|
Sejarah hitam di sebalik penciptaan cakoi
Jumaat, Oktober 23, 2020 ,faktarancak
Sedap betul kalau makan cakoi petang-petang begini. Cecah pula dengan kaya pandan, atau sambal kicap, atau gula, atau apa sahajalah ikut selera, dan kopi secawan - bahagia sungguh rasanya.
Cakoi adalah sejenis pastri berbentuk panjang yang merupakan makanan tradisi bangsa Cina sejak berkurun lamanya. Ia menjadi kebiasaan dalam masyarakat sekitar Asia Timur dan Asia Tenggara apabila para perantau tanah besar membawa tradisi itu bersama mereka.
Penutur Mandarin memanggilnya 'youtiao'. Orang Minnan Taiwan menyebutnya 'iu-chia-koe', tidak jauh dengan sebutan Kantonis 'yauhjagwai'.
Di Malaysia, Indonesia dan Singapura, umum memanggilnya cakoi, cha kway, chakwe, kuey, atau kueh. Macam-macam ejaan, bunyinya sama sahaja. Di Thailand, mereka memanggilnya patongko, kerana itu di utara Semenanjung ia dikenali dengan nama itu.
'You tiao' atau 'iu-chia' atau 'yau-ja' itu bermaksud 'goreng dengan minyak'. 'Koi' atau 'kway' atau 'koe' pula bererti 'pastri' atau 'kuih' (dari sini datang perkataan Melayu 'kuih'). Bagaimanapun dalam bahasa-bahasa Cina, walaupun bunyinya lebih kurang, cara sebut lain akan membawa makna lain. Sebutan Kantonis 'gwai' (鬼) bermaksud 'syaitan'.
Apa kena mengena syaitan dalam ini cerita? Begini:
Suatu ketika dahulu di zaman Dinasti Song (1127-1279M), ada seorang jeneral bernama Yue Fei yang telah memimpin banyak kemenangan dalam kempen peperangan untuk Maharaja Gaozong. Atas pencapaian cemerlang itu, Yue Fei diangkat sebagai ikon patriotik China.
Bagaimanapun, keunggulannya dicemburui seorang pegawai tertinggi maharaja bernama Qin Hui. Maka si celaka ini, yang sebenarnya berkomplot dengan musuh secara sulit, mengatur rancangan dengan isterinya, Puan Wang untuk menjatuhkan Yue Fei.
Potret Canselor Qin Hui, watak yang bertanggungjawab mencetuskan penciptaan cakoi. (foto: Wikipedia)
Ketika Jeneral Yue Fei semakin hampir mencapai kemenangan penting dalam suatu pertempuran dengan musuh ketat Dinasti Jin, Qin Hui menghasut Maharaja Gaozong dengan memfitnah Yue Fei atas dosa yang tidak dilakukannya. Terpedaya, Maharaja memanggil jeneral itu pulang bersama seluruh angkatan tenteranya.
Yue Fei kemudian dihukum bunuh, dan berita itu sampai ke pengetahuan rakyat jelata yang menyanjunginya. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa, maka atas dasar protes, para peniaga jalanan membuat pastri di mana dua jalur tepung digabungkan dan digoreng dalam minyak panas. Mereka memanggilnya dengan nama yang diterjemahkan dalam bahasa kita bermaksud 'Hui goreng' atau 'syaitan goreng'.
Apabila Canselor Qin Hui mengetahui tentangnya, dia mengarahkan pengawalnya menangkap para peniaga jalanan yang terlibat. Bagaimanapun mereka tidak gentar, malah seluruhnya melaungkan:
"油炸檜勸君切莫做佞人
奸惡誰逃地獄門
民間遍食油炸檜
未死已遭油火焚"
"You char Hui mengingatkan kami supaya jangan menjadi pembelot,
Pembelot takkan terlepas daripada pagar-pagar neraka,
Semua orang makan you char Hui,
Pembelot yang telah digoreng dalam minyak sebelum mereka mati."
Lebih kurang begitulah maksudnya.
Mengikut kepercayaan budaya Cina, pendusta akan dihukum dengan cara digoreng dalam minyak yang menggelegak di tingkat ke-18 neraka. Maka simboliknya kuih itu mewakili Qin Hui dan isterinya bersama digoreng dalam minyak panas.
Jadi begitulah cerita bagaimana kuih yang dinikmati oleh pelbagai bangsa dan agama ini tercipta. Xie xie.
Patung Qin Hui dan isterinya Puan Wang di kuil Yue Fei, Guanzhou. Sampai hari ini, walaupun sudah dilarang, menjadi tradisi orang tempatan yang melintas untuk meludah kepada dua patung ini, memperingati dosa yang telah mereka lakukan. (foto: Wikipedia)
*Sumber: Wikipedia, johorkaki.blogspot.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cakoi ni rasanya masih baru jugak di kalangan org Melayu
selalunya Cina je makan cakoi |
|
|
|
|
|
|
|
org cina makan cakoi cicah ape? |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 26-10-2020 10:00 AM
org cina makan cakoi cicah ape?
Biasa bubur nasi.. Yg pu aku suka.. Nyum2..aku suka bubur nasi cina.. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 26-10-2020 09:29 AM
cakoi ni rasanya masih baru jugak di kalangan org Melayu
selalunya Cina je makan cakoi
Entah la.. Masa aku aku kecik2 aku dah makan cakoii.. Ada pakcik niaga kat pasar tani.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakoi ni slalunya cina makan time sarapan pagi...makan either with bubur kosong or air soya panas... |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 26-10-2020 09:29 AM
cakoi ni rasanya masih baru jugak di kalangan org Melayu
selalunya Cina je makan cakoi
Dari kecik2 aku dah makan... beli kat pasar malam... org melayu jual |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu mkn masa kecik.. tp mkn dgn kaya la.. bulan lepas pegi kenduri kat Taiping, dorg letak kuah kacang sebagai pencicah.. rasa mcm pelik pulak aku.. tp yg panas2 baru siap goreng sedappp.. |
|
|
|
|
|
|
|
tempat yg aku pernah makan cakoi, dia kasi 2 jenis kuah - satu kaya, satu lagi sambal
makan 3 batang pun dah cukup
dulu nasi lemak sinonim dgn waktu pagi
sekarang nasi lemak, waktu malam pun ada yg jual
sama mcm cakoi
pagi, petang pun ada yg jual
waktu malam tak pernah nampak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Akak dari kecik dah makan cakoi. Time tu duduk kat bandar. Jalan sikit je dah sampai Jalan Bunga Raya. Situ la makan cakoi, rice cake, pakpoh, rojak, ait tebu dll lagi. Nak juice buah boleh pergi kat tepi bangunan Jalan Bendahara tu.
Kalau makan cakoi, apek kasi pilih nak dgn bubur nasi atau dgn sos dia aje. Akak beli bodoh gitu je. Bawa balik makan dgn kopi o atau cicah sambal dan minum teh o panas. Kadang2 akak ambil semangkuk kuah asam pedas dan cicah. Sedap x hingat! |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap nye cakoi. Kuih jenis bergoreng ni makan panas2 memang sedap. Cakoi versi melayu n cina nie sama je yea? Pernah nampak dulu kat foodcourt pavilion. Jual cakoi dengan taufufa tu...tengok ramai je chinese beli, xnampak plak yang melayu nye. So xbrani nak mencube..... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.slalu tengok peniaga cakoi suka goreng sampai minyak hitam.gilaaaaa...
Jadi iols.lama.dah tak.makan cakoi
Dolu je slalu makan..sebab nenek iols.slalu bawa ke kedai ni..minyak dia jernih je tiap.kali buka payung |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 26-10-2020 10:23 AM
tempat yg aku pernah makan cakoi, dia kasi 2 jenis kuah - satu kaya, satu lagi sambal
makan 3 bata ...
Malam ade kat pasa malam la...jual cakoi, pau goreng.. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 26-10-2020 10:23 AM
tempat yg aku pernah makan cakoi, dia kasi 2 jenis kuah - satu kaya, satu lagi sambal
makan 3 bata ...
Yg ni kaya tu cara siam.. Yg sambal Melayu punya cara makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cecah dengan kaya, nutella dan biscoff, memang sedap |
|
|
|
|
|
|
|
ooo
selalunya aku minta terus 2 kuah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku perhati
mana2 pasar malam pun
goreng ayam ka
apa2 yg digoreng time tu
mesti pakai minyak yg dah hitam
ada jugak peniaga jujur
pakai minyak baru
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 26-10-2020 10:54 AM
ooo
selalunya aku minta terus 2 kuah tu
Lama aku x makan cakoi.. Jarang jumpa kat jitra ka aku jarang keluar.. Selalu aku akan beli kat rumah alor setar..beli rm1..makan yg tu je ulang2 sampai malam.. Haha.. Kaya buat sendiri lagi sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa... Mati2 aku ingatkan paktongko tu nama orang
Banyak lagi perkataan utara yg aku kena belajar lagi ni. Aku biasa sebut cakoi je. Dari kecik biasa makan cicah dengan kuah cili. Dok utara ni dorang cicah dengan kuah kacang. Sama macam cucur udang, melaka cicah kuah cili, utara kuah kacang |
|
|
|
|
|
|
| |
|