CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3939|Reply: 21

[Sarawak] Hampir pengsan ketika disahkan positif COVID-19

[Copy link]
Post time 22-4-2021 06:48 AM | Show all posts |Read mode


KANOWIT: Rosnah Renggan masih trauma dengan pengalamannya ketika disahkan positif COVID-19 pada 4 Februari lepas, dan kini dia bersama anaknya yang berumur lima tahun terpaksa menjalani ujian calitan.

Bekas pesakit COVID-19 yang berumur 36 tahun itu, dikehendaki menjalani ujian calitan COVID-19 bersama lebih 60 penghuni Rumah Sali Kirak di Nanga Ngungun, di sini pada Selasa (20 April).

"Saya menjadi gementar. Saya sangat takut sekiranya dijangkiti wabak COVID-19 sekali lagi," katanya ketika dihubungi sambil menambah, dia sentiasa berdoa agar mereka sekeluarga bebas dari jangkitan wabak ini.

Operasi pengesanan kes secara aktif COVID-19 dilakukan selepas merekodkan empat kes positif dari sebuah keluarga di rumah panjang berkenaan pada hujung minggu lepas.

Rumah Sali yang terdiri daripada 30 pintu, dikenakan sekatan pergerakan sejak Ahad lalu. Kali pertama, bermula pada 4 Februari untuk tempoh 14 hari.

Ini adalah kali kedua rumah panjang tersebut diperintahkan untuk sekatan pergerakan susulan terdapat kes positif COVID-19.

Menceritakan pengalaman pada kali pertama didapati positif COVID-19, Rosnah memberitahu dia telah dimasukan ke Hospital Kanowit pada 30 Januari lalu kerana hipokalemia dan gastrik.

Sebelum dimasukkan ke hospital dia diuji negatif untuk ujian RTK-Antigen.

"Pada 1 Februari, saya mengambil ujian RT-PCR sebagai prosedur untuk keluar dari hospital dan hasilnya saya diuji positif COVID-19 pada 4 Februari.

"Saya hampir pengsan ketika seorang jururawat memaklumkan berita buruk itu. Saya bimbang akan nasib yang menimpa anak dan ibu saya yang sedang sakit kerana mereka juga secara tidak langsung turut terdedah kepada saya," ujarnya.

Selepas Rosnah diuji positif, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kanowit mengarahkan rumah panjang tersebut dikenakan sekatan pergerakan.

Keputusan ujian saringan pusingan pertama dilakukan terhadap lebih 60 orang penduduk rumah panjang berkenaan pada 6 Februari, mengesan satu kes positif.

Hasil ujian saringan pusingan kedua yang dilakukan pada 23 Februari lalu juga negatif dan perintah sekatan pergerakan ditamatkan pada 26 Februari lalu.

Sementara itu, Rosnah telah didiagnosis menghidap Tahap 2 COVID-19 dan dari Hospital Kanowit, dia dipindahkan ke Pusat Rawatan Kuarantin dan Risiko Rendah (PKRC) COVID-19 di Stadium Tertutup Kanowit.

Katanya, dia mengalami simptom batuk pada hari ketiga dikuarantin dan pulih seperti biasa setelah tiga hari kemudian.

Rosnah dibenarkan balik ke rumahnya pada 16 Februari setelah menghabiskan 13 hari di PKRC.


Andy Sabang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2021 06:52 AM | Show all posts
Bila baca berita macam ni la buat kita teringat rengekan dan keluhan insan yang merungut tak dapat balik kampung la ... tak dapat merentas daerah la ...

sebab dier rang ni ... ada yang kena lock down berturut2 selama sebulan ... sampai hilang pekerjaan ... makan apa ja dari bantuan yang d berikan ...

Bukan tak kesian yang merintih mengeluh atas dasar tindakan tegas kerajaan ... tapi ada lagi yang lain lebih teruk dari kita yang hanya tak boleh rentas daerah.

Dan jika betul ada kecemasan .. bukan tak d benarkan pun dengan permit Polis ...


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 07:01 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-4-2021 06:52 AM
Bila baca berita macam ni la buat kita teringat rengekan dan keluhan insan yang merungut tak dapat b ...

btol tu sis..jenis selfish duk ingat diorang je yg ada famili diorang je yg dah lama xbalik kg

jenis camni elok pindah trus je duk kg ..gi duk la kg nuh dgn parent ...keja kg bela itik ayam tanam padi..

tak susahkan orang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan untuk semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kerunai replied at 22-4-2021 07:01 AM
btol tu sis..jenis selfish duk ingat diorang je yg ada famili diorang je yg dah lama xbalik kg

...

Haah kan betul jugak... Dok merempan nak balik kampung, baik dorg tu berhenti je kerja, hah balik kg kerja kat kampung dorang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-4-2021 06:52 AM
Bila baca berita macam ni la buat kita teringat rengekan dan keluhan insan yang merungut tak dapat b ...

Betul apa yang sis kata..tapi tu lah kedegilan diaorng ni membuatkan kita dah tak boleh nak berfikir positif, kita pun jadi down. Sampai ketahap lantak koranglah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2021 10:48 AM | Show all posts
sampai bila la mcmni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 06:39 AM | Show all posts
kerunai replied at 22-4-2021 07:01 AM
btol tu sis..jenis selfish duk ingat diorang je yg ada famili diorang je yg dah lama xbalik kg

...
kan ...

FC sendiri lama dah tak balik kampung ...
bukan tak rindu ...

bila kerajaan tak tegas ... meraung kutuk itu ini ...

bila kerajaan tegas ... kutuk lagi ...


dah manja sangat ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2021 06:40 AM | Show all posts
adila39 replied at 22-4-2021 07:07 AM
semoga dipermudahkan untuk semua
jager diri bebaik yer ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 06:45 AM | Show all posts
crossline replied at 22-4-2021 07:19 AM
Haah kan betul jugak... Dok merempan nak balik kampung, baik dorg tu berhenti je kerja, hah balik  ...
sblom terima kerja tu ...
patut tengok dulu...
baca elok2 apa perjanjian ...
kan...

ada yang marah sebab terpaksa kuarantin sblom masuk Sarawak...
kata nya macam2 jer ...
marah sebab kena bayar selama 2 minggu tu... ( sekarang dah tak kena bayar )
takat kena bayar 2 minggu... bulan bulan gaji masih masuk

yang hilang kerja sebab kena lock down 2 minggu ...langsung tak ada duit untuk menyara keluarga  tu macam mana pula ...?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 06:47 AM | Show all posts
crossline replied at 22-4-2021 07:23 AM
Betul apa yang sis kata..tapi tu lah kedegilan diaorng ni membuatkan kita dah tak boleh nak berfik ...
tu la kan ...

sebab dah ada kes la kerajaan bertegas ...

kalo tak tegas ...
tak tau la apa jadi dah kat Sarawak ni...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 06:48 AM | Show all posts
zulka replied at 22-4-2021 10:48 AM
sampai bila la mcmni...
harap cepat la berlalu ...

jager diri bebaik tau...


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 07:10 AM | Show all posts
I baru ja setel kuarantin.  Punca buat Swab test sbb anak dgn hubby demam batuk, i pulak hilang  sikit deria rasa. Sebab sekolah nk buka, pergilah buat RTK test kt private,  alih2 i pulak positif.  Aduhai.. Kena la report pd KKm dan ulang PCR test.. Positif juga.. Oleh sbb i xde apa2, kuarantin kt rumah.  Lps tu 1 rumah kena buat  swab test. Hubby i pulak positif.. Berkurunglah kami dlm bilik. Alhamdulillah anak2 semua negatif. Punca dpt dr mana pun tak tau.  We all pegi blk keje ja..Xde attend mana2 event etc.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 08:37 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-4-2021 06:48 AM
harap cepat la berlalu ...

jager diri bebaik tau...

awak pun sama ye, janji tau....I taknk kehilangan u...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 08:39 AM | Show all posts
farlis replied at 23-4-2021 07:10 AM
I baru ja setel kuarantin.  Punca buat Swab test sbb anak dgn hubby demam batuk, i pulak hilang  sik ...

semoga dipermudahkan, dan diberikan kesembuhan untuk kalian berdua - sekeluarga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 11:55 AM | Show all posts

Salam Ramadan SM FC. insyallah today sekolah anak ada close contact and positive - sigh so x sekolah today. U too jaga diri ya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2021 04:44 PM | Show all posts
farlis replied at 23-4-2021 07:10 AM
I baru ja setel kuarantin.  Punca buat Swab test sbb anak dgn hubby demam batuk, i pulak hilang  sik ...
mesti ada staff lain yang +ve tu ...

nasib baik anak2 takde pa2 ..
moga terus terpilihara ... aamiin...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 04:44 PM | Show all posts
zulka replied at 23-4-2021 08:37 AM
awak pun sama ye, janji tau....I taknk kehilangan u...
kalo senyap tu ...

paham2 jer la ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 04:46 PM | Show all posts
adila39 replied at 23-4-2021 11:55 AM
Salam Ramadan SM FC. insyallah today sekolah anak ada close contact and positive - sigh so x sekol ...
Boy tak kena swab...?

Semoga takde pa2 ... aamiin ...


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 23-4-2021 08:39 AM
semoga dipermudahkan, dan diberikan kesembuhan untuk kalian berdua - sekeluarga

Alhamdulillah..kami sekeluarga dah bebas kuarantin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.178626 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list