalau kena hacking duit bitcoint totally lost. sis report polis tak boleh buat apa? sebab benda tak legal report polis? polis boleh buat apa?
yang kedua security wallahuallam? ada je bitcoint million loss akibat hacking. berbeza dengan bank duit u hilang boleh report polis, soal dapat semula atau tak soal kedua.
yang ketiga, tiada jalan mudah buat duit. kerja keras. if any investment make easy money, then its totally scam. nak masuk toilet pun kena bayar 5 kupang sis, mana ada free duit.
tak perlu terlibat sesuatu u tak tahu, sesuatu yang berisiko, kuatkan iman pasakkan nasihat kaka ni. biar tak kaya daripada rugi.
|
|
|
|
|
|
|
|
benda ni sama je sis dulu emas, sebelum tu MLM zaman jual kopi boleh kaya, kereta pajak dan mcm2 skim.
tiada jalan mudah nak kaya sis, kalau letak duit boleh kaya dah lama bank letak duit mereka dulu sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Scams everywhere
dulu kini & selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak tau sgt psl bitcoin ni..sbb saya pun sejenis yg tak suka melabur pd skim jenis camni..nak melabur..baik simpan dlm bank.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabah la, tk pndai sgt pasai big databitcoin ni..
Tension la klau sanggup putus sdra sbb tkmau join.
Apa la depa ni...apa2 pun..tt jgn join. |
|
|
|
|
|
|
|
[size=1.3em]NOTIS & PENGUMUMAN
Kenyataan mengenai BitcoinRelease Date: 03 Jan 2014 Updated on: 07 Oct 2018
[backcolor=rgba(255, 255, 255, 0.95)]Bitcoin (mata wang digital) tidak diiktiraf sebagai sah diperlakukan di Malaysia. Bank Negara Malaysia tidak mengawal selia urus niaga Bitcoin. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap risiko berkaitan penggunaan mata wang digital tersebut.
Bank Negara Malaysia
2 Januari 2014[backcolor=rgba(255, 255, 255, 0.95)]
[size=1.15em]© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua ni sebab nak kaya cepat.. invest at your own risk |
|
|
|
|
|
|
|
xyah join dik
bitcoin dah lari dari ajaran cryptocurrency yg sebenar
ajaran asal sbg alternatif pembayaran yg bebas
skrg dah jadi komoditi |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah gaduh sekarang jgn putus sedara nanti.
Itu je kena pegang, ko tunggu je nanti Ada tak bertegor sapa. Masa tu ko rasa selamat duit aku tak join sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 7-10-2018 12:54 PM
xyah join dik
bitcoin dah lari dari ajaran cryptocurrency yg sebenar
True... asal nya ialah transaksi direct kepada penerima tanpa melibatkan bank
Macam bank pasaran gelap tapi transaksi sah
Now banyak tipu dah .. |
|
|
|
|
|
|
|
sis, petuanya bila ramai2 sekampung join, itu maksudnya scam.
Simple jek.
|
|
|
|
|
|
|
|
haaa thanks kaka.
Semalam ada buat research sikit pasal company ni. Dah masuk watchlist bank negara dah pun. Memang tak boleh buat apa lah kalau duit dah lesap. Polis pun gelak je kalau pegi buat report
|
|
|
|
|
|
|
|
Forever and ever. Selagi kita tak berilmu, selagi tu lah mudah kena tipu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan. At least bank memang diiktiraf oleh bank negara. Dan dilindungi PIDM. Jadi risiko tak tinggi sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup. Pelik2 aje sedara mara aku ni haa..
Memang tak terdetik langsung rasa nak join.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks. Kira tak de la kukuh mana bitcoin ni kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siyes rimas kan. Sekali dua ok lagi lah. Ni kalau hari2 tengok benda yang sama, memang muntah hijau.
Plus diorang ni pulak suka tayang duit kertas berkepuk2 dengan tayang screenshot bank statement.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang cepat kaya. Nanti papa kedana pun cepat jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|