CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 0

Anak silat pertama diangkat Presiden Pesaka

[Copy link]
Post time 13-4-2021 06:44 AM | Show all posts |Read mode
Anak silat pertama diangkat Presiden Pesaka



MEGAT Zulkarnain (kiri) bersama timbalannya, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah selepas diangkat menjadi Presiden Pesaka pada AGM di sebuah hotel di ibu negara semalam.


DATUK Megat Zulkarnain Omardin melakar sejarah baharu selepas diangkat menjadi Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sekali gus menyaksikan anak silat pertama menerajui kerusi No. 1 badan sukan induk sukan tersebut.

Bekas Setiausaha Agung Pesaka itu dipilih sebulat suara oleh 20 ahli gabungan bagi menduduki kerusi No. 1 tersebut dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

Sebagai rekod, Megat Zulkarnain memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pesaka sejak berusia 30-an dan merupakan anak kepada Pendekar Negara yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju.

Kerusi Presiden Pesaka itu sebelum ini disandang oleh Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, namun memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu selepas dilantik Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka ketujuh.

“Selepas ini banyak tanggungjawab saya. Banyak perkara yang perlu dibincangkan untuk memacu Pesaka pada tahap lebih baik. Bagi saya, tugas sebagai Presiden Pesaka adalah besar. Tahun ini ada kejohanan Silat Dunia di Sarawak tiga hari selepas tamatnya Sukan SEA.

“Bukan mudah nak uruskan skuad silat ke Sukan SEA dengan sasaran besar, kemudian balik dari Hanoi terus ke Kejohanan Dunia,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Megat Zulkarnain turut mengesahkan salah seorang daripada 38 pesilat negara dalam siri lawatan ke Asia Tengah baru-baru ini disahkan positif Covid-19.

Meskipun tidak mendedahkan atlet tersebut, namun Megat Zulkarnain mengakui anak didiknya itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang sejak Jumaat lepas selepas tiba di tanah air pada 4 April lalu dari Kyrgyzstan.

Sumber : https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052788 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list