|
KUCHING: Hitz FM Sarawak mengesahkan penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf, 29, meletak jawatan hari ini (22/2)
"HITZ tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia.
Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang melibatkan salah seorang juruhebah kami, kami telah menerima peletakan jawatannya pada 22 Februari 2021," katanya menerusi Facebook.
Yusuf sebelum ini berdepan tindakan digantung kerja berikutan rakaman video mempersendakan seorang guru yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.
Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur Hafiz Nizamuddin sebelum ini berkata, syarikat memohon maaf dan meluahkan rasa kesal di atas perlakuan DJ Yusuf.
"Dengan rasa rendah diri, Hitz FM memohon maaf di atas keterlanjuran tingkah laku salah seorang penyampai kami menerusi video yang tular, baru-baru ini.
"Kami memandang serius perkara ini. Pihak pengurusan akan menjalankan siasatan dalaman," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Video tular itu memaparkan aksi Yusuf mentertawakan guru terbabit yang sedang menyampaikan subjek Sains untuk siaran Didik TV.
Susulan kecaman yang diterima, Yusuf tampil membuat permohonan maaf menerusi entri di Instagram TV (IGTV), petang tadi.
Dalam video berdurasi 2.33 minit itu, Yusuf mengakui tindakan memuat naik video terbabit sebagai perbuatan biadap dan tidak sepatutnya dilakukan.
"Saya ingin menjelaskan tidak sepatutnya memuat naik video yang jelas menunjukkan saya mempersendakan guru terbabit.
"Dengan penuh keikhlasan, saya ingin memohon maaf kepada cikgu terbabit kerana membuatkan dirinya terasa dan terluka atas perbuatan saya itu," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|