View: 3838|Reply: 32
|
[SARAWAK] Dua meninggal dunia, empat hilang, 185 kru selamat dalam insiden kapal
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 27-10-2020 06:30 PM
MIRI: Seorang lagi meninggal dunia, empat orang belum dijumpai dalam insiden kapal Dayang Topaz karam di kedudukan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Menurutnya ketika kapal terbabit mulai karam, 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru terjun ke laut.
Setakat jam 8.45 pagi, seramai 121 kru berjaya diselamatkan.
Pusat Koordinasi Penyelamat Maritim (MRCC) di Putrajaya menerima aduan kapal Sapura Construction pada jam 6.45 pagi yang menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz, yang seterusnya bergerak ke lokasi.
"Aset-aset bantuan telah segera bergerak ke lokasi yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.
"Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan media.
Pihak MRCC Putrajaya kini sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru dalam Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang masih hilang .
Punca kejadian masih siasatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni.. Kak sarah dok tgg dari tadi |
|
|
|
|
|
|
|
awat tak buka jer thread kak..?
FC baru sampai rumah ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kematian ke-2 daripada kapal karam di Miri
Jabatan Laut melaporkan seorang lagi kru kapal Dayang Topaz yang karam di perairan Kuala Baram, Miri pagi tadi, meninggal dunia.
Katanya, 2 kematian itu membabitkan seorang warganegara Malaysia, manakala seorang lagi mangsa korban belum dikenal pasti.
Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) menerima panggilan dari sebuah kapal Sapura Construction kira-kira 6.45 pagi tadi, yang melaporkan ia menerima isyarat kecemasan dari Dayang Topaz di 7.7 batu nautika dari Kuala Baram.
Ketua Pengarah APMM, Mohd Zubil Mat Som dilaporkan berkata, kapal Sapura Construction kemudiannya mengesan lokasi sebenar kapal itu, dengan 62 kru masih berada di atas kapal dan 125 lagi terjun ke laut.
Jabatan Laut berkata, selain 2 kematian itu, baki 185 kru kapal milik Dayang Enterprise Holdings Berhad (DESB) Marine Services Sdn Bhd, berjaya diselamatkan.
Katanya, maklumat awal menunjukkan kabel sauh Dayang Topaz terputus akibat cuaca buruk dan kapal itu tidak dapat dikawal lalu melanggar platform pelantar minyak beram.
“Kesan kerosakan akibat pelanggaran ini belum dapat dipastikan lagi.
“Bagaimanapun, tiada sebarang pencemaran marin dikesan dan Dayang Topaz telah belayar menuju ke limbungan pembaikan kapal terdekat untuk pemeriksaan kerosakan sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat diketuai APMM dan dibantu kapal lain di bawah penyeliaan SKO Petronas Carigali Sarawak Operations.
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 27-10-2020 05:25 PM
awat tak buka jer thread kak..?
FC baru sampai rumah ....
Hari ni hari bengong sedunia..tu kak dok tunggu sapa2 buka |
|
|
|
|
|
|
|
hahahampes ...
lenkali buka ja walaupun kat C.I dah ada ...
ni kategori berita Borneo juga ...
tengahari tadi bz jaga C.I pastu kuar jap teman adik2
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg gambar ade bulatan tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal penyelenggaraan, Dayang Topaz, karam di kedudukan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak pagi tadi. - Foto Maritim
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 27-10-2020 05:29 PM
hahahampes ...
lenkali buka ja walaupun kat C.I dah ada ...
Hahaha.. Gigihkan.. Semoga dipermudahkan kat sana.. Cuaca mmg x menentu skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
sini tak kisah pun ada reply ke tak...
asalkan ada berita tentang Borneo. Sarawak dan Sabah.
dah beberapahari ni... hujan dan angin kuat kat sini. Banyak tanah runtuh... semoga takde pa2 lagi lah pasni...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|