View: 1842|Reply: 3
|
adakah ILHAM itu INTUISI HATI ????
[Copy link]
|
|
AL-KAFI #892: BEZA ANTARA ILHAM YANG BAIK DAN ILHAM YANG BURUK
DetailsUploaded by Abdulrahman
Published: 12 November 2018
pautan asal:http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2756-al-kafi-892-beza-antara-ilham-yang-baik-dan-ilham-yang-buruk?fbclid=IwAR0mNYkL1hLeLXXXml-dLwH-b6oQsYZZpZ7Oc_erAyU8JT-lk4EQeFu22WM
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan
Salam ustaz, bagaimana kita nak tahu ilham yang kita dapat itu adalah ilham yang baik. Dan apa perbezaan antara ilham yang baik dan ilham yang keji? mohon penjelasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pertamanya, kami nyatakan berkenaan takrif ilham dengan makna (لهم) iaitu menelan seperti kata Ibn Faris. (Lihat Mu’jam Maqayis al-Lughah, 5/217)
Apabila dikatakan “Allah ilhamkannya yang baik,” ia dengan maksud Allah mengajarkannya. (Lihat Tahzib al-Lughah, 6/6169)
Pada istilah syarak, terdapat beberapa pandangan antaranya:
Al-Syeikh al-Syanqiti berkata: “Berlaku sesuatu pada hati dengan satu sangkaan tanpa sebarang dalil dan bukan berdasarkan hujah akal, yang Allah khususkan kepada siapa yang dikehendaki daripada hamba-Nya.” (Lihat Adwa’ al-Bayan, 3/323-324)
Berkenaan dengan dalil ilham, terdapat satu hadis daripada al-Nawwas bin Sam’an, Rasulullah SAW bersabda:
ضَرَبَ اللهُ مَثَلاً صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا وَعَلَى جَنَبَتَىِ الصِّرَاطِ سُورَانِ فِيهِمَا أَبْوَابٌ مُفَتَّحَةٌ وَعَلَى الأَبْوَابِ سُتُورٌ مُرْخَاةٌ وَعَلَى بَابِ الصِّرَاطِ دَاعٍ يَقُولُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ ادْخُلُوا الصِّرَاطَ جَمِيعًا، وَلاَ تَتَعَرَّجُوا وَدَاعِي يَدْعُو مِنْ فَوْقِ الصِّرَاطِ فَإِذَا أَرَادَ يَفْتَحُ شَيْئًا مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ قَالَ وَيْحَكَ لاَ تَفْتَحْهُ فَإِنَّكَ إِنْ تَفْتَحْهُ تَلِجْهُ وَالصِّرَاطُ الإِسْلاَمُ وَالسُّورَانِ حُدُودُ اللهِ تَعَالَى وَالأَبْوَابُ الْمُفَتَّحَةُ مَحَارِمُ اللهِ تَعَالَى وَذَلِكَ الدَّاعِي عَلَى رَأْسِ الصِّرَاطِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالدَّاعِي مِنْ فَوْقِ الصِّرَاطِ وَاعِظُ اللهِ فِي قَلْبِ كُلِّ مُسْلِمٍ
Maksudnya: Allah SWT telah membuat perumpamaan tentang jalan yang lurus. Di kedua sisi jalan tersebut terdapat dua tembok. Di kedua tembok tersebut terdapat pintu-pintu yang terbuka. Di atas pintu-pintu tersebut terdapat tirai yang diturunkan dan di atas pintu ada jalan (lurus) yang ada penyeru yang berkata: “Wahai manusia, masuklah kamu kesemuanya ke dalam jalan dan janganlah kamu menyimpang (daripadanya).”
Jika seseorang hendak membuka salah satu pintu dari pintu-pintu itu, maka penyeru yang berada di atas pintu itu berkata: “Celaka engkau, jangan engkau buka pintu tersebut. Jika engkau membukanya, nescaya engkau terjerumus masuk ke dalamnya.”
(Rasulullah SAW menjelaskan) Jalan tersebut ialah Islam, kedua tembok itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, penyeru di atas pintu adalah Kitabullah, dan penyeru di atas jalan ialah penasihat (yang Allah utus) dalam hati setiap Muslim.
Riwayat al-Tirmizi (2786), Ahmad (17909)
dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (245)
Ibn Qayyim Rahimahullah menyatakan, ini adalah pernyataan pada hati orang yang beriman iaitu ilham Ilahi melalui malaikat. (Lihat Madarij al-Salikin, 1/46)
Adapun perbezaan antara ilham yang baik dan ilham yang keji adalah kerana ia boleh jadi sama ada daripada wahyu malaikat secara umum atau bisikan syaitan.
Perbezaan antara dua ilham ini dengan muwafaqah atau mukhalafah kepada Kitab dan Sunnah. Apa-apa yang berbetulan dengan Kitab dan Sunnah maka ia termasuk dalam ilham yang dipuji. Sebaliknya, jika ia bertentangan dengan Kitab dan Sunnah, maka ia dikeji.
Syeikh al-Sam’ani berkata: “Ketahuilah bahawa mengingkari asal ilham adalah tidak harus…dan kami berkata pada membezakan antara kebenaran dan kebatilan seperti berikut:
Setiap yang benar dan berbetulan mengikut Syariat Nabi SAW sekalipun tiada dinaskan di dalam Kitab dan Sunnah, maka ia diterima.
Sebaliknya apa-apa yang tidak berbetulan dengan syariat Nabi SAW, maka ia hendaklah ditolak kerana yang demikian itu adalah bisikan nafsu dan was-was syaitan. Justeru, wajib diingkarinya. Akan tetapi kita tidaklah mengingkari cahaya Allah yang dikurniakan sebagai penghormatan dan kemuliaan untuk seseorang hamba. (Lihat Qawati’ al-Adillah fi al-Usul, 2/352)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالحَقِّ ، وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالحَقِّ ، فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنَ اللهِ فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ، ثُمَّ قَرَأَ {الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالفَحْشَاءِ} الآيَةَ.
Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan memiliki bisikan pada manusia, dan malaikat juga memiliki bisikan. Bisikan syaitan menjanjikan keburukan dan mendustakan kebenaran. Sedangkan bisikan malaikat menjanjikan kebaikan dan mempercayai kebenaran. Barangsiapa mendapatkannya, maka ketahuilah bahawa itu daripada Allah SWT, justeru hendaklah dia memuji Allah. Dan barangsiapa mendapatkan yang lain, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan yang dilaknat.”
Kemudian Nabi SAW membaca ayat:
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ
Maksudnya: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut) (Surah al-Baqarah: 268)
Riwayat al-Tirmizi (3256) Beliau
berkata, ini hadis hasan gharib.
Semoga Allah ilhamkan kepada kita dengan ilham yang baik dan kita memohon petunjuk dan hidayah kepada-Nya.
Kami akhiri dengan doa yang sering dibaca oleh Nabi SAW:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” |
|
|
|
|
|
|
|
hati ini adalah satu HAL yg sulit ...
kerana hal2 hakikat kejadian yg berlapis lapis seperti inilah maka turunnya quran dan sunnah serta hadis qudsi, qias dan ijmak ulamak
serta disusun ilmu sifat 20 oleh ulama2 alhaq...
juga lahirnya SUSUNAN ILMU TASAWUF spt kitab alhikam
dan jua lahir nya ajaran2 tarekat oleh masyaeikh2 spt wali2 agung spt saqj, imam abu hasan syazuli
,al ghazali...dan pelbagai sultan2 awliyak yg lain
dan lahirnya SUSUNAN MERTABAT NAFSU, MERTABAT RUH, MERTABAT KETUHANAN...
dan lahirnya karangan2 sufi mistik spt ibnu arabi, al hallaj, hamzah fansuri
dan lahirnya kitab2 yg MENYUSUN SIR2 KETUHANAN spt sirrul asror, kasiful asror, barul lahut
dan pelbagai lagi...
pendek cerita, semua tu wjib ada jazam baiah mursid rabbani secara bersanad wasilah
barulah guru akan bimbing dgn kaedah tanazul taraqqi baik dr atas ke bawah atau susunan bawah ke atas dgn penuh sempurna dan indah...
itulah jasa guru2 mursid sejak dahulukala...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|