CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 26585|Reply: 56

Pak Nil harap Naz dan Sissy kekal hos AJL

[Copy link]
Post time 17-2-2025 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Bukan hanya persembahan yang menjadi tumpuan penonton, malah gandingan pengacara Naz Rahman dan Sissy Iman turut menjadi bualan ramai ketika di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung pada malam Ahad.

Dilihat sebagai penyampai berinformasi, gandingan mereka berdua menerima pujian dan dikatakan memberi nafas baharu untuk pentas anugerah berprestij berkenaan.

Sebagai seorang yang berpengalaman, pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi juga memuji kedua-duanya dan menganggap sudah tiba masanya perubahan sedemikian dilakukan.



“Saya rasa hala tuju pengacaraan kita dah boleh beralih semula kepada pengacaraan berilmu dan tidak spontan semata-mata.

“Mungkin juga penonton sudah puas menonton pengacaraan santai, lawak dan bebas skrip. Kini mereka memerlukan udara baharu dalam tontonan mereka,” katanya ketika dihubungi mStar.

Meskipun tidak sempat menonton AJL39 kerana sedang mengerjakan ibadah umrah, Aznil bagaimanapun berharap gandingan Naz dan Sissy perlu dikekalkan.

Baginya keserasian juga menjadi faktor utama yang mampu menghidupkan program yang bersiaran secara langsung seperti AJL.

“Rasanya dah boleh kekalkan mereka ini kerana nak mencari pengacara yang serasi bekerja bersama memang sukar. Bila keserasian dah ada, berikan lebih banyak peluang tugas pengacaraan, mereka akan jadi lebih baik,” ujarnya.

Untuk rekod, Aznil sebelum ini pernah diberi tanggungjawab mengendalikan AJL8 dan AJL18 sebagai pengacara.

Sementara itu, seorang lagi bekas pengacara AJL iaitu Faizal Ismail juga berpendapat seorang pengacara harus mengambil tanggungjawab penuh untuk mendalami isi kandungan setiap acara agar lebih bermanfaat.



“Saya anggap ini sebagai satu ‘cycle’ baru. Dah tiba masanya kita melihat gandingan seperti ini.

“Orang sudah tidak mahu lagi pengacara yang sekadar memberi punch line. Sebagai pengacara kita perlu faham betul-betul sesebuah program. Kalau tak dalami lebih baik tidak ambil tanggungjawab itu,” ujarnya.

Berkongsi pengalamannya mengacara AJL sebelum ini, Faizal juga tidak menafikan unsur jenaka perlu diselitkan sebagai satu hiburan.

Namun ia tidak sepatutnya dilakukan secara berlebihan kerana tugas sebagai pengacara adalah penting dalam sesebuah program.

“Artis buat persembahan mungkin hanya tiga minit, tapi pengacara kena kendalikan sepanjang program.

“Ketika saya dahulu pun ada unsur jenaka usik-mengusik, namun tidak perlu keterlaluan,” jelasnya.

Faizal berpengalaman enam kali mengendalikan pentas AJL22 hingga AJL27.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnyaaaa
Iols reatu yakmat sisi and naz teruskan next ajl

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 12:45 AM | Show all posts
tak kisah sape pun jgn lebih 2 orang....merapu kecoh semak
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahah..bkn hr tu acik porem kecam ke gandingan yinnih
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 05:07 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 18-2-2025 02:38 AM
Hahah..bkn hr tu acik porem kecam ke gandingan yinnih

Orang bodo je tak suka hos macam ni. Diorang suka hos over suka terpekik terlolong lawak body shaming etc.


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada vibes mcm gandingan Ally & Cheryl jd pengacara Ajl dolu2 .Nampak cerdik utk event besar mcm Ajl .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2025 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la yg paknil ckp. Dh tiba masanya normalize pengacara yg bertauliah & yg penuh informatif & fakta dan tiba masanya pengakhiran era pengacara 0 iq dgn lawak bodoh yakni badut pentas
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
"Meskipun tidak sempat menonton AJL39 kerana sedang mengerjakan ibadah umrah, Aznil bagaimanapun berharap gandingan Naz dan Sissy perlu dikekalkan"


Tak tengok AJL, tapi nak pengacara dikekalkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
iols dah kata dari haritu sissy memang boleh bawak. Netizen kertu je pandang rendah sheols
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:32 AM | Show all posts
yang buat umrah tu... focus je la ibadah ko...
tak yah nak komen2 lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:36 AM | Show all posts
best je aku tengok duo ni, sponsor pun tak menyelit beria sangat
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Best..Naz biasa mengacara event big co’s
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:01 AM | Show all posts
okey lah... meols tgo live kat axiata haritu agak sedikit bosan lah, Naz is okay, Sissy macam meleret sangat dia nak explain, so nampak x balance, nampak Naz macam bodo2 alang pulak asyik ulang2 "wow...info dari orang berilmu muzik"...lahhhhh..next time kalau kekal kena kasi balance skrip ya.
Masa live kat axiata jadi boring sebab commercial break je diorang berdua terus hilang, backstage terus,  takde borak2 ngan penonton ke...hahahaha 4-5 seconds nak start baru keluar sampai floor manager tu jerit "host host host 5 seconds 4 seconds...host 3 seconds to live.. " hahahhahahaha sian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
af_mania replied at 18-2-2025 06:41 AM
Betul la yg paknil ckp. Dh tiba masanya normalize pengacara yg bertauliah & yg penuh informatif & fa ...

Nxt year ajl40 dah boleh start buat subtitle pulak masa finalis nyanyi. Walaupun lagu dalam bahasa melayu.. pentingnya subtitle dalam BM supaya org lebih faham & mengikuti cerita di dalam lagu and dalam masa yg sama org boleh sing together. Ala2 karaoke gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul paknil cakap. Asalkan bukan paknil. Semua ok.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:06 AM | Show all posts
i ols tgk dgn husband, siap komen kenapa lama sgt bercakap ni....mmg lah bagus compare tu yg jenis buat lawak sendiri, tp bolehlah kurang2 kan sikit info yg nak dikongsi tu..kami pikir mungkin alang2 menunggu dorang siapkan pentas aina abdul tu yg cakap lama meleret tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 18-2-2025 11:06 AM
i ols tgk dgn husband, siap komen kenapa lama sgt bercakap ni....mmg lah bagus compare tu yg jenis b ...


Dia lama bercakap tu arahan penerbit nak tunggu pentas siap. Kuat jugaklah mental dorang mengisi masa bila pentas tak siap siap. Kat telinga kena alert arahan penerbit, mulut kena terus bercakap supaya tak kosong. Kalau GV time ni lah nabil dgn jihan buat lawak bangang sebab tak ada idea. Tapi sissy dgn naz keep informing good facts pada audience. So for  me yes to sissy and naz tapi skrip kena lagi power. Tak payahlah lawak lawak tu kalau nak lawak pi tengok maharaja lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:24 AM | Show all posts
annadonna replied at 18-2-2025 03:15 AM
Dia lama bercakap tu arahan penerbit nak tunggu pentas siap. Kuat jugaklah mental dorang mengisi m ...

ya betul....obviously lepas tu sampai part pentas ernie dgn Aina Abdul terus macam....patutlah lama kena menunggu, macam2 ada atas pentas da mcm kat IJN
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 18-2-2025 05:07 AM
Orang bodo je tak suka hos macam ni. Diorang suka hos over suka terpekik terlolong lawak body sham ...

Cuba up blk thread hr tu..yg mengata 2 org ni..hahaha..kami dtg dr masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 18-2-2025 08:36 AM
best je aku tengok duo ni, sponsor pun tak menyelit beria sangat

Sapa sponsor taun ni? Iols tak tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.086707 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list