CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 0

[SARAWAK] 22 Pelajar SMK Meradong positif COVID-19

[Copy link]
Post time 23-2-2021 05:18 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Penularan Covid-19 memberikan ujian getir hari pertama ujian SPM hari ini, apabila 22 pelajar dari SMK Meradong, Bintangor didapati positif.
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini, mengisytiharkan kluster baharu iaitu Kluster Sungai Bakong yang dikesan di Daerah Meradong.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar  Douglas Uggah berkata, Kluster komuniti yang berlaku melibatkan pelajar mendiami asrama Murni di SMK Meradong yang terletak berhampiran dengan Sungai Bakong di Pekan Meradong.

Menurutnya, indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,435 yang telah dikesan melalui saringan bergejala pada 15 Februari 2021 setelah mula menunjukkan tanda dan gejala pada 12 Februari 2021.

"Hasil saringan pengesanan secara aktif di asrama sekolah tersebut mendapati terdapat penambahan 21 kes positif telah dikesan," katanya.

Menurutnya, kesemua 22 kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Manakala, semua guru, kakitangan dan pelajar asrama di SMK Meradong yang telah terdedah juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin dan kawalan pergerakan yang terhad di dalam sekolah sahaja.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046824 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list