Tulisan Arab 'salam' jadi muka depan akhbar NZ
KUALA LUMPUR 22 Mac - Sebuah akhbar nasional New Zealand The Press menjadikan tulisan Arab dengan perkataan salam yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris 'peace' yang membawa maksud damai menjadi muka depan akhbar tersebut hari ini.
Turut dipaparkan di muka hadapan surat khabar itu adalah senarai 50 nama mangsa yang meninggal dunia akibat serangan pengganas kulit putih Jumaat lalu.
Rata-rata warganet menyifatkan tindakan The Press itu sebagai menakjubkan. "New Zealand, anda sangat menakjubkan. Ada membenarkan azan disiarkan di televisyen genap seminggu kejadian ganas berlaku, kini perkataan salam yang bermaksud damai di muka hadapan akhbar," kata Nadia Basioni. "Salam, kedamaian ke atas anda. Wow, bijak, muka hadapan surat khabar New Zealand, The Press hari ini. Jumaat pertama selepas seminggu serangan," komen Bazuki Muhammad. "Terima kasih akhbar. Hanya di New Zealand," tulis Mike Rammelt. Sebelum ini, polis New Zealand mengesahkan identiti semua 50 mangsa yang terkorban dalam serangan di dua buah masjid di Christchurch pada Jumaat lalu telah dikenal pasti. Turut terkorban, Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang dan remaja itu merupakan yang terakhir disahkan kematiannya.-UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/tulisan-arab-salam-jadi-muka-depan-akhbar-nz-1.867135#ixzz5iruxtRQO
© Utusan Melayu (M) Bhd
|