View: 12190|Reply: 17
|
[Jenayah]
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong
[Copy link]
|
|
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong
Oleh Noor Hidayah Tanzizi - Disember 20, 2024 @ 5:12pm
[email protected]
Seekor lagi kucing yang dinamakan sebagai ‘Lily’ yang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati. - Foto FB Kelab Pencinta Kucing Malaysia
KUALA LUMPUR: Seekor lagi kucing ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan di Universiti Malaya (UM), di sini.
Perkongsian mengenai penemuan kucing berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Instagram (IG) yang mahu keadilan untuk berkenaan yang dinamakan sebagai 'Lily' dan dua lagi kucing yang ditemui dalam keadaan sama sebelum ini.
Di IG storynya, wanita itu mendakwa Lily adalah kucing kelima yang didakwa dibunuh di universiti terbabit dan turut mempersoalkan bagaimana kejadian itu berlaku selama berbulan-bulan tanpa tindakan diambil.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbaru itu.
Bagaimanapun katanya, semakan dengan pihak Keselamatan UM mengesahkan pihak pentadbiran universiti itu ada menerima maklumat berkaitan kes itu dan siasatan dalaman sudah dijalankan.
"Berdasarkan makluman pihak keselamatan UM, laporan awal daripada Jabatan Veterinar menyatakan kesan yang ada pada kucing berkenaan adalah disebabkan oleh gigitan bintang liar," katanya di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan ketidakpuasan hati netizen berhubung kejadian didakwa pembunuhan dua kucing yang dikaitkan dengan perbuatan dera.
Kejadian berlaku di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, di sini, dan perkongsian itu turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
KMUM FPE dilaporkan berkata, pihaknya amat terkejut serta sedih dengan kes penderaan kucing yang berlaku pada 12 Disember dan 16 Disember lalu.
Bagaimanapun polis mengesahkan kematian mengerikan dua kucing yang putus kesemua kaki dan terbelah perut di fakulti berkenaan adalah akibat serangan anjing liar.
Ku Mashariman dilaporkan berkata, pihak Balai Polis Pantai menerima laporan berhubung kejadian membabitkan dua kucing itu dan siasatan sudah dijalankan dan mendapati kematian kucing itu adalah disebabkan oleh serangan anjing-anjing liar di kawasan itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Oh yg katanya anjing liar buat tu ye? Takkan la anjing tu tau potong kaki plak
Sapa laa yg gile mendera kucing sampai mati nih, tak sukaa janganla sampai membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 21-12-2024 07:15 AM
Oh yg katanya anjing liar buat tu ye? Takkan la anjing tu tau potong kaki plak
Sapa laa yg gile men ...
Kalau betul ada yg dera mcm psyccopath (betul ke eja).. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu x suka kucing, avoid je la. Xyah la dera kejam mcm tu. Hish
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 21-12-2024 07:25 AM
Kalau betul ada yg dera mcm psyccopath (betul ke eja)..
Psychopath (ni ejaan dia yg betul) |
|
|
|
|
|
|
|
Meols hampir la kan nak belasah kucing mak meols yang pi kencing di beg tote meols semalam (letak di ruang tamu, bowleh lak dia pi spray camtu ja. Hanat). Berenang2 segala kad bank, duit dalam kencing dia. Choi.
Tapi tengok muka dia, tak sampai hati la pula nak belasah, saiz keciiikkkk ja banding meols.
Ni sampai potong kaki, gila. |
|
|
|
|
|
|
|
dgr2 nya mlm td kot ngo pi kutip kucing & anjing yg boleh ditangkap.. sebab tk tau bila terjadi lagi.
kdg2 pelaku mcm ni pura2 menjadi pecinta haiwan.
heran jugek camne dia potong kaki.. sbb kdg2 kucing pun meronta2 bila nak dipegang.. tak kena gigit ke.
duduk dlm UM tp otak sakit.
pengurusan UM pun nak tunggu ada student kena kerat kot baru nk panggil polis siasat. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya anjing yang makan kaki kucing, bukan manusia yang memotong kaki kucing.. |
|
|
|
|
|
|
|
thank you. tengok dlm kdrama psychopath ni dorg start bunuh kucing2 dulu siap ada amik bhgn rahang + gigi kucing tu jadikan trophy. pastu baru up level ke bunuh manusia...ntah2 psychopath in the making dlm UM tu, nauzubillah...
|
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 21-12-2024 02:08 AM
Rasanya anjing yang makan kaki kucing, bukan manusia yang memotong kaki kucing..
Tapi...Anjing tak makan kucing. Biasanya (yang meols pernah lihat). Dia suka gigit2 kasi mati ja pehtu dia blah bila kucing tu dah lunyai. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 21-12-2024 09:08 AM
Meols hampir la kan nak belasah kucing mak meols yang pi kencing di beg tote meols semalam (letak di ...
Kucing your mom nampak tote bag uolls mcm bekas pasir dia kot |
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 21-12-2024 02:34 AM
Kucing your mom nampak tote bag uolls mcm bekas pasir dia kot
Merah weiiiii ala tote bang Christy Ng yang jual kat Popular tu. Begitu syantek, sampai hati dia pi kincin.
Tapi dia ni memang kaki kencin merata. Dia malas kot nak kena keluar rumah lagik pi kincin kat bekas pasir dia, udahnya beg meol lak jadik mangsa dalam banyak2 beg kat ruang tamu toh. |
|
|
|
|
|
|
|
korang tak terfikir ke..pelatih2 vet yg buat....(#AkuGurauJer) |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kali aku jumpa anjing bunuh kucing. Dia takde potong kaki. Kalau nak makan pun tulang dan bulu je kaki tu. Kalau manusia yang buat ni, lepas ni bunuh orang kerat kaki tangan pulak. Practise dengan haiwan kecil dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
dekat x ada terbaca yg sebelum ni ada student jumpa bangkai biawak 4-4 kaki kena potong juga
so..serial killer in the making? |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing ai yg kencing merata2 itu sudah selamat innalilah sakit kuman dlm paru2 sbb hidu kuman yg dia kencing merata2 tu, sendiri kencing merata sendiri terkena sakit |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 21-12-2024 10:08 AM
thank you. tengok dlm kdrama psychopath ni dorg start bunuh kucing2 dulu siap ada amik bhgn rahang ...
Meolls pun suspek psychopath. Tak ada binatang yg kerat kaki ja. Binatang selalu target abdomen dgn tengkuk..
Haritu kerat satu kaki ja kann? Meolls speku dia nk test penerimaan public.. Lepas tu up lagi 4 kaki terus.. Psychopath mostly suka follow up news pasal diorang.. Semacam bangga hasil kerja jadi bualan satu Malaysia.. Sick mind |
|
|
|
|
|
|
|
My staf pun kena macam ni. Dia kirim I beli LC di Bicester. Beri dia kat ofis, malam tu dia kata kucen dia kencing dalam beg tu. Aduiii...
Dia kata husband dia g rendam beg tu dalam air sabun. Nasib baik LC pliage biasa, kalau leather mmg harus kena buang lah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|