Tajuk : Home For Summer Episode : 120 (sekarang dah epi 79) Hari Tayangan : Isnin - Jumaat
Pelakon Lee Young Eun - Wang Geum Hui Yoon Sun Woo - Joo Sang Won Lee Chae Young - Joo Sang Mi Kim Sa Kwon - Han Joon Ho
Sinopsis Drama ni agak cliche sebab mengisahkan rumahtangga kena sailang dengan orang ketiga. Wang Geum Hui seorang isteri kepada Doktor Han Joon Hoo dan juga seorang suri rumah. Diorang dah kahwin selama 13 tahun tapi tak ada anak. Permulaan drama ada tunjukkan yang WGH dan HJH ni berusaha nak dapatkan anak dengan buat ivf. Tapi, nasib baik tak sebelahkan diorang, ivf pun tak jadi.
HJH ni doktor kecantikkan dan kerja dengan ayah pada Joo Sang Mi. Permulaan drama pun ada tunjukkan yang HJH ni seorang suami yang loving, caring dan baik gila dengan WGH. Tapi, cerita korea mana pernah simple, WGH dan JSM ni kawan sekolah menengah tapi adalah kisah di sebalik persahabatan diorang yang buatkan JSM ni benci dengan WGH.
Bila JSM ni tengok WGH berbahagia, dia rasa tergugat dan sampailah satu hari, dia dapat tahu HJH tu suami WGH. Jadi bermulalah niat jahat JSM nak sailang HJH ni daripada WGH. Macam-macamlah komplot SJM ni buat sebab nak dapatkan HJH, termasuklah buatkan WGH hilang penjagaan anak angkat, hilang kerja, kena fitnah dan bermacam lagi.
Joo Sang Won pulak adik kepada JSM. JSW ni orangnya amat kontra dengan JSM. Baik gila dan dia rasa bertangunggjawab atas kejahatan yang kakak dia buat pada WGH. Dia amik WGH kerja dengan dia, tolong WGH, jaga anak WGH dan memacam lagi dan akhirnya dia tersuka pada WGH.
Sinopsis ni aiols buat sendiri berdasarkan 79 episode yang aiols tengok. weeeeeeeee~
|