Terletak di Jalan Hang Jebat, Jonker Walk merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik yang murah di Bandar Melaka. Di sini terletak pekan cina yang memaparkan seni bina baba dan nyonya. Ini kerana zaman penjajahan dulu, kawasan ni ialah kawasan perdagangan dan kediaman Baba dan Nyonya yg kaya raya.
Jalan ini dipenuhi dengan rumah-rumah bersejarah dari abad ke-17. Tapi sekarang kebanyakkan rumah-rumah ni dah jadi kedai-kedai yang menjual barangan antik, tekstil, makanan, kraftangan dan cenderamata. Tak kurang juga dah jadi hotel-hotel. Hotel yg paling famous di Jonker Walk ni ialah Hotel Puri. H&M pun ada di Jonker Walk ni. Berdepan pula dgn Hard Rock Cafe. Walaupun banyak International Brand dah menapak di sini, ciri-ciri dan imej baba dan nyonya bangunan itu masih lg dikekalkan.
Pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jalan utama ini akan ditutup utk memberi laluan kepada peniaga-peniaga pasar malam. Pasar malam ni bermula dr jam 6 petang sehingga 12 tgh malam. Ada banyak gerai-gerai jualan. Tapi gerai-gerai makanan kat situ sy agak ragu-ragu juga lah. So hati-hati ya.
Semasa zaman Melaka-Belanda, pekerja dan orang bawahan daripada penjajah Belanda pernah tinggal di Heeren Street yang berdekatan. Bagaimanapun, setelah Belanda pergi, ia menjadi jalan bangsawan. Orang kaya golongan peranakkan mula untuk hidup dan melakukan perniagaan dalam kawasan jalan, memberi jalan tersebut cita rasa etnik dan budaya yang mendalam.
Artifak asli yang berumur 300 tahun yang lalu masih boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain. setiap satunya mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.
Kalau rajin berjalan, anda boleh menyusur lorong-lorong disekitar Jonker Walk ni. Dan anda boleh lihat ada beberapa kedai yg menjual bahan-bahan keperluan dapur seperti bawang, beras & lain-lain secara borong.
Utk pengetahuan kalian, di muara Sungai Melaka dulu adalah pelabuhan utk kapal-kapal dagang menurunkan barang-barang dagangan mereka. Jadi tidak mustahillah kalau anda masih lg boleh melihat kedai-kedai yg menjual barang-barang keperluan dapur ni. Terdapat juga Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia yg terletak hanya bersebelahan dengan Muzium Samudera & Jeti Melaka River Cruise.
Sedikit sejarah tentang muzium ini. Muzium Kastam di Melaka ini terletak di dalam sebuah bangunan yang dahulunya merupakan sebuah gudang simpanan barangan perdagangan. Bangunan lama ini dibina sejak tahun 1890-an oleh British & telah melalui beberapa fasa pembaikan untuk mencantikkan lagi keadaannya. Di dalam muzium ini menempatkan pelbagai infomasi yang rata-ratanya berkaitan dengan sejarah penubuhan, tugas kastam, pencapaian terbesar kastam & yang paling menjadi tumpuan adalah koleksi harta rampasan kastam yang sangat unik & boleh dikira antik untuk tatapan umum.
Di Jonker Walk ni juga terdapat sebuah makam pahlawan yg terkenal iaitu Makam Hang Kasturi. Makam tersebut berada diantara deretan kedai-kedai disitu dan masih lagi terjaga rapi.
So kepada semua yg nak rasa serba sedikit tentang kehidupan org zaman dahalu, cubalah explore Jonker Walk ni. Best tau.... Macam-macam boleh jumpa.