CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 5

[SABAH] 4 beradik ditahan larikan jenazah bapa dari hospital

[Copy link]
Post time 22-1-2021 06:48 AM | Show all posts |Read mode
LAHAD DATU: Polis menahan empat beradik kerana melarikan jenazah bapa mereka dari Hospital Lahad Datu semalam.

Mereka yang berusia 26 hingga 31 tahun itu dipercayai berbuat demikian kerana enggan membenarkan pihak hospital menggunakan SOP pengurusan Covid-19 terhadap jenazah bapa mereka.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad berkata, sebelum meninggal dunia, bapa empat beradik itu yang berusia 58 tahun dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan dan diletakkan di bawah kategori pesakit dalam siasatan (PUI).

Katanya, rekod kesihatan lelaki itu menunjukkan beliau mempunyai sejarah sakit mental dan diserang angin ahmar.

“Ketika di hospital, pasukan perubatan sempat memberikan pertolongan cemas pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun beliau disahkan meninggal dunia.

“Petugas perubatan kemudian memberi penerangan kepada ahli keluarga berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis Covid-19 dan keperluan menjalani ujian saringan bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, jenazah juga perlu disimpan di bilik mayat Jabatan Forensik sehingga keputusan ujian Covid-19 diterima.

Bagaimanapun katanya, waris enggan meninggalkan jenazah di hospital dan terus menolak jenazah keluar daripada khemah zon PUI untuk dibawa pulang ke rumah.

Rohan berkata, sepasukan polis menyerbu rumah keluarga itu di Kampung Panji, di sini.

“Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki.

“Jenazah berkenaan turut ditemui pasukan serbuan di ruang tamu di rumah perkampungan atas air berkenaan.”

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2021 06:51 AM | Show all posts
LAHAD DATU: Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Panji di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam apabila petugas hospital menerima seorang pesakit lelaki yang tidak sedarkan diri dan diasingkan di khemah pesakit dalam siasatan (PUI).

"Ketika berada dalam khemah PUI, pesakit berusia 58 tahun terbabit telah diberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) kira-kira 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Petugas kesihatan menerangkan prosedur pengurusan jenazah ketika krisis COVID-19 kepada waris dan keperluan ujian saringan COVID-19 terhadap si mati bagi mengelakkan sebarang jangkitan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah Rohan, kesemua waris enggan meninggalkan bapa mereka yang mempunyai sejarah penyakit otak dan strok di hospital dan sebaliknya bertindak membawa pulang mayatnya ke rumah.

"Bertindak atas maklumat dan siasatan, polis berjaya mengesan keberadaan suspek kira-kira jam 11.30 malam hari yang sama.

"Kesemua yang ditahan berumur antara 26 hingga 31 tahun terdiri daripada seorang perempuan dan tiga lelaki yang merupakan anak si mati," katanya.
Jelas Rohan, kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

credit1
credit2

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pulakk..  jgnla buat main2 tunggu je la keputusan saringan kluar dulu.. kang tak pepasal 1 kampung dijangkiti jika benar jenazah tu positif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2021 08:00 AM | Show all posts
miznora replied at 22-1-2021 07:54 AM
pulakk..  jgnla buat main2 tunggu je la keputusan saringan kluar dulu.. kang tak pepasal 1 kampung d ...
kan ...

dah la makin banyak kes sekarang ni ...

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena covid baru tau susah


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 05:55 AM | Show all posts
Lengkong replied at 22-1-2021 08:16 AM
Kena covid baru tau susah
takat yang buat hal tu jer kena... takpa la juga ...

ni nanti satu kampung ... merebak lagi dan lagi ...
macam kat Sarawak ni... hanya sebab seorang ... beratus yang kena


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.349530 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list