View: 14145|Reply: 14
|
Shila Amzah tolak gelaran Datuk, takut anak-anak terbeban
[Copy link]
|
|
Shila Amzah sedar sukar menggalas nama baik ibu bapa yang mempunyai pengaruh serta dikenali ramai membuatkan dia menolak tawaran darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia mahu anak-anaknya hidup bebas dan tidak terbeban dengan pengaruhnya seperti apa pernah dilaluinya dahulu.
“Bayangkan betapa berat saya bawa nama bapa sebagai seorang artis dahulu, begitu juga anak-anak saya akan lalui nanti.
“Bila fikir perkara itu, saya tak mahu mereka hidup begitu. Saya nak mereka hidup bebas tanpa ada apa-apa tekanan,” katanya kepada mStar.
Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Meet and Greet bersama bintang Gegar Vaganza di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Berkongsi lanjut, kata Shila dia tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab gelaran Datuk.
Jelas penyanyi itu, kehidupan sederhana serta apa dimiliki ketika ini sudah lebih daripada mencukupi.
“Kalau saya terima tawaran tersebut, saya tak rasa saya mampu laluinya.
“Sebab bila dah pegang gelaran besar macam itu, banyak tanggungjawab yang perlu digalas.
“Cukuplah saya menjadi diri sendiri, apa yang saya ada sekarang sudah mencukupi,” jelasnya.
Sebelum ini menerusi program audio siar Ubai Sentral, Shila mendedahkan pernah menolak tawaran bergelar Datuk.
Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ubai pada 5 Ogos 2023 dan mereka memiliki seorang anak perempuan bersama iaitu Rhea Akira yang kini berusia lapan bulan.
Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018, namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais, 6 tahun.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makhluk tuhan yg satu ni manjang call watawan nk suh up artikel.tp semedang tu la sendu sejuk beku. Acah2 suara trpaling sedap kt planet ni pdhal hampeh mcm gampang. Dh tu dlm setahun dia akn up ttg dia atleast 10 isu. Tp kesemua kelaut sejuk beku dh selamat ke lautan antarika. Xrasa fedup smpai nk dduk dlm kebun sawet kt felda pahang ke. Xda sorg pun rkyt mlysia yg rasa nk ambik tau hg punya hal lah beb. Sembelit ke cirit ke pitam nak mampos ke sukati la. Ayah hg ada. Mk hg ada. Adik2 hg ada. Better korang settle inside sbb outsider xrasa nk ambik tau. Xhong xhang xhong xhang x jugak rasa berminat nk cares about u.
Cuma 1 hal je bole diberi pehatian sikit. Anak nya autisme . Dan comel budaknya.
Xhila bila hg akn shutting down p mereput dlm ladang sawit dok dendiam??????? |
|
|
|
|
|
|
|
tanggungjawab apa kalau dpt datuk? bersepah dah... |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 2-2-2025 11:34 AM
tanggungjawab apa kalau dpt datuk? bersepah dah...
Expections anak datuk kaya...Bapak dia ND lala kn dpt datuk tp kayap since shila yg sebenarnya money tree family...
better jd org biasa dr datuk..skrg datuk beli bersepah x berbaloi accept |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni iols jumpa depan2 last year, terkejut beruk i..sebijik mcm makcik2..dgn body,dgn pemakaiannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yg tawar gelaran datuk tu? melaka ke? kalo sultan negeri bapak ko lamberttt laa |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 nak hencap gak.. Tapi bila bace apa yg she bgtau tu.. Betul la tindakan she tolak..she pernah hadap.. So ok lah.. Nextt |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah jaga branding
Nanti bila terima gelaran Datuk tu terus di Tok kan sampai kiamat oleh pengacara pokok pisang macam Bil Telinga
Ct tu dari sedap nama Siti Nurhaliza terus jadi Tokti, bila sebut2 40 kali terus betul jadi datin tong gas low class betul nama panggilan gitu
Kalau Shila ni terima panggilan TokLa, dah tepat lah dengan imej sheols sekarang, tapi okay jah sebab sheols pun baru dapat anak kan? Tunggulah anak tu 2-3 tahun nanti bawak2lah potong2 apa yang patut Shila weyhh |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke dapat tawaran datuk?? xila takda stylist ke? sbb hauk sgt laaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la dia ni..despite controversies, pencapaian dan kebolehan dihargai orang, dan she made it. Then, kali ni pandai pilih suami. Harap suami dia kekal di hadapan menjadi pemimipin keluarga dgn penuh mission for future.
Klu dayangbila? Yemma? Binikamaladleee? Jenis2 centrose? Itu yg set2 tidak diingini. Negara mana pun xnak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak pernah minat shila since dia budak2 sampai sekarang.. tapi aku ok je alasan dia utk tolak title datok tu.. walaupun dia lebih deserve drpd artis2 lain yg dpt title tu.. dgn pencapaian yg dia ada, bawa nama sendiri, & automatically bawa nama Malaysia jugak kat negara lain (china)..
takpe la shila.. buat yg terbaik utk diri & keluarga kecik kamu..
btw, tak salah pun kalau dia nak panggil reporter utk cerita psl dia.. dah dia retis, utk kekal relevan, kena la selalu ada cerita psl dia.. tp dalam hal ni, aku rasa sebab kebetulan la kot reporter terjumpa dia kat meet n greet GV, tu yg ada cerita ni kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa layak je dia ni dpt gelaran tu since da terang bederang lagi bersuluh yg dia memang ada pencapaian n mendonia kek china nunnnnnnn.... ingat senang ke nak tembus market sana, diterima & disukai Oleh nertizen kt sana tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap minggu ada berita pasal dia ye, haritu pasal trauma, ni lain pula.. Dia citer kat sape ni, kat bff dia ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde nilai pun retis berpangkat dato..
Umpama baling 1 batu kat dato.. |
|
|
|
|
|
|
|
berat sangat ke gelaran datok artis ni...tgok artis2 lain ok jer releks2...bukan keje ko jadi wakil rakyat pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|