View: 54014|Reply: 313
|
'Fatima bukan 'content' media sosial' - Fazura tak buat akaun Instagram untuk an
[Copy link]
|
|
Kredit foto : IG Fazura
Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, 38, tidak mahu menjadikan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya sebagai tarikan "content" di media sosial hanya untuk mendapatkan perhatian dan mengejar "likes".
Jesteru, Fazura atau lebih mesra disapa Faz dan suaminya, Fattah Amin tidak mahu membuat akaun Instagram khas untuk bayi mereka.
"Kami memang tak terfikir nak terlalu dedahkan anak kami di media sosial. Ditambah lagi, dia bukan 'content' untuk kami menarik perhatian pengikut dan mengejar 'likes' orang ramai.
"Memang tak dinafikan, ramai orang yang minta untuk saya dan Fattah buat video Fatima, tapi kami biasanya akan kongsikan video yang dirasa bagus dan sesuai saja di Instagram keluarga, @fattzuralovelife.
"Setakat ini, Fatima tidak ada akaun Instagram peribadi kerana kami rasakan tidak perlu. Namun, sehingga bila biar masa menentukan. Apa yang saya dan suami kongsikan di fattzuralovelife pun sekadar yang kami fikir bagus dan perlu saja," katanya
Terdahulu, Fazura muncul menjayakan penggambaran iklan di pusat beli-belah Suria KLCC, yang menyaksikan dia berganding bersama anaknya buat pertama kali.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sayangi Dirimu dan Bisa Apa itu turut memberitahu bahawa ia juga pengalaman pertama dia membawa anaknya berkunjung ke pusat beli-belah kerana selama ini Fatima hanya berada di rumah.
"Ketika situasi pandemik Covid-19 ini, saya memang paranoid nak bawa Fatima keluar bersiar-siar. Jadi, banyak masa kami di rumah saja"katanya kepada Harian Metro.
Dalam perkembangan lain, Fazura baru sahaja selesai menjayakan sebuah rancangan Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) selepas selama sepuluh minggu menjadi juri tetap bersama Datuk Awie dan Zul Ariffin untuk rancangan yang disiarkan secara langsung di Astro Warna dan Warna HD itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baguslah.tapi apa beza share dia akaun keluarga? kaknah tanya je |
|
|
|
|
|
|
|
Kak.Nah.Bosan: baguslah.tapi apa beza share dia akaun keluarga? kaknah tanya je
Br nk tny benda sama. Lol |
|
|
|
|
|
|
|
Debab betul fatima ni..msti berat tu nk kena dukung..hihihi..tp ai sgt2 hrp fazura x komersial kan anak dia..biar anak dia enjoy life sbg kanak2 je..no mekap,no weird stuffs letak kt anak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak.Nah.Bosan replied at 12-4-2021 09:39 AM
baguslah.tapi apa beza share dia akaun keluarga? kaknah tanya je
Yg ni biar peminat mek jura explain |
|
|
|
|
|
|
|
fatima yg debab dan tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni bolih letak kat board kelab peminat kut |
|
|
|
|
|
|
|
sopianpian replied at 12-4-2021 09:48 AM
fatima yg debab dan tinggi
Alaa comey fatima, tinggi dia. Daddy fatima pun ensrm huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la cakap banyak mcm bagus2 je.. biar la masa menentukan semuanya. Contoh, baru je minggu lepas cakap tak nak bawak anak ke shopping mall sbb takut covid, tau2 minggu ni anak jadi pelakon iklan shopping mall, LOL. |
|
|
|
|
|
|
|
virgo19 replied at 12-4-2021 10:00 AM
Tak payah la cakap banyak mcm bagus2 je.. biar la masa menentukan semuanya. Contoh, baru je minggu l ...
Agree. Kadang2 tak consistent statement sheols. Ingat iols je yg perasan bab shopping mall.
Lagi satu kalau nak jadi contoh yg baik pada masyarakat, sila turun mengundi ya next PRU |
|
|
|
|
|
|
|
Terasa awal lah dondang &si zalikha |
|
|
|
|
|
|
|
Kak.Nah.Bosan replied at 12-4-2021 09:39 AM
baguslah.tapi apa beza share dia akaun keluarga? kaknah tanya je
Kan.Same content, labeled differently. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu dia tunjuk untuk fans dia tp tak sangka pulak bkn fans kepanasan, kang dia sorok anak dia fans tanya, haters pulak kata anak dia lembam, sumbing la sbb tu sorok..serba tak kena jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah dalam article tu faz dah mentioned awal-awal fatima takde special account at the moment ye. Biar masa yang tentukan
At least bila fatima dah ada ig sendiri, haterz takdelah rengsa sangat or kata cakap tak serupa bikin ke hilang ingatan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak tanya mana hannahmontanna eh... |
|
|
|
|
|
|
|
Tp lg la nampak vodoh do oh lapar kat laki org tak move on. |
|
|
|
|
|
|
| |
|