View: 1964|Reply: 0
|
Terkesan dengan PKP 3.0? Mujur ada lagi bantuan bayaran balik pinjaman
[Copy link]
|
|
Terkesan dengan PKP 3.0? Mujur ada lagi bantuan bayaran balik pinjaman
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 diumumkan tidak lama lalu, rata-rata rakyat Malaysia merungut dan gusar dengan dengan pengumuman ini.Yelah, ada yang berniaga kecil-kecilan, ada yang masih bekerja tapi risau majikan tak mampu nak simpan mereka lagi.
Malah, ada yang tak dapat elaun kerja lebih masa, kena potong gaji dan ada yang dibuang terus! Siapa nak tanggung hutang-piutang mereka?
Mujur ada bantuan bayaran balik pinjaman, dapat ringankan beban sikit!
Ramai yang masih tak tahu sebenarnya bank-bank di Malaysia tak lokek membantu rakyat yang menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman mereka. Selain moratorium pinjaman, bank-bank turut mengurangkan bayaran ansuran bulanan, membenarkan bayar faedah saje dan pelbagai pakej bantuan yang lain. Bank-bank telah membantu ramai peminjam yang tak mampu bayar balik pinjaman mereka dan akan terus membantu apatah lagi dengan perlaksanaan PKP 3.0.
Oleh itu, pilihan ditangan peminjam, kenalah bantu diri sendiri sebelum terlambat. Contact bank dengan segera untuk bincang tentang bantuan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan masing-masing dan proses permohonannya pun mudah!
Jadi, bantuan bayaran balik ini akan dilaksanakan mengikut keperluan peminjam yang terjejas dengan pandemik COVID-19, terutamanya bila PKP 3.0 dilaksanakan.
Pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman, khusus buat rakyat Malaysia yang memerlukan!
Bukan sahaja tawaran bantuan bayaran balik pinjaman untuk individu, rupanya bank juga menyediakan pakej-pakej bantuan untuk PKS termasuk usahawan mikro.
Ini merupakan antara pakej-pakej bantuan yang disediakan oleh pihak bank mengikut keperluan dan kedudukan kewangan peminjam:-
- Moratorium bayaran balik pinjaman sepanjang tempoh tertentu
- Mengurangkan ansuran bulanan sepanjang tempoh tertentu
- Membenarkan peminjam membayar interest pinjaman sahaja sepanjang tempoh tertentu
- Menyediakan fleksibiliti lain sehingga peminjam berada pada kedudukan lebih stabil
Hutang tetap hutang, akan tetapi kelonggaran yang diberikan ini dapat bantu sikit demi sikit sementara kewangan anda stabil untuk menyambung semula bayaran balik pinjaman seperti normal.
Risau rekod CCRIS terjejas? Tengok ni dulu!
Bagi golongan yang berminat untuk menerima bantuan, jaminan bakal diberikan bahawa bantuan ini takkan sesekali menjejakan rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) anda pada tahun ini.
Bantuan tidak akan datang bergolek, kita harus bertindak segera sebelum terjejas lebih teruk. Call bank anda secepat mungkin.
Masih keliru dan runsing? Cepat-cepat lanjutkan pertanyaan serta dapatkan khidmat nasihat mengenai pilihan pembiayaan alternatif dengan menghubungi AKPK melalui https://services.akpk.org.my/ atau hubungi BNMTELELINK melalui bnm.my/RAsurvey jika hadapi masalah dengan bank anda!
SUMBER:https://ohmymedia.cc/terkesan-de ... ran-balik-pinjaman/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|