CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 0

[BAM] Aaron, Wooi Yik akur kejohanan batal

[Copy link]
Post time 20-5-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Aaron, Wooi Yik akur kejohanan batal


Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Kuala Lumpur: Tiada apa yang boleh dilakukan oleh pasangan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain daripada memberi fokus kepada latihan untuk persiapan mereka ke temasya Olimpik Tokyo Julai ini.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadual membuka tirai saingan pada 23 Julai hingga 8 Ogos depan dengan pasangan negara itu secara tidak rasmi menjadi wakil tunggal negara dalam acara beregu lelaki.

Mereka sebelum ini dijadualkan menyertai Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura namun dua kejohanan itu ditunda dan dibatalkan kerana peningkatan ke Covid-19 yang melanda dunia.

Atas sebab itu Aaron berkata, dia akur dan sedar tiada apa yang boleh dilakukan selain mempertingkatkan usaha dalam latihan kerana apa yang terjadi kini adalah di luar kawalan.

"Kami perlu menerima keadaan sekarang ini. Semua pemain menghadapi masalah yang sama. Tapi pembatalan dua kejohanan itu sedikit sebanyak menyebabkan misi kami terjejas kerana kami sekarang berkedudukan ranking kesembilan dan untuk mendapatkan kedudukan sebagai pilihan di Olimpik nanti kami perlu berada di kelompok lapan terbaik.

"Tapi kami tak boleh buat apa. Kami perlu akur dan apa yang boleh dilakukan adalah melipat gandakan usaha dan mewujudkan suasana latihan seperti beraksi di kejohanan," katanya yang kali terakhir beraksi dalam kejohanan adalah ketika menyertai saingan Terbuka Switzerland, Mac lalu yang menyaksikan mereka berjaya mara sehingga separuh akhir.

Naib juara Seluruh England itu kini berada di kedudukan nombor sembilan dunia dan berada di kedudukan nombor sembilan ranking kelayakan ke Tokyo.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.081437 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list