|
Miliki 740 ekor burung terlindung, dua lelaki ditahan
KUCHING: Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana memiliki 740 ekor burung murai kampung tanpa permit di Batu 12 Jalan Kuching-Serian semalam.
Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam kenyataan berkata kedua-dua lelaki dari Mukah dan Samarahan yang berusia 46 dan 52 tahun itu ditahan setelah pihaknya menerima aduan daripada orang awam.
Katanya, sepasukan Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan untuk melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Selangau ke Kuching.
Kesemua burung itu diklasifikasikan sebagai spesies yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WLPO), 1998.
Kedua-dua lelaki ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 37(1)(c) di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
Menurut SFC lagi, individu yang didapati memburu, membunuh, menangkap, menjual, import, eksport atau memiliki secara haram mana-mana haiwan terlindung akan dikenakan tindakan tegas.
Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti haram ke atas hidupan terlindung diminta membuat aduan di talian hotline SFC-Kuching (019-8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737), Miri (019-8290994).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|