CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 9

Perihal Meminum Air kumuhan Unta

[Copy link]
Post time 16-11-2018 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 16-11-2018 08:55 PM

IRSYAD AL-FATAWI SIRI KE 268 : HUKUM MEMINUM AIR KENCING UNTA BERCAMPUR DENGAN SUSU UNTA

pautan asal :

http://muftiwp.gov.my/en/artikel ... L9VX9J1gETiNrB9BvOg

Details Published: 14 November 2018



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2018 08:42 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-11-2018 08:56 PM

Soalan





Mohon pencerahan berkenaan dengan hukum meminum air kencing unta bercampur dengan susu unta


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 08:42 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-11-2018 08:57 PM

Jawapan



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW, seterusnya ahli keluarga baginda, isteri-isteri, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Pertama, persoalan ini timbul kerana adanya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA, beliau berkata:

قَدِمَ أَعْرَابٌ مِنْ عُرَيْنَةَ إِلَى نَبِيِّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَسْلَمُوا فَاجْتَوَوُا الْمَدِينَةَ حَتَّى اصْفَرَّتْ أَلْوَانُهُمْ وَعَظُمَتْ بُطُونُهُمْ فَبَعَثَ بِهِمْ نَبِيُّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِلَى لِقَاحٍ لَهُ فَأَمَرَهُمْ أَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا حَتَّى صَحُّوا

Maksudnya: Bahawa datang sekumpulan badawi dari puak ‘Urainah kepada Nabi SAW dan memeluk islam. Kemudian kerana terkesan dengan suhu madinah, kulit mereka menjadi kekuningan dan kembung perut mereka. Lalu Nabi mengirimkan kepada mereka susu unta dan mengarahkan mereka untuk minum susu dan air kencing unta sehingga mereka sembuh.

Riwayat al-Nasa’i (4035)

Berdasarkan hadis ini, para fuqaha mengeluarkan pendapat tentang hukum berubat dengan air kencing unta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 08:42 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-11-2018 08:58 PM



Adakah Air Kencing Unta Dikira Najis



Terdapat dua pandangan ulama’ dalam hal ini. Pendapat yang pertama, bahawa air kencing unta bukanlah najis di sisi Imam Malik, Imam Ahmad dan sebahagian salaf. Pendapat ini juga disokong sebahagian ulama mazhab al-Syafie seperti Ibn Munzir, Ibn Hibban dan lain-lain.

Pendapat yang kedua mengatakan air kencing unta adalah najis. Ini adalah pendapat Imam al-Syafie sendiri dan jumhur ulama’. Lihat Fath al-Bari (1/338).

Hukum Berubat Dengan Najis



Yang pertama, para Fuqaha’ bersepakat bahawa haram berubat dengan najis seperti arak. Ini bertepatan dengan hadis yang masyhur, diriwayatkan oleh Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اَللَّهَ لَمْ يَجْعَلْ شِفَاءَكُمْ فِيمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyembuh buat kamu dari apa yang diharamkan ke atas kamu”

Riwayat al-Baihaqi (1209)



Ketika berlaku keadaan yang tidak ada minuman lain selain arak, dan sekiranya tidak minum akan menyebabkan kematian, maka dibolehkan dalam kadar mengelakkan kematian, lihat Majmu’ah al-Fawaid al-Bahiyyah (1/60). Hal ini berasaskan kaedah fiqh:

الضرورات تبيح المحظورات

Maksudnya: “ Perkara-perkara darurat (menyebabkan) harusnya perkara-perkara haram”



Yang Kedua, pendapat mazhab al-Syafie membenarkan perubatan yang menggunakan najis selain daripada perkara yang memabukkan. Pendapat ini juga dipegang oleh jumhur ulama’. Lihat al-Majmu’ (9/50)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 08:43 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-11-2018 08:58 PM

Hukum Berubat Dengan Air Kencing Unta



Imam Nawawi menyebutkan hukum berubat dengan air kencing unta adalah dibolehkan berdasarkan perintah Nabi SAW kepada puak ‘Urainah dalam hadis yang telah kami sebutkan. Lihat al- Majmu’ (9/51)

Terdapat juga pendapat-pendapat lain yang mengatakan tidak boleh berubat dengan air kencing unta. Namun ini adalah pendapat-pendapat yang lemah. Lihat Raudhah al-Thalibin (3/285).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 08:43 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-11-2018 09:00 PM

Syarat berubat dengan air kencing unta



Imam Nawawi meletakkan syarat sekiranya ingin menggunakan air kencing unta sebagai ubat. Lihat al- Majmu’ (9/51)


  • Hendaklah yang mengambil air kencing unta sebagai ubat itu arif tentang ubat-ubatan
  • Sekiranya yang ingin berubat tidak tahu tentang ubat-ubatan, hendaklah dia mendapat nasihat daripada pengamal perubatan muslim yang adil.
  • Imam Baghawi menambah, cukup seorang pengamal perubatan sahaja
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2018 08:43 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-11-2018 08:59 PM

Kelebihan Air Kencing Unta


Air kencing unta ini dipercayai mempunyai kelebihan yang banyak sepertimana dibuktikan dalam kisah kumpulan arab badwi berdasarkan hadis yang dinyatakan.

Selain daripada bukti yang disebut di dalam hadith, terdapat banyak kes-kes yang membuktikan air kencing unta ini mampu merawat penyakit. Air kencing unta ini dikatakan mengandungi kalsium yang tinggi. Lihat al-sunnah al-Muthaharah (79), al-Tib al-arabi (1/278) al-I’jaz al-Ilmi fi Sunnah Nabawiyah (833).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 08:54 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-11-2018 09:01 PM

Arahan Kementerian Kesihatan Malaysia Berkaitan Air Kencing Unta



Kementerian Kesihatan Malaysia seiring dengan Badan Kesihatan Dunia (WHO) mengarahkan Jemaah haji dan umrah untuk tidak meminum air kencing, susu unta dan mengahmpiri lading-ladang ternakan unta kerana dikhuatiri akan dijangkiti Virus Mers-Cov. Sehingga 15 Oktober 2018, Pihak Berkuasa Kesihatan Saudi Arabia melaporkan peningkatan kes jangkitan virus ini[1]. Terbaru, tiga kematian dilaporkan akibat daripada virus ini.



Kesimpulan



Berdasarkan hujah-hujah di atas, kami berpendapat air kencing unta ini mempunyai kelebihan sepertimana yang disebutkan di dalam hadis dan kelebihan yang disebutkan. Berikut beberapa kesimpulan yang dapat dsimpulkan beberapa perkara:

Hukum asal meminum air kencing unta tanpa tujuan perubatan adalah haram
Perubatan menggunakan air kencing unta sahaja kami tarjihkan sebagai harus
Sebarang aktiviti perubatan menggunakan air kencing unta ini hanya boleh dibuat setelah mendapat nasihat pakar perubatan dan pakar farmasi yang bertauliah sahaja
Meminum susu yang bercampur dengan air kencing unta tanpa tujuan perubatan dengan syarat yang di atas juga adalah Haram kerana bimbang dijangkiti penyakit yang disebutkan.
Semoga kita sentiasa diberi hidayah untuk mengikut syariat yang sahih. Amin








[1] http://www.who.int/csr/don/01-november-2018-mers-saudi-arabia/en/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2018 12:23 AM | Show all posts
dua2 kena pegang sains , agama, logik akal.

tak bermaksud pe rasulullah buat di zaman itu sebab jahil sedangkan ilmu rasulullah s.a.w. melangkaui zaman dia melangkaui ilmu sains.

ilmu yang dikurniakan kepada rasulullah melalui kitab alquran melangkaui sains. penemuan sains di kemudian hari membuktikan kebenaran kitab suci alquran.

setuju pendapat jumhur ulama perlu ada pandangan huraian agar umat islam tidak salah faham konteks hadis dari sudut istilah , maknawi dan lain2 lagi melalui pandangan tafsiran sendiri. sebab ilmu ni perlukan specialist dalam bidang tersebut sebab mereka di latih untuk faham ilmu hadis.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 08:30 PM | Show all posts
Edited by kbyne at 17-11-2018 08:36 PM

Rasanya bukan kencing unta semata diorang minum...
pendapat aku yg utk minum tu susu unta campuran sikit jer,bakteria baik dari kencing unta,perut jadi sihat semula...w.a.

contoh yg kita makan kapsule arang bila sakit perut cirit birit...benda pelik tapi jadi ubat...lagi satu contoh susu culture,guna sejenis bakteria baik dari bayi,buat minuman...Vitagen dgn Yakult...w.a.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049046 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list