CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6691|Reply: 28

MUSAHAQAH ...

[Copy link]
Post time 5-11-2018 08:04 PM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-266 : MUSAHAQAH (LESBIAN) DAN HUKUM BERKAITAN
ButiranDimuatnaik oleh Muhammad Shahrulnizam Muhadi Diterbitkan: 05 November 2018

pautan asal:http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2729-irsyad-al-fatwa-siri-ke-266-musahaqah-lesbian-dan-hukum-berkaitan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2018 08:04 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 08:06 PM

Soalan:

Adakah dikira sebagai musahaqah sekiranya wanita itu menggosokkan jari, mencium dan menghisap kemaluan wanita lain sehingga klimaks? Sedangkan wanita itu tidak pernah memasukkan jari ke dalam kemaluan wanita tersebut. Kerana saya terbaca perbuatan musahaqah adalah menggeselkan kemaluan mereka bersama. Jadi adakah perbuatan tersebut termasuk musahaqah atau pun zina atau onani?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 08:04 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 08:07 PM

Jawapan:

Musahaqah atau lesbian bermaksud perlakuan seks seorang wanita terhadap wanita yang lain sama seperti yang dilakukan oleh lelaki ketika bersetubuh dengan wanita. (Lihat Lisan al-Arab dan Qamus al-Muhit pada perkataan ‘سحق’. Lihat juga al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (24/251) Apa yang membezakan antara musahaqah dan zina adalah dalam musahaqah tidak berlaku ilaj iaitu kemasukan zakar ke dalam faraj wanita. Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (24/19).

Manakala perkataan lesbian dalam Kamus Dewan Edisi Keempat pula bermaksud perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Merujuk kepada persoalan di atas, adakah musahaqah itu hanya merujuk kepada perbuatan menggeselkan kemaluan sesama wanita sahaja? Pada asasnya, musahaqah dari sudut bahasa bererti menggosok atau menggesel (al-sahaq wa al-tadaluk). Namun dari segi istilahnya ia bererti wanita yang menyetubuhi wanita lain. (Rujuk Al-Tasyri’ al-Jina’i al-Islami, 2: 368)


Perbuatan ini jelas haram berdasarkan firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah Al Mu’minun: 5-7)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 08:05 PM | Show all posts
Menerusi ayat ini, mana-mana wanita yang menghalalkan kemaluannya kepada selain suaminya sama ada lelaki mahupun wanita, maka dia termasuk dalam golongan yang melampaui batas. (Al-Tasyri’ al-Jina’i al-Islami, 2: 368)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 08:06 PM | Show all posts
Para ulama mengatakan perbuatan musahaqah adalah sama dengan perbuatan mubasyarah (hubungan badan) antara lelaki dan perempuan yang tidak melibatkan kemasukan zakar ke dalam faraj. Oleh yang demikian ia dikenakan hukuman takzir bukan hudud. (Al-Bayan fi Mazhab al-Imam al-Syafie, 12/369)

Sebab pengharamannya adalah kerana ia merupakan perbuatan bersedap-sedapan (istimta’) dengan cara yang diharamkan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW, daripada Anas bin Malik R.A yang menyebut:

السِّحَاقُ زِنَى النِّسَاءِ بَيْنَهُنَّ

Maksudnya: “Sihaq merupakan zina perempuan antara mereka."

Riwayat Ibn Hibban (2/182), al-Aajurri dalam Dzamm al-Liwath (23) dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/269)

Daripada Abi Musa al-Asy’ari R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَتَتِ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ فَهُمَا زَانِيَتَانِ

Maksudnya: “Apabila perempuan mendatangi perempuan (sihaq), maka keduanya dianggap sebagai penzina.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 08:06 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 08:07 PM

Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (17490)

Al-Qadhi Abu Tayyib mengatakan, menerusi hadith di atas, ia menunjukkan dosa sihaq atau lesbian adalah sama dengan dosa berzina. (Kifayah al-Akhyar, hlm. 478)

Di samping itu, Rasulullah SAW turut melarang perbuatan melihat kepada aurat orang lain walaupun sesama jantina, begitu juga larangan tidur dalam selimut yang sama tanpa sebarang lapik. Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain, dan tidak boleh bagi seorang perempuan untuk melihat aurat perempuan yang lain. Serta tidak boleh untuk seorang lelaki berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama demikian juga tidak boleh untuk seorang perempuan berbaring dengan perempuan yang lain di bawah selimut yang sama.

Riwayat Muslim (338)

Kesimpulannya, perbuatan menggosok jari, mencium dan menghisap kemaluan wanita sama ada sehingga klimaks atau pun tidak adalah termasuk dalam sejumlah perbuatan yang membawa pengertian musahaqah yang diharamkan oleh syarak. Bahkan dosanya adalah bersamaan dengan dosa zina di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita hidayah-Nya dan kekuatan untuk meninggalkan segala larangannya. Amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2018 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pandangan peribadi saya mengenai isu lesbian dan gay.

Mengenai penetapan hukum, Allah telah ajarkan cara utk menangani masaalah ini.
1) mencegahnya (bagi nasihat)
2) mengingatkan (orang sekitar akan azab Allah jika tidak dinasihati akan mereka)
3) sekiranya majoriti bersetuju utk menghalau keluar dari kawasan yg diduduki, itu lebih baik dalam bertaqwa
4) sekiranya majoriti menyokong lesbian, gay (LGBT), sebaiknya, keluar dari kawasan berkenaan sebelum diazab Allah.
5) sekiranya mereka itu kembali kpd Allah dalam beramal, itu lebih kpd makna bertaqwa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah dosa lesbian dan gay lebih besar berbanding zina?

Jawapan mudah shj, jika hanya ada zina shj, Allah belum tentu menghantar bala-Nya, akan tetapi sekiranya zina serta lesbian dan gay ada, sekiranya masyarakat tidak mencegahnya, tunggulah tibanya bala-Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita sedia maklum, di Malaysia shj, zina ni berlambak2. Utk sempurnakan bala, LGBT le.

Mana2 pihak yg menyokong LGBT, saya nak ingatkan, kepala otak awak ada masaalah ke?

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 5-11-2018 09:10 PM

Hukum lesbian dan gay adalah perbuatan fasik. dan kufur kpd Allah. Ianya bukan jenayah ringan yg sebenar2nya. Malah ianya jenayah BERAT yg mana mencabar Allah utk didatangkan bala.

Tak cukupkah bukti2 yg berlaku diseluruh dunia hingga saat ini (azab dari Allah)?

Nasihat saya, buang semua fatwa yg berkenaan itu, perkara ini AMAT JELAS dan serius yg sebenar2nya. Tak perlu TAKZIR, TAKWIL dan seumpamanya. Ianya HAKIKAT yg JELAS!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali, mufti kena pm saya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa. Saya khuatir, Allah hantar bala kerana fatwa yg diwartakan itu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu aje saya nak ingatkan, besar mana undang2 yg ada kat dalam negara, undang2 Allah perlu diutamakan.

Hudud itu cara mencegah. Kalau gatal nak modified hudud, datang le LGBT tu.

Kiranya, LGBT stage last sebelum dtgnya azab dari atas dan bawah. Kalau masyarakat tak kisah akan hal ini, dah ada contoh kan? Faham2 ajelah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya, saya buat2 bodoh lagi bagus kan?

Sebab saya dah bgtau sebelum2 ini apa yg perlu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 10:28 PM | Show all posts
JAKIM jawab isu LGBT, kahwin kanak-kanak di Geneva

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membantu delegasi Malaysia menjawab dan mempertahankan tindakan dilaksanakan negara dalam isu hak asasi manusia, khususnya berkaitan Islam pada Sesi Pembentangan Penilaian Berkala Sejagat (UPR) Ke-3 di Geneva pada 8 November ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hj. Mohamad Nordin Ibrahim berkata beberapa perkara melibatkan agama yang turut disentuh ialah khatan wanita dan perkahwinan kanak-kanak selain isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

"Sudah pasti dengan penglibatan Jakim dalam pembentangan ini akan dapat membantu Malaysia dalam menyuarakan pendirian, dan usaha dilakukan untuk mempertahankan hak-hak asasi menurut perspektif Islam.

Peluang ini juga dapat dimanfaatkan Malaysia untuk memberi gambaran kepada dunia mengenai pendekatan yang diambil negara dalam mempertahankan hak asasi manusia berpandukan faktor budaya, latar belakang serta asal-usul kaum di negara ini berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan dan syariah," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.

http://www.astroawani.com/…/jakim-jawab-isu-lgbt-kahwin-kan…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 10:47 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-11-2018 10:56 PM

http://www.sinarharian.com.my/mo ... CrMqZVHts_Smd3ahwGM

Desakan hak asasi manusia
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
2 NOVEMBER 2018
isu permurtadan

enakmen mahkamah syariah

[size=17.3333px]dibawa oleh NGO liberal
[size=17.3333px]
[size=17.3333px]
[size=17.3333px]Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa atau ibu beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia. Malah mereka menganjurkan juga anak-anak di bawah 18 tahun tidak ditentukan agama mereka dan boleh memilih agama mereka ketika mencapai usia 18 tahun.
[size=17.3333px]Terdapat banyak lagi tuntutan mereka yang perlu dipatahkan.
[size=17.3333px]Saya berharap pihak kerajaan akan tegas mempertahankan kedaulatan Islam dan tidak terpengaruh dengan desakan dan tuntutan yang semata-mata diasaskan oleh hak asasi manusia yang tidak mengambil kira susur budaya, agama adat dan kehendak tempatan. Penerapan nilai universalisme kepada masyarakat setempat sudah pasti akan menjadi janggal dan tidak diterima masyarakat.

[size=17.3333px]baca selanjutnya :

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/zainul-rijal-abu-bakar/desakan-hak-asasi-manusia-1.899418?fbclid=IwAR2THlmCcD6dIYwaEQCCnxOJBlxVmi_9lql-jD8mCrMqZVHts_Smd3ahwGM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2018 10:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2018 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 6-11-2018 10:30 AM
mbhcsf replied at 5-11-2018 10:47 PM
http://www.sinarharian.com.my/mo ... CrMqZVHts_Smd3ahwGM

Desakan hak asasi manusia


Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan orang-orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa atau ibu beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia. Malah mereka menganjurkan juga anak-anak di bawah 18 tahun tidak ditentukan agama mereka dan boleh memilih agama mereka ketika mencapai usia 18 tahun.

Hak utk mana2 anak berdikari dalam memilih agamanya sendiri pada usia 21 tahun SAHAJA. kenapa 21 tahun?

1) umur mengundi adalah 21 tahun. Makanya, hak kebebasan sudah lama dipraktikalkan yg sebenar2nya.
2) Allah swt memerintahkan kpd org yg beriman memberikan sedikit harta kpd anaknya ketika berusia 21 tahun. Ini antara tanda2 kekuasaan Allah utk menjelaskan, menerusi taqwa, anak2 tidak akan menukar agamanya. Dan inilah umur yg boleh menjadi tsabit, kenapa berlakunya penukaran agama oleh anak2 khususnya, dikeranakan sikap ibu dan bapa yg lalai dan tidak beriman kpd kalam Allah. Lebih parah lagi, budaya Islam di Malaysia menyentuh hal ini amatlah sedikit ditekankan dari kalangan ilmuwan.

Sebenarnyakan, ada byk yg belum saya ceritakan. Cukuplah yg sedikit ye kerana yg sedikit boleh jadi diberkati oleh Allah....

Sekian tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2018 09:11 PM | Show all posts
BEZA MEREKA DENGAN KITA DALAM ISU ICERD
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/


1. Mereka konsisten memperjuangkan kesamarataan hak agama dan bangsa. Kita pula mula merasa bersalah (apologetik) mempertahankan kepentingan Islam dan keistimewaan bangsa setakat yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

2. Mereka bersatu di luar Parlimen dan di dalam Parlimen. Kita pula berbeza pandangan di luar Parlimen dan berpecah di dalam Parlimen.

3. Mereka mendapat dokongan dan sokongan padu pelbagai pertubuhan antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia. Kita pula bagaikan jaguh kampung yang tidak berupaya melobi dan meyakinkan masyarakat antarabangsa akan keistimewaan dan keunikan negara kita yang berbilang agam dan bangsa.

4. Mereka kini ada kuasa politik dengan beberapa jawatan Menteri yang berupaya mempengaruhi pendirian kerajaan untuk meratifikasi ICERD yang menjadi manifesto mereka. Kita pula sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan mobilisasi massa untuk terus bersuara menyatakan bantahan terhadap ratifikasi yang akan meleburkan struktur kenegaraan jangka panjang.

5. Mereka mengatakan ratifikasi ICERD tidak akan membelakangi Perlembagaan dan tidak akan memansuhkan Perkata 153 mengenai hak keistimewaan Bumiputera. Kita mempersoalkan apa keperluan meratifikasi jika ikhlas untuk terus pertahankan kedudukan Islam dan keistimewaan Bumiputera yang telah dipersetujui dalam Kontrak Sosial sehingga dimaktubkan dalam Perlembagaan.

6. Mereka menggambarkan agama dan bangsa lain terus didiskriminasikan jika ICERD masih tidak diratifikasi. Kita pula harus bertanya apakah selama 61 tahun, agama lain ditindas atau bangsa lain dizalimi dan hidup merempat di bumi Malaysia walaupun Bumiputera dijaminkan keistimewaan mereka?

7. Mereka mendakwa rakyat yang menentang ICERD tidak faham Perlembagaan. Kita pula mengatakan mereka cuba mengaburi mata rakyat kerana hakikatnya Bekas Ketua Hakim Negara dan sejumlah besar peguam-peguam undang-undang antarabangsa menjelaskan bahawa ratifikasi ICERD akan menjadikan negara terikat dengan konsensus antarabangsa yang akhirnya akan menjadikan undang-undang negara yang masih memberikan keistimewaan kepada bangsa atau agama tertentu dianggap tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2018 09:55 PM | Show all posts
Sekretariat Zenith senarai 8 tuntutan kepada UNHCR


GEORGETOWN: Sekretariat Zenith yang dianggotai tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggariskan lapan tuntutan yang akan diketengahkan dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland, Khamis ini.

Sekretariat itu dianggotai Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PMM); Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia serta Gerakan Peguam Muda Muslim.

Antara tuntutan itu ialah, hak orang kelainan upaya (CRPD); hak ekonomi, sosial dan budaya; masalah perumahan; hak pelarian untuk melalui Malaysia dan pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli.

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata laporan mengenainya sudah pun dihantar kepada UNHRC, Mac lalu dan ia kini disenaraikan dalam Penyerahan Bersama (JS) nombor 19, selain penilaian prestasi hak asasi di Malaysia akan dinilai oleh negara luar berdasarkan dokumen berkenaan, Khamis ini.

“Kita juga menggariskan perkara berkaitan sekatan dan diskriminasi ke atas pekerja Islam daripada melaksanakan tugas, selaras kepada agama dianuti mereka dan hak untuk menguasai bahasa kebangsaan.

“Selain itu, Sekretariat Zenith turut menggariskan perihal kontrak paksaan yang tidak seimbang serta hak pesakit mendapatkan perubatan tradisional dan komplementari,” katanya ketika menghubungi NSTP di sini, hari ini.

Semua tuntutan itu akan dinilai pada Sesi Ke-31 Siri Ketiga Semakan Berkala Sejagat Hak Asasi Manusia 2018.

Beliau berkata, setiap tuntutan berkenaan sudah pun dikumpulkan oleh pihak UNHRC dan ia akan dihantar ke negara lain, termasuk Malaysia sebelum sebarang perkara berbangkit mengenainya dijawab.

Katanya, Malaysia akan memuktamadkan keputusan sama ada akan bersetuju atau sebaliknya terhadap mana-mana tuntutan yang diketengahkan dalam mesyuarat nanti.

“Kita juga turut melampirkan beberapa situasi yang menyebabkan semua tuntutan berkenaan disenaraikan, selain syor bagi masalah ini juga turut diketengahkan.

“Tuntutan ini adalah berdasarkan pemerhatian analitis dan perundingan berkaitan hak asasi manusia di Malaysia. Ia diperoleh daripada pelbagai sumber dan pengadu daripada kalangan orang awam,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 5-11-2018 08:04 PM
Jawapan:

Musahaqah atau lesbian bermaksud perlakuan seks seorang wanita terhadap wanita yang lain ...

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki

Tt ai nk tny sikit, soalan agak jahil.ermm
Selain drpd perkataan 'budak' di atas, kdg2 perkataan hamba jg digunakan. Apakah maksudny. Adakah golongan ini bukan isteri?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042867 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list