CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2747|Reply: 5

7 Rahsia Gadis Kimono Untuk Kelihatan Cantik Semula Jadi!

[Copy link]
Post time 21-12-2018 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan



Jepun adalah sebuah negara yang sangat menarik untuk dikunjungi. Persekitaran bersih, kemajuan teknologi dan juga disiplin penduduknya yang tinggi adalah aset utama kemajuan negara matahari terbit ini.


Ini juga dapat dilihat bila mana wanita Jepun juga sangat mementingkan kecantikan diri. Bagi mereka, kecantikan merupakan identiti seseorang wanita yang mana berkait rapat dengan tarikan sosial dan seksual.


Idealisme wanita jepun untuk memiliki kulit putih dan cantik terserlah apabila mereka telah menerapkan kemestian memiliki 'kulit mulus bak salji'.


Mereka menganggap kulit putih memberi tanggapan positif seperti comel, feminin, bijak dan bersih. Manakala, jika berkulit gelap akan memberi tanggapan negetif seperti liar, bodoh, tidak feminin, kotor dan juga tidak bijak.


Ini antara rahsia gadis kimono untuk kelihatan cantik!



1. SKRUB KACANG AZUKI/KACANG MERAH








Kacang azuki mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dan saponin yang membantu membersihkan serta mengecilkan liang pori.


Apa yang bagus, ia bertindak balas dengan serta-merta bagi membuang kotoran dan juga sel-sel kulit yang mati. Secara tidak langsung, meransang peredaran darah ke seluruh bahagian muka.


Kisar setengah cawan kacang azuki dan masukkan ke dalam bekas serta simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam.


Bila nak digunakan, cuma perlu ambil setengah sudu teh serbuk kacang azuki. Letakkan sedikit air supaya ia menjadi seperti pes. Kemudian, sapu ke seluruh muka. Biarkan selama 2-3 minit sebelum bilas muka dengan air suam. Lakukan secara rutin tiga kali seminggu.



2. MENGEKALKAN DIET TRADISIONAL SEIMBANG








Prinsip hidangan tradisonal jepun adalah ICHIJYU iaitu satu sup dengan tiga jenis hidangan sayur berserta nasi dan juga ikan. Hidangan ini kaya dengan vitamin dan omega 3 yang membantu menggelakkan penuaan sebelum usia.


Hidangan tradisonal jepun tidak sah jika tidak ada rumpai laut dan juga kaiso yang wajib ada di Jepun sehingga kini. Ia mengandungi iodin dan keratin yang sangat penting bagi kulit sihat serta kuku dan rambut berkilat.


3. MENYUBURKAN KULIT DENGAN RICE BRAN/DEDAK BERAS







Selama berabad-abad, orang Jepun telah mengenali dan menghargai manfaat indah kanaukauka, atau dedak padi. Penuh dengan antioksidan (lebih daripada 70 sebenarnya!) dan lain-lain nutrien penting.


Serbuk dedak beras telah digunakan dalam skrub, rawatan wajah dan juga badan untuk membantu melawan tanda-tanda, mengatasi kulit cacat dan meninggalkan kulit tegang, ketat, dan lembut.


4. TEH HIJAU/GREEN TEA








Teh hijau merupakan sebahagian besar gaya hidup masyarakat Jepun. Dengan antioksidan yang tinggi, antara antibakteria terbaik dan juga anti radang.


Teh hijau juga menjadi rutin wanita jepun untuk rawatan badan dan juga rambut. Kepekatan polyphenols catechin yang tinggi, yang mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kecantikan.


Kepekatan tinggi tanin juga mampu menganjalkan kulit. Serbuk teh hijau boleh membaik pulih kerosakan yang disebabkan sinaran UV, mengaktifkan semula sel-sel kulit mati, mengurangkan keradangan (terutama dengan kulit yang rawan jerawat) dan membantu keseimbangan tona kulit.


5. KERAP MANJAKAN DIRI DI ONSEN/KOLAM AIR PANAS









Di Jepun, mandi bukan sekadar membersihkan diri, tetapi lebih kepada memanjakan diri. Itu antara punca kenapa wanita jepun sangat suka ke onsen atau sento.


Di seluruh pusat bandar, pusat peranginan dan juga tempat terbuka banyak menawarkan lulur badan dan juga sumber air yang diperkayakan dengan mineral semula jadi.


Mandi kolam air panas bukan sahaja membuatkan kita berasa segar dan tenang, tetapi ia sangat membantu bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Ini bagi menggelakan kekejangan otot dan sakit belakang.


Untuk sentiasa melembapkan badan, mereka akan menggunakan minyak dan garam semula jadi. Wap panas adalah detoks terbaik untuk membuang kotoran yang tersumbat dan juga menegangkan kulit.


6. OBSES DENGAN MINYAK TSUBAKI








Wanita Jepun telah beralih kepada minyak Tsubaki (camellia) untuk penjagaan kulit, rambut dan keseluruhan tubuh.


Minyak tsubaki banyak ditemui dalam produk rambut. Minyak ini sangat tinggi asid lemak omega-9 (juga dikenali sebagai asid oleik) iaitu protein penting dan gliserida yang menghasilkan gabungan sempurna untuk rambut berkilat menawan.


Minyak Tsubaki yang boleh dimakan bagi meningkatkan imuniti, menurunkan kolesterol dan mengimbangi paras gula dalam darah. Ia boleh digunakan pada kulit, mahupun pada rambut.


Minyak masak Tsubaki lebih ringan berbanding minyak salad dan lebih kaya dengan vitamin.



7. AMALKAN VITAMIN C SECARA KONSISTEN








Vitamin C berfungsi sebagai pembekal kologen yang diperlukan tubuh badan setiap hari selain menguatkan tulang.


Ia juga membantu melenyapkan melanin dan mengelakkan penuaan. Wanita Jepun sentiasa mengambil vitamin C melalui makanan, supplement, minuman, sayuran, buah-buahan serta produk kosmetik.


Sesetengah buah-buahan dan sayuran di Jepun seperti limau yuzu, pisang kaki jepun dan shisho semuanya kaya dengan vitamin yang amat bagus. Produk yang tinggi vitamin C seperti acerola, yuzu, pasli, brokoli dan kiwi amat mudah didapati di jepun.


Jadi, untuk wanita di luar sana yang ingin cantik secara semula jadi seperti wanita Jepun. Boleh cuba amalkan TUJUH rahsia ini. Semoga berjaya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2018 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo selama ni i pakai skrub oat. Nanti dh habis ni, boleh try bran dgn azuki plak sebagai skrub.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 11:48 AM | Show all posts
meisapoya replied at 22-12-2018 09:38 AM
Oo selama ni i pakai skrub oat. Nanti dh habis ni, boleh try bran dgn azuki plak sebagai skrub.

kita pakai St Ives Scrub Oatmeal
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 23-12-2018 11:48 AM
kita pakai St Ives Scrub Oatmeal

Serius best kan skrub oat ni. Rasa licin je kulit lepas pakai. Semalam i pantas pi grab azuki beans. Tapi tak blend lagi. Boleh buat gilir2 dengan oat skrub. Satu lagi, hampas kopi. Serius best rase kulit licin, lembut je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 03:41 PM | Show all posts
meisapoya replied at 23-12-2018 02:10 PM
Serius best kan skrub oat ni. Rasa licin je kulit lepas pakai. Semalam i pantas pi grab azuki bean ...

rajin u ya jaga keantikan. i pakai produk siap je hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 23-12-2018 03:41 PM
rajin u ya jaga keantikan. i pakai produk siap je hehehe

Terpaksa u.. Kulit i agak sensitif. So, kena tapis la bahan2 dalam produk. Daripada i penat buat research satu2 produk, lagi senang i blend je. 1 bahan je pon. Kalau pakai banyak bahan yang susah nak dapat, i pon malas ahhaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049015 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list