Lelaki Kacak Kuat Perasan Mereka sering anggap diri mereka cukup sempurna dan merasakan sering jadi perhatian setiap wanita. Ada juga yang bersikap sombong kerana bagi mereka tidak susah untuk mencari pengganti jika sudah putus hubungan dengan si dia. Dan ada juga sesetengah daripada mereka ini memang jenis tidak serius dalam setiap perhubungan. Mungkin belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.
Terlalu MemilihOleh kerana mereka perasan diri mereka kacak, pastinyalah juga mahukan pasangan yang sama sepadan. Biar nampak cantik bila bergandingan berdua nanti. Tetapi mereka perlu sedar kadang kala wanita juga pandai memilih, mereka tidak akan mencari yang bersandar kepada wajah kacak semata-mata, tetapi lebih memilih yang beriman dan memiliki ilmu di dada untuk dijadikan imam.
Dilabel Mata KeranjangSiapa sahaja lelaki yang kacak pastinya akan dilabel kasanova. Biarpun mungkin ada sesetengah lelaki kacak tidak begitu, tetapi wanita mempunyai pandangan yang skeptikal mereka bimbang diri dikecewakan kelak dan daripada terus bermain api, baiklah berundur diri. Hati lebih senang memilih mereka yang biasa-biasa sahaja asalkan mencintai diri anda sepenuh hati.
Bersifat PemalasTidak dinafikan, lelaki berwajah kacak ini juga ada antaranya yang bersikap malas. Mahu menjaga penampilan semata-mata dan tidak mahu melakukan kerja-kerja yang menjadi tugasan seorang wanita. Lebih parah lagi jika bertemu pula dengan lelaki yang malas bekerja. Silap hari bulan andalah yang menjadi tempatnya untuk menyara keperluan diri. Jadi agaknya lelaki beginikah yang mahu dijadikan calon suami. Sanggup ke begitu?
|