View: 1275|Reply: 1
|
[SARAWAK] Update : 3 terkandas sebab memancing terselamat
[Copy link]
|
|
Tiga pemuda yang terperangkap oleh air pasang semasa memancing selamat namun Ops untuk menyelamatkan mereka masih diteruskan.
Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata orang kampung sudah mengenal pasti lokasi mereka
Namun, usaha untuk mengambil mereka tidak dapat dilakukan kerana air sungai masih deras untuk dilalui.
"Lakaran kedudukan mangsa ketika jam 9 malam. Keadaan mangsa selamat dan menunggu air surut dan lebih cetek," kata Bomba Sarawak dalam satu kenyataan kepada media.
Laporan awal PGO Bomba Sarawak menyatakan tiga pemuda memancing terperangkap bersama-sama motosikal di pantai Kampung Trombol di sini, hari ini.
Sedang asyik memancing, mereka tidak menyedari air yang sedang pasang telah menyebabkan jalan yang dilalui di pantai telah terputus.
Terkini makluman dari mangsa jarak mangsa daripada kedudukan air laut yang sedang pasang dianggarkan 50 meter.
PGO Sarawak menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.56 petang mengenai mangsa terperangkap di tepi pantai dan menggerakkan keluaran BBP Petra Jaya ke lokasi kejadian.
Komander Operasi PBK II Nooruldin Talap melaporkan setibanya di sebuah Chelet di Kg. Trombol memaklumkan air sedang pasang dan keadaan berombak di kawasan tepi pantai.
Menurutnya, pasukan bomba sedang menuju ke arah mangsa dengan melalui persisir pantai dengan berjalan kaki.
Katanya, pihak PGO Sarawak telah menasihati agar sentiasa berada di kedudukan tinggi sehingga bantuan bomba tiba.
"Jarak dianggarkan dari Chelet ke lokasi dianggarkan sejauh 2.96 km," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih kepada Bomba dan penyelamat
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|