View: 1525|Reply: 1
|
Nadal Gagal Pertahan Anugerah L'Equipe - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Paris: Hasrat pemain tenis nombor dua dunia, Rafael Nadal untuk mempertahankan Anugerah L'Equipe yang dimenangi tahun lalu tidak kesampaian selepas menduduki tempat kedua di belakang juara dunia F1 tujuh kali, Lewis Hamilton.
Pelumba Britain itu jauh meninggalkan Nadal apabila mendapat 1866 mata berbanding Nadal 437 untuk dinobatkan pemenang Anugerah L'Equipe buat kali pertama manakala Nadal memintas Lebron James di tempat kedua.
Bintang Sepanyol itu yang juga pemenang empat kali menamatkan musim dengan rekod 12 kali menduduki ranking kedua tetapi kurang menyertai kejohanan pada 2020.
Namun dia masih mampu untuk mengakhirinya dengan bergaya.
Nadal memulakan musim 2020 dengan tiga kekalahan pada Piala ATP dan Terbuka Australia di tangan David Goffin, Novak Djokovic dan Dominic Thiem yang menyaksikan dia kehilangan takhta nombor satu kepada Djokovic.
Namun Nadal bangkit dengan menjuarai gelaran ATP ke-95 di Acapulco sebelum tenis terhenti angkara koronavirus.
Nadal tidak berlatih pada Mac, April dan membolehkan dia menghabiskan masa bersama keluarga. Dia hanya kembali ke gelanggang pada Mei tetapi enggan berkunjung ke New York daripada menyertai Cincinnati dan Terbuka AS.
Tindakan itu berbaloi apabila dia seperti mendapat tenaga tambahan dengan menjuarai Terbuka Perancis buat kali ke-13 pada Oktober lalu menewaskan Novak Djokovic 6-0, 6-2, 7-5 sekali gus menyamai rekod sepanjang zaman Roger Federer yag merangkul 20 gelaran Grand Slam. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adat permainan ada kalah dan menang |
|
|
|
|
|
|
| |
|