View: 1514|Reply: 3
|
[Sarawak]
Lelaki maut, jentera jatuh gaung
[Copy link]
|
|
BINTULU: Seorang lelaki maut setelah jentera berat dipandunya hilang kawalan lalu terjatuh ke gaung sedalam 10 meter yang berlaku di Jalan Ulu Sebungan, malam Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu mengesahkan, dalam kejadian sekitar jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Musa Nyanau, 56 beralamat di Rumah Jantang, Bukit Kerangan Sungai Kua, Jalan Selangau-Sibu.
Mangsa bekerja sebagai pengendali jentera terbabit, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala oleh pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Sebauh.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan mengesahkan kemalangan berlaku ekoran dari kecuaian mangsa yang gagal mengawal jentera pembuat jalan yang dipandunya itu hingga terbabas ke tepi jalan sebelum terjatuh ke gaung," ktanya.
Mayat mangga kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Rumah Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.
Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ambrose Rirang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takziah untuk keluarga ...
Antara risiko nya walaupun gaji lumayan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Siannya..takziah kepada keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|