Edited by trunks at 11-6-2020 04:59 AM
Facebook hari ini telah mula menawarkan ciri memindahkan gambar dan video dari profil Facebook anda ke perkhidmatan lain. Buat masa ini, satu-satunya perkhidmatan yang disokong adalah Google Photos, dan dijangka ditambah lagi pada masa akan datang. Dengan adanya ciri ini, ia memudahkan pengguna membuat salinan pendua untuk semua gambar dan video mereka di akaun Facebook ke perkhidmatan Google Photos.
Untuk melakukannya, anda hanya perlu:
1. Log masuk ke akaun Facebook anda. Pillih menu “Settings”.
2. Seterusnya, pilih tab yang dilabelkan “Your Facebook Information”
3. Pilih “Transfer a copy of your photos or videos”. Pengguna seterusnya akan dihubungkan ke laman Google untuk membuat pengesahan, sebelum salinan pendua dilakukan. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri ini di Facebook hari ini. sumber
----------------------------------------- korang yang nak buat bakcup gambar2 dan video dari facebook bolehlah ikut cara ni.sebab kalau id facebook tak boleh login atas pelbagai sebab,semua gambar dan videos kita tak hilang ,
|