CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4143|Reply: 14

Masak Makanan Bayi Sendiri Atau Beli Saja? Yang Mana Pilihan Ibu

[Copy link]
Post time 15-3-2021 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Masak Makanan Bayi Sendiri Atau Beli Saja? Yang Mana Pilihan Ibu

Secara amnya, pasti ramai yang bersetuju bahawa makanan bayi buatan sendiri lebih bagus. Tetapi, adakah makanan bayi yang sudah tersedia tidak menawarkan nutrien dan zat-zat yang sepatutnya atau ianya hanyalah stigma masyarakat bahawa ibu perlu memasak?

Pada zaman ini, kebanyakan ibu-ibu mempunyai kerjaya sendiri dan kurang masa untuk berada di dapur. Jika anda di antara ibu yang sebegini, anda perlu tahu bahawa anda bukanlah ibu yang teruk. Jika ada yang mengatakan anda itu dan ini, pedulikan mereka!

Kami faham, bahawa anda bukannya tidak mahu masuk ke dapur, cuma kekangan masa dan kepenatan dari bekerja itu selalunya membuatkan anda lebih senang memesan makanan melalui aplikasi seperti Foodpanda atau GrabFood sahaja.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda memang seorang yang tidak gemar masuk ke dapur dan melakukan kerja memasak yang mungkin dianggap renyah, adakah anda pasti dengan membeli makanan bayi yang sudah tersedia memberi si manja anda nutrien dan zat yang mereka perlukan?

Masak Makanan Bayi vs Makanan Tersedia: Mana Lebih Bagus?


Jika anda bertanya sesiapa pun, pasti majoriti akan menyatakan bahawa makanan bayi buatan sendiri adalah yang terbaik. Bukan sahaja si manja dapat membiasakan diri dengan air tangan ibu, tetapi si ibu pasti tahu apa yang anak mereka perlukan. Win-win.

Selain itu, apakah kebaikan lain yang boleh didapati dalam makanan bayi buatan sendiri?

Kebaikan masak makanan bayi sendiri

Tentunya makanan bayi yang disediakan sendiri jauh lebih murah dari makanan yang dibeli. Jika anda menyediakan had belanjawan bulanan bagi barang masakan makanan bayi, anda pasti akan nampak bahawa kosnya lebih rendah dari membeli makanan sedia ada sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Sebagai seorang ibu, anda pasti sudah mempunyai cara pemakanan bagi si manja yang anda gemari. Anda mungkin tidak gemar menggunakan garam dan gula dalam masakan untuk si manja, atau anda mungkin percaya bahawa sedikit bahan pengawet seperti Maggi Cukup Rasa adalah okey untuk membiasakan lidah si manja pada perasa-perasa. Kesimpulannya, dengan memasak sendiri, itu semua bergantung kepada anda.



Berbeza dengan isi pertama, tetapi berkaitan, apa yang kami maksudkan dengan lebih jimat ialah anda dapat mengawal sukatan dan bahagian makanan bayi. Ya lah, bayi anda mungkin tidak mempunyai selera yang terlalu besar jadi buat apa anda hendak masak banyak-banyak? Ini akan membolehkan penjimatan terhadap penggunaan barang masakan, seraya merendahkan kos belanjawan bulanan.

Jika anda membeli makanan sudah tersedia, bahagian yang dimasak mungkin banyak dan akan menyebabkan pembaziran apabila si manja tidak menghabiskan makanan tersebut. Sayang je makanan itu

Kekurangan jika masak makanan bayi sendiri

Walaupun tidak terdapat terlalu banyak keburukan dalam menyediakan makanan bayi sendiri, tetapi makanan bayi buatan sendiri sudah tentu akan mengambil lebih masa kerana ibu harus memastikan setiap barangan yang digunakan bersih dan steril. Makanan buatan sendiri juga pasti tidak mempunyai bahan pengawet, menjadikan ia lebih mudah rosak dalam tempoh waktu yang cepat.

Kini anda sudah tahu tentang kebaikan dan keburukan makanan bayi buatan sendiri, anda mungkin masih terpukul untuk membeli makanan bayi yang sudah tersedia. Oleh itu, mari kami kongsikan apakah kebaikan dan keburukan makanan bayi tersedia.

Kebaikan makanan bayi yang tersedia


Sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli makanan bayi yang sudah tersedia lebih menjimatkan masa dari memasak sendiri. Tentunya ini lebih sesuai bagi ibu dan ayah yang sibuk bekerja dari pagi hingga ke petang.

Ibu yang bekerjaya pasti perlu sentiasa tampil bergaya dan profesional sebelum masuk ke pejabat, tetapi jika sang ibu lebih meluangkan masa berpeluh menyediakan makanan si manja di dapur yang panas pasti ibu tidak mempunyai banyak masa untuk mendandan diri sendiri. Dengan makanan bayi yang boleh dibeli terus, ibu akan mempunyai lebih masa untuk menyiapkan diri dan fokus terhadap kerja.

Jangan risau, asalkan si manja tidak berlapar, you’re good to go.

Kekurangan masakan bayi yang tersedia

Antara keburukan makanan bayi yang sudah tersedia ialah ia tidak mesra alam. Apabila si ibu membeli makanan bayi yang sudah siap dimasak, pasti makanan tersebut akan dibungkus di dalam bekas plastik dan bekas itu pasti akan dibuang setelah selesai waktu makan, kan?

Selain itu, anda juga tidak dapat mengawal kandungan gula, garam dan bahan perasa di dalam makanan bayi yang sudah tersedia jadi jika anda mempunyai pilihan pemakanan sendiri, membeli makanan bayi sudah tersedia akan menjadi sukar untuk anda.

Tetapi, ibu dan ayah jangan terlalu pening kepala memikirkan mana yang lebih bagus. Buatlah yang mana anda lebih gemari, tetapi jika anda masih tidak tahu hendak memasak sendiri atau membeli, di sini kami kongsikan beberapa jenama makanan bayi yang mudah untuk anda masak tanpa perlu renyah di dapur!

Jenama Makanan Segera Bagi Bayi Untuk Si Ibu Masak

Jenama ini menyediakan pasta dengan perisa sayur campuran. Ibu tidak perlulah pening memikirkan apa nak masak untuk si manja. Terus rebus pasta dengan susu dan masukkan bahan-bahan lain yang si ibu dan anak gemari. Siaplah makanan si manja untuk hari itu!


Dengan serbuk perasa BabyFood Izzly yang tidak mengandungi garam dan gula ini, ibu hanya perlu menyediakan satu makanan dan masukkan serbuk perasa untuk makanan si manja yang ringkas, cepat dan paling penting, sedap!


Mudahnya! Hanya perlu bancuh sahaja, dan makanan si manja dah siap. Ibu juga boleh memilih untuk memasukkan serbuk perasa yang mesra bayi, atau sayur-sayuran yang telah dipotong halus supaya si manja mendapat zat yang mereka perlukan. Semudah 1, 2, 3 sahaja, kan?

Jadi, para ibu dan ayah, selepas ini tak perlu pening-pening lagi memikirkan makanan si manja. Zaman sekarang, semuanya dah tersedia. All the best and happy feeding!

Sumber : Nationwide Children’s, Baptist Health

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Prefer masak sendiri untuk baby.
Lebih bersih dan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada slow cooker saiz kecik. Sblm gi keje, aku letak beras/sayur/ikan atau ayam dlm slow cooker. No gula/garam/perasa. Tuang air panas. Kul 11 pg gitu, siap dah bubur nasi. Breakfast mkn baby cereal. Untk dinner, masak sup sayur dan kentang dlm slow cooker jgk. Pun tambah ayam atau ikan. Lenyekkn sblm waktu nk mkn.
Tapi masa anak2 aku baby lagi, ready made food yg halal tak bnyk. So beli slow cooker untk buat bubur. Tiap ari lain sayur. Jd tak jelak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang masak sendiri. Tapi ada juga beli serbuk ayam, ikan bilis tu untuk digunakan saat-saat kecemasan
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
serbuk bilis ayam tu boleh ke untuk anak bawah setahun?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Prefer masak sendiri. klu beli pun, sy beli oat yg dh siap kisar
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 02:32 PM | Show all posts
It is believed to originate from vegetation in the Himalayan location that surrounds the vastness of India, China, Tibet and different components of Central Asia. Pure Shilajit is stated to include eighty five+ minerals in ionic form. original shilajit benefits It is a sticky, tar-like resin substance that oozes out of cracks in the Himalayan mountainous areas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak sendiri jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Masak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mask sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Msk sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:04 PM | Show all posts
Edited by carolynperry at 21-4-2021 05:24 PM

i will try to cook baby food get-vidmateapp.com get-mobdroapk.com
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 01:06 PM | Show all posts
Masak sendiri. Tapi bekal ke rumah pengasuh bawak nestum ja.  Mudah pengasuh, tak perlu panaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 07:02 PM | Show all posts
masak jer.. baby food sgt senang nak masak.. sbb tak kalut nak perasakan.. skrg byk tools utk masak baby food.. guna benda sama utk steam/rebus, blend, then siap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.513459 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list