CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11385|Reply: 11

[Jenayah] Peguam Tengku Eddy mohon makamah kurangkan wang jamin, masih ditanggung ibu bapa

[Copy link]
Post time 9-11-2024 04:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 9-11-2024 11:42 AM

Malaysiakini pada 5 September lalu melaporkan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang dan mencederakan Alias menggunakan pisau.

Nama Eddy tidak didedahkan ketika itu kerana dia belum dituduh di mahkamah.

Alias mendakwa seorang rakan kerabat itu menikam pahanya manakala kerabat itu pula menembak ke arah kakinya tetapi tersasar.

Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa dia diserang susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini, polis berkata menyiasat kes itu dari setiap sudut, tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada siasatan turut menjurus kepada penggunaan senjata api.

Kes itu turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menggesa polis bertindak tegas kerana tiada sesiapa yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan memohon jaminan RM10,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Dia juga mencadangkan syarat tambahan supaya kesemua mereka melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak menggangu mangsa sehingga kes selesai.

Mohon kurang jaminan, masih ditanggung ibu bapa

Bagaimanapun, peguam bela Y Sheelan memohon minimum dalam lingkungan RM5,000 terhadap Tengku Eddie Akasya atas alasan masih ditanggung ibu bapa.

Sheelan juga memohon jumlah sama untuk Nik Norhisham Affendi dan Khairul Azhar yang bekerja sebagai penternak lembu.

Peguam Mohammed Badrulzzaman yang mewakili Mohd Fouzi pula memohon jaminan rendah terhadap anak guamnya yang menyara isteri dan anak yang masih bersekolah.

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dicadangkan pendakwaan.

Dia juga menetapkan tarikh 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2024 08:51 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Naya mat lelaki yg cedera tu. Kalo da main pisau bkn patut charge dakwaan cubaan membunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 05:33 AM | Show all posts
Bukan main kau berpistol ye dik rupanya spender pun makpak yg belikan



Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa kerabat yg masih muda berkawan dgn penternak lembu . masing² umur kawan² sekuncu pun dah lewat 30an.
ke depa semua ni part time bodyguard..
kerja hakiki tu bela lembu
kita adalah dengan sapa kita berkawan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:35 AM | Show all posts
senjata api apa yg dia guna? klu guna pistol polis tu mesti polis tu kena buat report asbab peluru kurang masa return to incharge
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2024 07:42 AM | Show all posts
Puik! Buat membazir duit cukai je bayar emolumen kat makhluk2 perangai hangsuang ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak herlok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 08:14 AM | Show all posts
ikut habis rupa pak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 9-11-2024 05:33 AM
Bukan main kau berpistol ye dik rupanya spender pun makpak yg belikan

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape x herlokk cam sepupu2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya dia ni mcm tu sampai tembak org.  Baik le masuk ke dalam bg buka mata sikit kerabat2 ni, anak sedara sultan or not. Feudal era is gone dekkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042706 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list