|
Edited by HangPC2 at 2-4-2019 12:09 AM
Reiwa 令和時代 diumum sebagai era baharu selepas Maharaja Akihito
TOKYO : Kerajaan Jepun hari ini, mengumumkan empayar baharu selepas Maharaja Akihito turun takhta pada akhir bulan ini, akan dikenali sebagai ‘Reiwa’ yang membawa maksud bertuah dan harmoni.
Perkataan ‘Reiwa’ menggabung dua perkataan, iaitu Rei yang bermaksud bertuah, manakala Wa sering diterjemahkan sebagai kedamaian atau harmoni.
Menurut laporan, kerajaan dijangka memberi penjelasan mengenai makna di sebalik perkataan itu, termasuk dalam bahasa Inggeris tidak lama lagi.
“Mesyuarat Kabinet diadakan sebentar tadi, bagi membincangkan nama untuk empayar baharu dan cara sebutannya,” kata ketua setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media sambil memaparkan kertas putih tertera Reiwa yang ditulis menggunakan kaligrafi tradisional.
Walaupun takwim Gregory digunakan secara meluas di Jepun, kalendar empayar turut dipakai di negara matahari terbit itu, dan pengumuman nama era baharu berkenaan memang amat dinanti-nantikan rakyatnya.
Maharaja Akihito bakal melepaskan jawatan pada 30 April ini, dan anaknya, Putera Mahkota Naruhito akan mengambil alih takhta pada 1 Mei, sekali gus menandakan bermulanya era baharu.
- AFP -
|
|