CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6619|Reply: 42

[Sarawak] OP CARILAMAT diteruskan ...

[Copy link]
Post time 20-4-2021 08:42 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 20 April – Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching meneruskan koordinasi OP CARILAMAT hari ketiga ke atas seorang penyelam yang dilaporkan hilang pada 17 April, sekitar 23 batu nautika dari perairan Pulau Satang Besar, Kuching.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Yousry bin Yaali berkata, keluasan sektor pencarian di laut pada hari ini merangkumi seluas 373.73 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Satang Besar yang melibatkan aset Maritim Malaysia dan PPM.


Pencarian melalui udara oleh aset PGU melibatkan keluasan 118.80 batu nautika persegi, manakala pencarian menggunakan drone APM adalah seluas 165 batu nautika persegi dari Tanjung Sipang ke Utara.

Tim penyelam PPM turut melakukan pencarian dengan menyelam di lokasi terakhir mangsa dikatakan hilang, manakala tim JPBM melakukan pencarian di sekitar perairan Pulau Satang Besar.

OP CARILAMAT ini melibatkan aset dan anggota daripada Maritim Malaysia, PDRM, termasuk PPM dan PGU, JBPM serta APM dengan keseluruhan kekuatan seramai 55 orang pegawai dan anggota dengan sebuah pesawat udara, lima buah bot dan sebuah dron.

Setakat jam 4.00 petang, petugas CARILAMAT masih belum menemui sebarang petunjuk berkenaan dengan mangsa.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2021 08:45 PM | Show all posts
Sarawak Edition
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Yousry bin Yaali berkata, keluasan sektor pencarian di laut pada hari ini merangkumi seluas 373.73 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Satang Besar yang melibatkan aset Maritim Malaysia dan PPM.


Pencarian melalui udara oleh aset PGU melibatkan keluasan 118.80 batu nautika persegi, manakala pencarian menggunakan drone APM adalah seluas 165 batu nautika persegi dari Tanjung Sipang ke Utara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 08:51 PM | Show all posts
Penyelam dilaporkan hilang di Pulau Satang


Yousry menunjukkan lokasi mangsa dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam.

KUCHING: Keseronokan sekumpulan enam individu melakukan aktiviti menyelam berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka hilang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Satang, Telaga Air dekat sini pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Sarawak Kapten Maritim Yousry Yaali berkata wanita dikenali sebagai Chong Su Sian, 31, dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam sekitar jam 4.20 petang di kedudukan 23 batu nautika dari Pulau Satang.

"Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching menerima maklumat mengenai kejadian daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak melalui panggilan kecemasan MERS 999 pada jam lebih kurang 8 malam, semalam.

"Berikutan itu, MRSC Kuching telah mengaktifkan Carilamat pada jam 9 malam dan penguatkuasaan Maritim ketika ini mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya pada sidang media di jeti awam Telaga Air dekat sini hari ini.

Tambahnya, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di jeti awam Telaga Air sekitar jam 8 pagi hari ini.

Mengenai insiden itu, Yousry berkata mangsa dikatakan bersama lima individu termasuk adiknya menyertai aktiviti menyelam di laut di kedudukan jarak kira-kira 23 batu nautika utara Pulau Satang.

"Kehilangan mangsa disedari adiknya apabila beliau tidak timbul di permukaan air selama lebih kurang satu jam 20 minit.

"Adik mangsa bersama rakan penyelam yang lain kemudian cuba mencari di sekitar tempat mangsa dipercayai hilang, namun tiada sebarang petunjuk ditemui," jelasnya.

Katanya, adik mangsa turut memaklumkan bahawa dua orang rakan beliau ada mendengar bunyi wisel dari laut tetapi tidak dapat mengesan arah wisel tersebut berbunyi.

Beliau memberitahu, mangsa dan penyelam lain mempunyai sijil kemahiran untuk aktiviti menyelam.

"Justeru, operasi Carilamat hari ini melibatkan seramai 23 anggota petugas terdiri daripada pelbagai agensi dengan sebuah aset dari Maritim Malaysia, enam bot pengawal dan sebuah bot pasukan Polis Marin (PPM) dan bot PLC34 bersama pasukan penyelam dan atur gerak bagi pencarian mangsa," ujarnya.

Menurut beliau lagi, operasi Carilamat hari ini memfokuskan pencarian dengan radius dua batu nautika dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.

"Setakat jam 1 tengah hari, kita masih belum menemui sebarang petunjuk baharu dan penyelam dari pasukan Polis Marin melakukan selaman di lokasi pada sekitar jam 2 petang ini berikutan air surut pada kedalaman 21 meter yang memudahkan pencarian sebarang petunjuk baharu.

"Kita berharap agar urusan pencarian pada hari ini dipermudahkan dan semoga pasukan penyelamat menemui petunjuk baharu bagi memudahkan kita mengesan lokasi mangsa," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memohon kepada komuniti Maritim agar kejadian ini diuar-uarkan kepada para nelayan di perairan berdekatan bagi membantu pencarian mahupun menyalurkan maklumat sebarang petunjuk berkenaan dengan mangsa.

Selain itu, beliau turut mengingatkan komuniti Maritim supaya mengutamakan keselamatan terutamanya ketika turun ke laut dan menangguhkan sebarang aktviti sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

Beliau turut meminta komuniti Maritim mengamalkan langkah keselamatan semasa berada di laut dengan memakai jaket keselamatan dan membawa bersama peranti penjejak lokasi peribadi (PLB) atau 'personal locator beacon' bagi memudahkan pihak Maritim Malaysia mengenal pasti lokasi sekira berlaku kecemasan.

"Orang ramai disarankan menghubungi Maritim Negeri Sarawak jika berlaku kecemasan atau kejadian mencurigakan menerusi talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Sarawak 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam," tegasnya.


Rusnan Mustafa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 08:54 PM | Show all posts
Operasi SAR penyelam hilang di Pulau Satang diperluas



KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penyelam yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Satang Besar diperluaskan kawasan percarian hari ini yang memasuki hari ketiga operasi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Sarawak Kapten Maritim Yousry Yaali berkata sektor pencarian di laut merangkumi kawasan seluas 373.73 batu nautika di sekitar perairan pulau tersebut.

"Sementara pencarian melalui udara oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) melibatkan keluasan 118.80 batu nautika persegi dan pencarian menggunakan dron oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) adalah seluas 165 batu nautika dari Tanjung Sipang ke utara.

"Manakala anggota penyelam dari Pasukan Polis Marin (PPM) turut melakukan pencarian di sekitar lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pencarian di sekitar perairan Pulau Satang Besar," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, setakat jam 4 petang tadi, operasi SAR tersebut masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai mangsa, Chong Su Sian, 31, yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Satang pada Sabtu lalu,

Seramai 55 anggota penyelamat menyertai operasi tersebut hari ini.

Selain itu, Yousry turut mengingatkan komuniti maritim untuk sentiasa melaporkan sebarang kecemasan ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 08:59 PM | Show all posts
Ahli keluarga Karen Chong (Chong Su Sian), 31, penyelam yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Satang pada Sabtu lalu, amat risau akan keselamatan wanita tersebut, dan telah melakukan inisiatif mencari dan menyelamat (SAR) sendiri bagi melengkapkan operasi rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak.



KUCHING: Ahli keluarga Karen Chong (Chong Su Sian), 31, penyelam yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Satang pada Sabtu lalu, amat risau akan keselamatan wanita tersebut, dan telah melakukan inisiatif mencari dan menyelamat (SAR) sendiri bagi melengkapkan operasi rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak.

Menurut abang mangsa, Brandon Chong, ahli keluarganya telah melakukan sedaya upaya bagi membantu SAR itu dan sangat kecewa dengan komitmen pihak berkuasa.

Bercakap kepada The Borneo Post, katanya, dia amat sukar untuk mempercayai apa yang diberitahu APMM kepadanya bahawa operasi SAR itu dapat menunggu sementara 'adiknya timbul di laut untuk diselamatkan'.

Katanya, dia cuba memahami prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa yang perlu diikuti namun tetap bimbang akan keselamatan Karen.

"Kali terakhir adik saya menyelam pada jam 4.20 petang Sabtu. Dia sepatutnya timbul dalam masa 20 hingga 30 minit tetapi ini tidak berlaku. Jadi rakan-rakan dia mula menyelam mencarinya setelah menyedari sesuatu yang tidak kena.

"Rakan-rakan dia ada terdengar bunyi wisel semasa awal pencarian itu namun tidak dapat memastikan sama ada ia dari adik saya. Saya dimaklumkan dia hilang sekitar jam 7 malam," katanya.

Brandon memberitahu, dia kemudiannya segera meminta pertolongan daripada ahli keluarga dan rakannya untuk membantu menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, seorang pengusaha kedai peralatan menyelam menasihatnya untuk meminta pertolongan daripada APMM kerana ia di bawah bidang agensi berkenaan.

"Saya diberi nombor untuk dihubungi tetapi setelah lebih 10 panggilan tidak dijawab, saya beralih ke talian 999, yang menghubungkan saya kepada jabatan kecemasan di Putrajaya. Saya diberitahu untuk meninggalkan nombor telefon saya dan pihak APMM akan menghubungi saya semula," jelasnya.

Katanya, beberapa pihak berkuasa termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menghubunginya selepas itu tetapi bukan APMM.

Tanpa putus asa, Brandon berkata, dia cuba menghubungi APMM semula namun malangnya selepas satu jam barulah APMM menghubunginya.

"Saya memaklumkan kepada APMM bahawa saya memerlukan bantuan mereka untuk mencari dan menyelamat adik saya tetapi mereka memberitahu saya, mereka ada bot yang dipakir di Lundu tetapi tidak mempunyai minyak. Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa mereka akan mulakan operasi SAR pada jam 7 pagi keesokan hari (Ahad).

"Adik saya hilang dan menanti untuk diselamatkan, tidak dapatkah APMM menjalankan operasi SAR mereka dengan segera? Tetapi mereka memberitahu saya mereka perlu menunggu pihak bomba dan polis.

"Pada masa itu saya tahu mereka tidak dapat membantu saya mencari adik saya, jadi saya meminta rakan-rakan saya untuk membantu. Mereka keluar ke laut mencari adik saya hingga tengah malam tetapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan kami kembali ke darat. Keesokan harinya, SAR dijalankan inisiatif kami sendiri tetapi APMM tidak," katanya.

Brandon berkata APMM memaklumkan operasi SAR akan bermula 7 pagi tetapi ini tidak berlaku kerana hanya pasukan polis yang melakukan beberapa usaha SAR sekitar jam 9 pagi Ahad.

Dia mengatakan APMM menghubunginya sekitar jam 11 pagi Ahad dan memberitahu akan berjumpa mereka di jeti awam Telaga Air.

Namun, apa yang mengejutkannya, bot yang sepatutnya membawa pasukan penyelam APMM masih kehabisan minyak ketika dia tiba di jeti berkenaan.

"Mereka memberitahu saya, seorang wakil keluarga perlu bersama dengan pasukan SAR, jadi saya pergi. Mereka mengatakan kepada saya mereka memerlukan lokasi yang tepat tetapi padahal saya telah menghantar mereka koordinat sebelum ini. Saya akan lebih bersyukur jika mereka melakukan operasi SAR sebelum sidang media.

"Tetapi apa yang mereka lakukan adalah mengadakan sidang media dahulu tentang apa yang mereka akan lakukan dan barulah operasi SAR dimulakan. Inilah sebabnya mengapa saya tidak dapat menyembunyikan kemarahan saya semasa sidang media," jelasnya.

Menurut Brandon lagi, operasi SAR APMM ditangguhkan pada jam 6 petang pada Ahad.

Katanya, dia tercengang apabila pasukan SAR APMM memberitahunya mereka akan berhenti pada jam 6 petang.

"Saya bersama mereka dari jam 2 petang hingga 6 petang. Apabila mereka memberitahu saya operasi SAR ditangguhkan pada jam 6 petang, saya bertanya kepada diri sendiri 'bagaimana mereka boleh menangguhkan SAR apabila adik saya masih belum dijumpai?'. Tetapi mereka menangguhkan operasi jam 6 petang.

"Saya telah mencadangkan kepada mereka untuk menggunakan helikopter tetapi mereka memberitahu kepada saya ia akan dilancarkan pada hari kedua SAR. Jadi, mereka panggil hari kedua adalah hari kedua dari hari mereka memulakan operasi SAR iaitu hari ini (Isnin) dan adik saya hilang sudah masuk hari ketiga," jelasnya.

Katanya, keluarganya berjaya mengaturkan pencarian udara untuk mencari Karen pada Ahad tetapi tidak menemukannya.

"Saya bukan mengeluh tetapi adik saya menunggu untuk diselamatkan. Namun cara pihak berkuasa menjalankan operasi dilihat seperti mencari berbanding menyelamat.

"Jika itu benar cara pihak berkuasa menjalankan operasi SAR, saya boleh katakan sudah tiba masa untuk mereka memperketatkan semula SOP mereka kerana ini perkara berkaitan hidup dan mati," katanya.

Brandon menjelaskan dia bukan cuba untuk menyulitkan keadaan pihak berkuasa tetapi ia berkaitan tentang keselamatan adiknya.

"Saya amat berterima kasih atas bantuan daripada pihak berkuasa dan saya tahu mereka cuba sedaya upaya. Saya bukan seorang yang berpandangan negatif tetapi tindakan pihak berwajib ada kekurangan. Mana-mana keluarga mangsa tidak dapat menerima usaha SAR yang 'lambat'," katanya.   

Pada Ahad, Timbalan Pengarah Operasi APMM Sarawak Kapten Maritim Yousry Yaali berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak melalui panggilan kecemasan MERS 999 pada jam lebih kurang 8  malam, Sabtu.

Berikutan itu, katanya MRSC Kuching telah mengaktifkan Carilamat pada jam 9 malam Ahad dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di jeti awam Telaga Air sekitar jam 8 pagi Ahad.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 09:01 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-4-2021 08:59 PM
Ahli keluarga Karen Chong (Chong Su Sian), 31, penyelam yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Sat ...
patut lah ada beberapa berita yang hampir sama FC baca mengandungi ayat ni ..

Selain itu, Yousry turut mengingatkan komuniti maritim untuk sentiasa melaporkan sebarang kecemasan ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2021 09:05 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan ...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 09:07 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2021 09:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 09:11 PM | Show all posts







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 09:13 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya
Tersangkut tali.ke apa dalam.tu ke
Moga cepat jumpa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sad story.. mereka pun kena ada proper procedure tak boleh nak terus pegi je kan. & bulan puasa so maybe they dont expect ada yang akan pegi menyelam kot.. semoga dipermudahkan urusan semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lalu belum temu nya tok deng? Seharian nangga post di fb becarik nya.. sampey ada cgek jabatan  pinjamkan boat pakey carik nya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:42 AM | Show all posts
shernazz replied at 20-4-2021 09:26 PM
Kesiannya
Tersangkut tali.ke apa dalam.tu ke
Moga cepat jumpa
tu la ...

tak pun kejung kaki ka cam yang kita selalu dengar sblom orang tu lemas ...

hari ni dah masuk hari keempat ... harap ditemui lah arini...


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-4-2021 08:42 AM
tu la ...

tak pun kejung kaki ka cam yang kita selalu dengar sblom orang tu lemas ...

Haah kan
Benda yang tak.dijangka gitu
Walaupung mahir tapi bila2 boleh kena

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2021 08:47 AM | Show all posts
hareeeesah replied at 20-4-2021 10:18 PM
Sad story.. mereka pun kena ada proper procedure tak boleh nak terus pegi je kan. & bulan puasa so m ...
ha`ah ... kena ikut SOP tapi... kalo betul cerita si abang tu... agak mengecewakan juga lah ...
kompom akan ada siasatan tentang kelewatan tu nanti...

pasal berlaku dalam bulan puasa tu ...sini ramai non muslim...aktiviti harian mereka seperti biasa ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:53 AM | Show all posts
belilies replied at 20-4-2021 11:40 PM
Lalu belum temu nya tok deng? Seharian nangga post di fb becarik nya.. sampey ada cgek jabatan  pinj ...
blom gik ada update deng ...

tuk usaha dari cdak APM Unit Dron



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 09:06 AM | Show all posts
shernazz replied at 21-4-2021 08:47 AM
Haah kan
Benda yang tak.dijangka gitu
Walaupung mahir tapi bila2 boleh kena
aha dari orang persendirian ...
harap SOP Covid terjaga lah ...

The Management of Island Hopping Sarawak & Mantaray Watercraft Enterprise together with volunteers are out for the search of the missing diver , Ms Karen Chong.
Will update from time to time.
Let's pray for Miss Karen Chong who went missing at 4.20pm during diving on the 17.4.2021.








Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-4-2021 08:47 AM
ha`ah ... kena ikut SOP tapi... kalo betul cerita si abang tu... agak mengecewakan juga lah ...
ko ...

abang dia fikir mungkin kalau dorang cepat still boleh diselamatkan lagi adiknya kan.
maritim sepatutnya macam bomba la jugak kan penyelamat so patut bersedia at all time.
Dah 4 hari ni, semoga ada la jumpa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.078494 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list