Kami menerima pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.
Kami ingin memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah. Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021.
Berikut adalah kenyataan media yang memperincikan perkara ini.