CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1475|Reply: 10

[SARAWAK] Ketua kampung diberi kuasa lapor, larang kemasukan individu luar

[Copy link]
Post time 17-1-2021 06:26 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ketua Kampung diberi kuasa untuk melarang individu luar daripada memasuki kampung masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Ketua Kampung juga berhak membuat laporan polis jika mengetahui kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan mereka.

"Kerjasama Ketua Kampung adalah penting untuk memantau keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kampung masing-masing," katanya pada sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di sini hari ini.

Uggah yang juga pengerusi JPBNS berkata Ketua Kampung perlu menasihati penduduk masing-masing untuk melapor kepada pihak kesihatan jika menunjukkan gejala COVID-19.

Minta mainkan peranan masing-masing terutama mereka yang terletak di sempadan negara Indonesia.

“Kepada rakyat yang lain, nasihat saya teruskan patuh prosedur operasi standard (SOP) terutama dalam situasi sekarang di mana kita laksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu dan PKP Bersyarat di lain-lain bahagian,” ujarnya.

Agnes Tugong


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2021 06:27 AM | Show all posts
yess ... ini sepatut nya

#kitajagakita#



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye...ni yg sepatutnya dilakukan kat semua negeri spjg masa, tak kira pkp, pkpb, pkpp or dah tak de pk..., wakil2 yg dilantik kerajaan yg dpt gaji elaun patut ada idea yg bagus dan enforcement yg ketat..bukan suruh rakyat fikirkan idea atau cadangan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 08:33 AM | Show all posts
krustykrab replied at 17-1-2021 11:13 AM
Ye...ni yg sepatutnya dilakukan kat semua negeri spjg masa, tak kira pkp, pkpb, pkpp or dah tak de p ...
tapi ...
ada juga yang tak setuju...
kata nya ... takat orang luar tak boleh masuk... tapi orang dalam tu sendiri keluar beli itu ini pastu masuk balik... camne tu..?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 08:34 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 08:36 AM | Show all posts
Penduduk kampung di Sabah mula mengambil inisiatif sendiri melakukan sekatan di jalan masuk kampung masing-masing sebagai usaha memerangi penularan wabak COVID-19 sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan kampung telah meletak papan tanda atau kain rentang yang memberi amaran dan larangan keluar masuk penduduk di kawasan terbabit.

Selain itu, tinjauan di beberapa kampung mendapati ada penduduk sedang berkawal dan memantau setiap pergerakan keluar masuk kenderaan.

Orang luar yang memasuki kampung akan ditahan dan tidak dibenarkan masuk jika tidak mempunyai alasan munasabah atau keperluan mendesak, kata Mawie Sahak, 30, yang berkawal di jalan masuk Kampung Lapasan, Telipok dekat sini hari ini.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 18-1-2021 08:33 AM
tapi ...
ada juga yang tak setuju...
kata nya ... takat orang luar tak boleh masuk... tapi orang  ...

Wakil2 yg dilantik knapastikn takde yg blh kluar dan masuk sesuka hati...itu lah keje mrk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2021 08:50 AM | Show all posts
krustykrab replied at 18-1-2021 08:44 AM
Wakil2 yg dilantik knapastikn takde yg blh kluar dan masuk sesuka hati...itu lah keje mrk..
dari apa yang FC baca ...

banyak kes macam ni...
yang keluar beli bahan2 mentah contoh nya ...
siapa tahu dia ni masa keluar tu... "bawa balik" si Covid ni...?

tapi FC setuju jer buat larangan masuk macam ni... sebab kat tempat FC sekarang ni dari awal2 dulu hijau manjang ...tetiba ada nya jalan darat menghubung ke bandar besar ...
tu dia ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 03:22 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 16-1-2021 10:27 PM
yess ... ini sepatut nya

#kitajagakita#

kat Bintulu dah banyak kampung2 polah mcm tok
tok jak cara nak ngawalnya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 08:36 AM | Show all posts
Vellfire replied at 18-1-2021 03:22 PM
kat Bintulu dah banyak kampung2 polah mcm tok
tok jak cara nak ngawalnya
kampung kamek d Kuching nun pun molah camya ...
tapi yalah tek... banyak urang luar marah... sebab kampung kamek ya ada jalan tikus ... kei urang ngelak traffic jam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2021 10:28 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.071831 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list