CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 2

[SARAWAK] Kabinet Sarawak dijangka bincang syarat kemasukan pelawat dari Semenan

[Copy link]
Post time 14-10-2020 06:37 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau akan meminta kerajaan negeri melonggarkan syarat kemasukan pelawat dari Semenanjung Malaysia ke negeri ini memandangkan jangkitan COVID-19 di sana merupakan kes terpencil.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa dan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet negeri esok.

"Semasa mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pagi tadi saya memberi pandangan bahawa saya tidak mahu kemasukan pelawat ke Sarawak terlalu ketat pemain industri pelancongan mula merungut.

"Oleh itu kita perlu bersikap selektif ... Pandangan pribadi saya, kemasukan pelawat dari Sabah kita sekat dahulu sementara kerana kes COVID-19 di Sabah amat membimbangkan tetapi kalau kita melihat di Semenanjung Malaysia yang jumlah meningkat banyak dalam penjara, terpencil," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata sehubungan itu membuka pintu masuk sempadan negeri termasuk lapangan terbang tidak akan menimbulkan masalah.

Beliau bagaimanapun berkata perkara itu akan dibincangkan dengan terperinci dalam mesyuarat kabinet negeri esok.

Ketika ini JPBNS menetapkan semua individu dari luar negeri Sarawak yang masuk ke negeri ini diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari manakala rakyat Sabah disekat memasuki Sarawak sehingga 18 Oktober 2020.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada tetamu jemputan dari Semenanjung Malaysia bagi menghadari Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawal 2020 pada 7 November ini perlu menjalani kuarantin wajib.

"Soalan ini, sukar untuk saya jawab kerana keadaan sentiasa berubah mengikut situasi semasa. Kami (JPBNS) belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh sekatan penduduk dari Sabah ke Sarawak," katanya.

Abdul Karim yang juga Timbalan Pengerusi JPBNS berkata beliau lebih memilih kelonggaran kemasukan pelawat ke Sarawak kerana percaya pengawalan wabak COVID-19 di negeri ini terkawal.

"Kita sangat fokus sebab itulah kita dapat mengawalnya dengan begitu cepat sekali. Kita merupakan model dalam menangani wabak ini berbanding negeri-negeri lain di Malaysia," ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan pemangku Setausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Nancy Jolhi.

Patricia Gari


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kes 'di sana terpencil'??? Tafsiran dan penjelasannya???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2020 06:46 PM | Show all posts
Skuau replied at 14-10-2020 06:44 PM
kes 'di sana terpencil'??? Tafsiran dan penjelasannya???
kes rakyat marhean saja ...
bukan kes kayangan yang perlu d ambik berat ...
gtu la kot


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.132864 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list