CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 940|Reply: 0

Terengganu mahu kuasai e-sukan

[Copy link]
Post time 23-4-2021 05:33 AM | Show all posts |Read mode
Terengganu mahu kuasai e-sukan


WAN Sukairi merasmikan Pusat Latihan e-sukan Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. FOTO Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Terengganu bakal melahirkan lebih ramai pemain berkualiti e-sukan selepas kerajaan negeri dalam proses penubuhan hub e-sukan bertaraf antarabangsa di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, projek bernilai RM5 juta itu diletakkan bawah peruntukan Rancangan Malaysia (RMK) Ke-12 sekali gus menambah nilai komersial e-sukan di Terengganu.

Katanya, penubuhan kompleks itu bakal meliputi pusat latihan, pejabat, arena pertandingan dan pusat komuniti belia.

"Kerajaan negeri berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti dalam sukan ini bagi mewakili negeri terutama dalam Sukan Malaysia (Sukma) selain negara.

"Selain itu dengan adanya kompleks berkenaan yang serba lengkap, secara tidak langsung mampu melahirkan jaguh dunia selain kita dapat menganjurkan kejohanan bertaraf dunia, kita harapkan impian itu tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Latihan e-Sukan Sukma Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, petang semalam yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Mohd Izwandy Ismail dan Presiden e-Sukan Malaysia Terengganu, Shahrul Nizam Ab Ghani.

Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata, pusat latihan sedia ada itu mempunyai 27 atlet e-sukan negeri sebagai persediaan menjelang temasya Sukma ke-20 pada 2022 di Johor.

"Kita menyasarkan pingat emas dalam sukan itu dengan tiga permainan utama di pertandingkan iaitu Dota, Mobile Legend dan Pro Evolution Soccer (PES)," katanya yang mengakui pemain kini giat menjalani latihan.

Pada temasya Sukma ke-19 di Perak 2018, kontinjen Terengganu berjaya muncul juara keseluruhan dengan mengutip 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.086330 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list